Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar ? semoga ceria bersama insan tersayang. Bagi yang kesunyian insan tersayang sedang kesibukan tu harap bersabar dan cuba memahami keadaan si dia. Bagi yang sedang busy sampai tidak punya masa untuk yang dicintai tu harapnya pandai-pandailah membahagikan masa.
Sesiapa pun tak kira lelaki mahupun wanita, apabila mempunyai insan tersayang pastinya mengharap diri diberi perhatian dari si dia. Andai masing-masing saling sibuk dengan urusan kerja harapnya dapat mencari waktu yang sesuai untuk meluangkan masa melakukan aktiviti bersama.
Apabila jarang bertemu ia akan melahirkan satu perasaan hambar dan tawar dalam perhubungan dan itu boleh menjarakkan perhubungan. Apa yang perlu adalah masa yang berkualiti untuk bersama bukan kekerapan bertemu. Cari waktu yang sesuai dan rancanglah aktiviti yang bagus dilakukan bersama agar ia menjadi detik indah antara kamu dan dia. Kerap bertemu tetapi asik bergaduh pun tak guna juga kan?  sebaiknya manfaat kan kesempatan yang ada agar diri tidak menyesal di kemudian hari. Diri terasa dipinggir dan diabaikan akan membuat pasangan menjauh dan mencari ruang mereka sendiri dan ia amatlah tidak bagus bagi sesebuah perhubungan. Nasihat kasih suci sesibuk mana pun kita perlu sedaya upaya menghubungi insan tersayang agar kasih sayang terus mekar dan indah selamanya…