Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Friday, June 28, 2013

Tips Sentiasa Bahagia Bersama Pasangan





Assalamualaikum semua

Kali ini Kasih Suci ingin kongsikan beberapa tips yang boleh menjadi panduan untuk terus bahagia bersama pasangan.

-Sentiasa menjadi diri sendiri.

Tak perlu menjadi diri insan lain. Usah berpura-pura dalam mencipta identiti diri di depan insan tersayang. Cuba selesa menjadi diri sendiri agar tidak nampak berpura-pura . Kamu akan lebih selesa apabila kelihatan natural dan bersahaja.

-Sentiasa ikhlas

Ikhlas la dalam menerima baik buruk pasangan. Jangan meminta dia berubah menjadi insan lain. Ya kita boleh berubah menjadi seseorang yang lebih baik tapi tidak perlu berubah menjadi insan yang kita tak mampu jadi seperti mereka. Berubah dari jahat ke arah baik itu adalah lebih baik

-Sentiasa jujur

Jujurlah dalam apa jua perkara yang kita lakukan terhadap pasangan kita. Apa saja aktiviti yang ingin kita lakukan beritahu mereka agar mereka tidak merasa diketepikan.

-Berkongsi pendapat


Adalah sesuatu yang indah apabila dapat berkongsi pendapat bersama insan tersayang. Diri akan lebih merasa dihargai apabila pasangan bertanyakan pendapat kita tentang sesuatu perkara. Walau perkara kecil tetapi bila ia dikongsi bersama ia akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna.

-Kongsi masalah bersama

Apabila saling berkasih sayang perlulah kita berkongsi masalah bersama. Ada sesetengah pasangan mereka tidak boleh berkongsi masalah. Perlu ada sahabat lain pula dalam hidup mereka kerana mereka hanya boleh berkasih sayang tetapi terasa janggal bila berkongsi masalah. Pendek kata pasangan mereka bukan pendengar atau penasihat yang baik maka mereka tidak memilih untuk berkongsi masalah atau cerita dengan pasangan mereka.

-Saling mempercayai

Saling mempercayai dalam hubungan amat penting kerana apabila asik meragui kejujuran pasangan walau ia setia terhadap kita hubungan itu akan menjadi tegang dan hambar. Terasa diri sentiasa diperhatikan. Lama-lama pasangan akan bosan dan melangkah pergi kerana terasa diri dilayan seperti banduan

Banyak lagi tips yang ingin Kasih Suci kongsikan , namun untuk kali ini cukuplah setakat ini sahaja. Kita bertemu di lain entri lain saja ya..

Jangan lupa jaga kesihatan, banyakkan minum air suam. Illalliqa’..maassalamah.

Tidak Solat Jumaat Kerana Kerja


Tidak Solat Jumaat Kerana Kerja


Apa hukum meninggalkan solat Jumaat jika saya bekerja di kawasan cari gali minyak dan terpaksa berada di sana sekurang-kurangnya sebulan. Adakah dibolehkan untuk saya meninggalkan solat Jumaat?

Jawapan

Hukum Solat Jumaat adalah fardu ain sama dengan solat fardu lima waktu yang lain. Ia ditunaikan dalam waktu Zohor pada hari Jumaat oleh setiap Muslim yang cukup syaratnya.
Syarat wajib Jumaat ialah Islam, baligh, berakal, lelaki tetapi bagi perempuan adalah sunat, merdeka, tidak uzur dan bermukim iaitu tidak bermusafir.

Antara halangan Jumaat ialah sakit,  dan lain-lain halangan yang tidak dapat dielakkan (Haji Mohamed bin Jusoh 1990).


Umumnya, bekerja tidak dikira sebagai halangan Jumaat. Ini termasuk bekerja di platform cari gali minyak dan terpaksa berada di sana sekurang-kurangnya sebulan apabila dijadualkan bertugas.

Anda masih wajib menunaikan solat dengan cara mengadakannya bersama dengan rakan Muslim yang berada di platform berkenaan secara berjemaah termasuk berkhutbah Jumaat.

Ia boleh dilakukan di surau atau bilik khusus. Bilangan makmun tidak semestinya 40 orang dan boleh dilaksanakan walaupun hanya berdua. Seterusnya ia boleh dilakukan secara baik apabila majikan anda bersetuju dan membenarkan solat Jumaat diadakan.

Adakah Haram Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng


Adakah Haram Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng?

Salam ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?mohon penjelasan terperinci dari ustaz..



Jawapan



Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini. Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam.



Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang masalah pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat beberapa artikel yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. Untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang pakaian wanita muslim boleh lihat di sini dan di sini.

Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman Allah yang bermaksud :



“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)




Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.



Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :



“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)



Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Lihat artikel lain berkaitan masalah ini di sini.



Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami.

Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stoken atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.

Mari Belajar Tayammun

tayammum3


Tayamum pada bahasa adalah qasad yang bermaksud sengaja atau tuju. Manakala dari segi istilah syarak pula ialah menyampaikan tanah yang suci ke muka dan kedua tangan sebagai pengganti kepada wuduk dengan niat atau cara tertentu. Firman Allah SWT :

“Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu.” (Al-Maidah : 6)

Waktu Yang Diharuskan Tayamum


Apabila seseorang tidak mampu menggunakan air kerana mengalami kecederaan dan bimbang kecederaan itu bertambah sakit atau lambat sembuh.


Air yang ada hanya cukup untuk dijadikan minuman bagi dirinya atau keluarganya pada masa itu dan masa akan datang.


Seseorang yang takut kepada musuh yang terdiri dari manusia atau binatang buas yang boleh mengancam nyawanya semasa dia pergi untuk mencari air.


Air yang ada hanya cukup untuk minuman haiwan peliharaannya sahaja seperti kambing, kuda atau lembu.


Bekalan air hanya cukup untuk digunakan pada masakan sahaja seperti menguli tepung atau memasak nasi.


Air hanya cukup digunakan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan seperti air kencing atau tahi.


Seseorang yang berada di negara yang mengalami kesejukan secara luar biasa dan bimbang akan berlaku musibah pada dirinya jika ia menggunakan air pada waktu tersebut.


Air terlalu jauh darinya melebihi jarak 2 ½ km dan tidak wajib baginya berusaha mendapatkan air tersebut.



Syarat-syarat Tayamum


Mengetahui terlebih dahulu masuknya waktu solat.


Mencari air dahulu selepas masuk waktu solat.


Menghilangkan najis terlebih dahulu sebelum tayamum.


Tanah yang suci lagi menyucikan dan tidak bercampur dengan tepung atau simen.


Berijtihad menentukan arah kiblat dahulu sebelum tayamum.



Rukun Tayamum


Niat tayamum “Sahaja aku tayamum kerana mengharuskan fardu solat”.


Meletakkan kedua tapak tangan ke atas tanah yang suci yang mempunyai debu, kemudian menyapu ke seluruh bahagian mukanya.


Meletakkan tangan ke atas tanah debu di bahagian yang belum disentuh, sapukan kedua tangan hingga ke siku seperti tangan kiri menyapu tangan kanan dan tangan kanan menyapu tangan kiri.


Tertib (teratur) sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Tayamum adalah ganti kepada wuduk dan tertib juga adalah sebahagian dari rukun tayamum sepertimana terdapat pada wuduk.



Sunat Tayamum

Sunat pada tayamum adalah semua perkara yang disunatkan ketika melakukan wuduk seperti membaca bismillah, menyapu bahagian atas pada muka atau mendahulukan anggota kanan dari anggota kiri.


Membuka atau merenggangkan jari-jari tangan semasa menepuk tanah agar debu dapat sampai ke seluruh bahagian tapak tangan atau jari. Ini bertujuan untuk mengenakan tanah debu ke seluruh anggota tayamum.


Mengetuk tangan selepas menepuk tanah debu agar tanah yang berlebihan dapat dikurangkan dan ini merupakan perbuatan Rasulullah SAW.



Perkara yang membatalkan Tayamum


Segala perkara yang membatalkan wuduk.


Ada air atau memperoleh air sebelum memulakan solat.


Orang yang uzur mampu menggunakan air.


Murtad.



Cara Bertayamum


Diwajibkan bagi seseorang berniat terlebih dahulu semasa hendak melakukan tayamum. Kemudian hendaklah dia membaca bismillah dan meletakkan kedua tapak tangan ke atas tanah debu dan menyapukannya ke seluruh bahagian mukanya. Setelah itu diletakkan semula tangannya ke tanah debu dan disapu pada kedua tangannya hingga ke siku. Hal ini juga telah dibicarakan pada perbahasan di atas.

Cara Romantik Melamar Kekasih




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ramai yang ingin melamar kekasih hati tetapi tidak mempunyai idea untuk melamar mereka dengan cara yang romantik. Apa kata Kasih Suci berikan beberapa tips untuk melamar pasangan anda.


1.Cuba bawa mereka ke tempat pertama perkenalan kalian. Di situ cuba lamar si dia dengan kata-kata yang cukup romantis dan bisa membuat mereka cair
2.Bawa kekasih anda ke tempat yang cukup romantis dan lamar si dia sewaktu selesai makan bersama.
3.Letakkan cincin di dalam desert si dia seperti di atas kek comelnya. Moga ia menjadi suatu kenangan yang paling indah buat si dia. Apabila si dia tersentuh lamarlah dia dengan kata-kata yang cukup indah.4.Minta si dia mencari sesuatu barang untuk kamu dan letakkan cincin itu di situ. Apabila dia membawa cincin tersebut boleh la kamu lamar dia dengan gaya yang cukup menawan hati.
5.Lamarlah dia dengan bahasa lain seperti basa jepun atau korea. Mungkin dia peminat cerita korea…mana tahu cara kamu melamar dia dengan bahasa tersebut akan menjadi suatu yang cukup bermakna buat dirinya


Moga beberapa panduan ini dapat memberi kalian idea untuk melamar gadis impian anda. Kasih suci doakan kalian berbahagia ke akhir hayat…amin.

Resepi Pizza


Resepi Pizza



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini Kasih Suci nak kongsikan resepi pizza yang sangat mudah untuk kita semua cuba buat di rumah. Insya Allah sedap dan tidak terlalu masin seperti yang biasa kita makan di restoran makanan segera di luar sana tu. Adunan doh tu Kasih Suci rujuk dalam resepi akak dayangjack. Mohon izin kak DJ untuk Kasih Suci kongsikan bersama pembaca di sini ye.


2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)-Kasih Suci tak letak
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Satu adunan doh tu Kasih Suci dapat dua keping pizza saiz regular sebab Kasih Suci nak buat pizza yang agak tebal.

Adunan doh ini perlu di simpan 40 minit sebelum di canai dan direhatkan 10 minit di cucuk dengan garfu sedikit sebelum di bakar dalam 10 minit. Apabila telah di bakar, sapukan dengan sesudu sos tomato dan sesudu sos cili ke atas nya dan taburkan topping kegemaran anda. Kasih Suci taburkan hirisan ayam, sausage, capsicum, crabstik dan parutan cheese. Bakar 15-20 minit dan pizza sedia di makan .

Selamat mencuba.

Monday, June 24, 2013

PERBANDINGAN 4 MAZHAB MENGENAI AURAT WANITA

PERBANDINGAN 4 MAZHAB MENGENAI AURAT WANITA



Maliki
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup

Hambali

Ada dua qaul :
Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang paling sahih.

Syafi’i

Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi’i :

Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih atau paling nyata atau mu’tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama’ Syafi’iyah.
Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

Hanafi

Ada dua qaul, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :
Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya

Tuesday, June 18, 2013

Kenali 5 tanda yang paling selalu berlaku jika terkena serangan jantung


Kenali 5 tanda yang paling selalu berlaku jika terkena serangan jantung

Jantung adalah pertahanan terakhir tubuh selain otak yang menentukan kehidupan seseorang. Jika aliran darah tidak lancar boleh menyebabkan stroke dan kematian.

Laporan Health Priorities WHO mendedahkan pada tahun 2004 kadar kematian yang paling tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Tidak hairanlah penyakit jantung masih menjadi pembunuh senyap yang menakutkan. Tapi masyarakat belum terlalu mengenali gejala dari penyakit ini.

Berdasarkan kajian dari MiDAS di Milan, Itali tahun 2006 lalu, hampir lebih kurang 52% penderita penyakit jantung tidak mengeluh sakit dada atau sering disebut dengan silent ischemia.

Penyakit jantung adalah penyakit akibat pembuluh darah arteri koroner tersumbat, iaitu pembuluh darah yang mengalirkan darah dengan membawa zat makanan dan oksigen yang diperlukan otot jantung agar boleh berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh.

Jantung manusia mengepam darah ke seluruh tubuh secara tetap iaitu lebih kurang 4-5 liter darah setiap minita.Oleh kerana itu jika aliran darah tersebut tidak lancar boleh mengakibatkan kerosakan otot jantung yang menyebabkan gangguan pam jantung (stroke) dan kematian.

Rasa sakit yang terasa di dada bahagian tengah kiri akibat kurangnya oksigen yang dialirkan ke otot jantung kerana penyempitan tersebut.

Lima tanda atau gejala peyakit jantung(serangan jantung) yang paling sering terjadi adalah:

1. Rasa tertekan (dada terasa seperti ditimpa beban, sakit, tersepit dan terbakar) yang menyebabkan sesak nafas dan tercekik di leher.

2. Rasa sakit ini boleh menjalar ke lengan kiri,leher dan punggung.

3. Rasa sakitnya boleh berlangsung lebih kurang 15-20 minit dan terjadi secara terus menerus.

4. Timbul peluh dingin, tubuh lemah, jantung berdebar dan bahkan hingga pengsan.

5. Rasa sakit ini boleh berkurang semasa sedang berehat, tapi akan bertambah teruk jika sedang melakukan aktiviti.



Pemicu serangan jantung antara lain senaman yang berlebihan, marah yang mengeluarkan banyak emosi atau kegiatan lain yang dilakukan secara berlebihan.

Walaupun demikian, pengesanan awal dan rawatan cepat semasa terjadinya serangan boleh mencegah dari bahaya kematian dan stroke di kemudian hari.

Salah satu cara yang boleh menjadi solusi diagnostik dan menagani penyumbatan pembuluh darah adalah dengan angiografi koroner. Prosedur pemeriksaan ini menggunakan sinaran X (X-ray) yang bertujuan memeriksa struktur pembuluh darah jantung, ruang jantung, katup jantung dan otot jantung dengan kamera khas.

Sehingga kini pemeriksaan tersebut masih menjadi standard untuk melihat bahagian-bahagian pembuluh darah yang tersumbat kerana memiliki tingkat ketepatan paling tinggi iaitu mendekati 100 percent.

Namun bukan bererti penyakit ini tidak boleh dicegah, ada dua cara pencegahan yang boleh dilakukan agar terhindar dari penyakit jantungiaitu pencegahan primer dan pencegahan sekunder.

Pencegahan utama, iaitu berusaha agar terhindar dari penyakit jantung sebelum dikesan penyakit jantung tapi ada faktor risiko dari faktor keturunan atau memiliki diabetes.

Pencegahan kedua, iaitu pencegahan dari seorang penderita penyakit jantung agar terhindar berulangnya tersumbatnyapembuluh darah kembali.

Perkara yang harus dilakukan adalah mengawal kadar lemak darah kolesterol, menjaga tekanan darah agar terkawal, berhenti merokok, menghindari makanan berlemak, cukup makan sayur dan buah, bersukan secara teratur, mengurangi berat badan serta stress

Monday, June 17, 2013

Kisah Remaja Syahid di Jalan Allah.


Kisah Remaja Syahid di Jalan Allah.



Kisah benar yang diterima kami. Untuk renungan kita bersama.
******************
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.



Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.


Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam






Couple Adalah Haram?


Couple Adalah Haram?


Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?



Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”



Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..



Cuba renungkan ini:

1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)

yg haram tetap haram…

Sunday, June 16, 2013

Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj Isteri


Hukum Mengeluarkan Air Mani Di Luar Faraj Isteri



Soalan:
Assalamualaikum Ustaz
Saya mempunyai kemusykilan. Saya harap dapat kiranya Ustaz membantu saya.

1. Apakah Hukumnya mengeluarkan air mani di luar faraj isteri sewaktu bersetubuh.?

Saya harap dapat kiranya Ustaz memberi pandangan. Apakah hukumnya, alasan serta dalil2nya. Sekian Terima kasih, hanya Allah-lah sahaja yang membalas segala kebaikan Ustaz. amin.

Jawapan:
Wa’alaikumussalam,
Mengeluarkan air mani diluar faraj isteri adalah harus jika berlaku dengan izin isteri. Secara umumnya air mani itu adalah hak isteri (ditumpahkan ke faraj) dan dikeluarkan melalui usaha yang halal (nikah / jimak dengan isteri).


Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal (mengeluarkan mani diluar faraj) di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 )

Dalam kaedah fiqh, apabila tiada larangan jelas dari Al-Quran dan as-sunnah menandakan keharusan tetapi hukum harus terbatas pula kepada adab dan etika suami isteri.

Kemasukan air mani memberi nikmat kepada isteri dan menghilangkan nikmat ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku.

Jika isteri redha dan mengizinkan maka tidak mengapa.

Wallahualam.

7 Cara Kempiskan Perut Buncit


7 Cara Kempiskan Perut Buncit



1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.


5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Apakah Hukum Memakan Masakan Orang Bukan Islam?


Apakah Hukum Memakan Masakan Orang Bukan Islam?


Assalamualaikum.

TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.

Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.

Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-



Orang Kafir Najis

Firman Allah S.W.T.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]

Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

Berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi :-


“Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, melainkan ada segelintir fuqaha’, seperti Zaidiyyah dan Zahiriyyah mengatakan orang musyrikin dan kufar adalah najis hissiyah”.

Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.

Malah kata al-Qaradhawi di dalam riwayat Sahih bahawa Nabi saw dan para sahabat pernah minum dan mengambil wudhu’ dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.

Dr Khaled Muhammad Abdul Kadir, pensyarah Universiti Lebanon menyatakan bahawa adalah dibenarkan lelaki Islam beristerikan ahli kitab, mereka boleh bersentuhan, baik ke atas alat-alat perabot ataupun pakaian mereka. Suami juga boleh makan makanan yang disediakan oleh isteri ahli kitab dan boleh menggunakan pinggan, mangkuk dan gelas yang sama. Jelas INI menunjukkan kenajisan mereka bukanlah fizikal badan mereka.

Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan maksud orang kafir itu najis adalah kepada aqidah mereka yang tidak suci, dan bukanlah fizikal badannya sehinggakan batal wudhu’ jika menyentuh mereka.


Kesimpulannya, anda boleh makan makanan yang dimasak oleh orang kafir selagimana kandungan makanan tersebut halal dimakan. Sentuhan orang kafir BUKAN najis. Yang berbeza dengan kita hanyalah aqidah mereka sahaja.



Wassalam.

Thursday, June 13, 2013

half moon.. pm 0135957200


Wednesday, June 12, 2013

KISAH YAHUDI MENGISLAMKAN JUTAAN ORANG

 KISAH YAHUDI MENGISLAMKAN JUTAAN ORANG


Di suatu tempat di Perancis lebih kurang lima puluh tahun yang lalu, ada seorang berbangsa Turki berumur 50 tahun bernama Ibrahim, dia adalah orang tua yang menjual makanan di sebuah kedai makanan. Kedai tersebut terletak di sebuah apartmen dimana salah satu penghuninya adalah keluarga Yahudi yang memiliki seorang anak bernama “Jad” berumur 7 tahun.

Jad, anak Yahudi ini hampir setiap hari ke kedai tempat di mana Ibrahim bekerja untuk membeli keperluan rumah. Tetapi setiap kali hendak keluar dari kedai –dan semasa tuan kedai, Ibrahim sedang leka, Jad selalu mencuri sekeping coklat.

Pada suatu hari , Jad terlupa untuk mencuri coklat semasa mahu keluar, kemudian tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahunya bahawa dia terlupa mengambil sekeping coklat seperti biasa. Jad ketakutan, kerana dia menjangka bahawa Ibrahim tidak mengetahui apa yang dia lakukan selama ini. Dia pun meminta maaf dan takut jika Ibrahim melaporkan perbuatannya tersebut kepada ibubapanya.

Ibrahim pun menjawab: “Tidak apa, yang penting kamu berjanji untuk tidak mengambil sesuatu tanpa izin, dan setiap kali kamu hendak keluar dari sini, ambillah sekeping coklat, itu adalah milikmu!” Jad pun menyetujuinya dengan penuh kegirangan.

Waktu berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim yang Muslim kini menjadi seperti seorang ayah dan rakan akrab bagi Jad si anak Yahudi.

Sudah menjadi kebiasaan jika Jad ada sebarang masalah, dia selalu datang dan meminta nasihat daripada Ibrahim. Dan setiap kali Jad selesai menceritakan masalahnya, Ibrahim selalu mengambil sebuah buku dari laci, memberikannya kepada Jad dan kemudian menyuruh untuk membukanya secara rawak. Setelah Jad membukanya, kemudian Ibrahim membaca dua helai darinya, menutupnya dan kemudian memberi nasihat dan jalan penyelesaian dari masalah Jad.

Beberapa tahun pun berlalu dan begitulah hari-hari yang dilalui Jad bersama Ibrahim, seorang Muslim Turki yang tua dan tidak berpendidikan tinggi.
14 tahun berlalu, kini Jad telah menjadi seorang pemuda gagah dan berumur 24 tahun, manakala Ibrahim semasa itu berumur 67 tahun.

Ibrahim pun akhirnya meninggal dunia, namun sebelum dia meninggal, dia telah menyimpan sebuah kotak yang diberikan kepada anak-anaknya di mana di dalam kotak tersebut dia letakkan sebuah buku yang selalu dia baca setiap kali Jad meminta nasihat daripadanya. Ibrahim berwasiat agar anak-anaknya memberikan buku tersebut sebagai hadiah untuk Jad, seorang pemuda Yahudi.

Jad hanya mengetahui kematian Ibrahim ketika anak lelakinya menyampaikan wasiat untuk memberikan sebuah kotak, Jad pun berasa sangat terperanjat dan sangat sedih dengan berita tersebut, kerana Ibrahim lah yang selama ini memberikan jalan penyelesaian dari semua masalahnya dan Ibrahim lah satu-satunya teman sejati baginya.

Hari-haripun berlalu, Setiap kali dirundung masalah, Jad selalu teringatkan Ibrahim. Kini dia hanya meninggalkan sebuah kotak. Kotak yang selalu dia buka, di dalamnya tersimpan sebuah buku yang dulu selalu dibaca Ibrahim setiap kali dia datang meminta nasihat daripadanya.

Jad mencuba membuka helai-helaian buku itu, akan tetapi kitab itu berisikan tulisan berbahasa Arab sedangkan dia tidak boleh membacanya. Kemudian dia berjumpa dengan seorang rakannya yang berkebangsaan Tunisia dan memintanya untuk membacakannya dua helai dari buku tersebut. Sebagaimana kebiasaan Ibrahim dahulu yang selalu memintanya membuka helaian buku itu dengan secara rawak semasa dia datang meminta nasihat.


Rakannya orang Tunisia tersebut kemudian membacakan dan menerangkan makna dari dua helai yang telah dia tunjukkan. Dan ternyata, apa yang dibaca oleh temannya itu, mengena seperti yang dialami Jad kala itu.
Kemudian Jad dengan penuh rasa teruja ini bertanya, “Buku apa ini !?”
Dia menjawab : “Ini adalah Al-Qur’an, kitab suci orang Islam!”
Jad seperti tidak percaya, sekaligus merasa takjub,
Jad lalu kembali bertanya: “Bagaimana caranya untuk menjadi orang Islam?”
Temannya menjawab : “Mengucapkan syahadat dan mengikuti syariat!”

Selepas itu dan tanpa ada rasa ragu, Jad lalu mengucapkan Syahadat, dia pun kini memeluk agama Islam!
Kini Jad sudah menjadi seorang muslim, kemudian dia menukar namanya menjadi Jadullah Al-Qur’ani sebagai rasa hormat kepada kitab Al-Qur’an yang begitu istimewa dan mampu menjawab seluruh masalah hidupnya selama ini. Dan sejak semasa itulah dia memutuskan akan menghabiskan sisa hidupnya untuk mengabdi menyebarkan ajaran Al-Qur’an.

Jadullah mempelajari Al-Qur’an serta memahami isi kandungannya, kemudian dia berdakwah ke Eropah sehingga berjaya mengislamkan enam ribu Yahudi dan kristian.

Suatu hari, Jadullah membuka helaian-helaian Al-Qur’an hadiah dari Ibrahim itu. Tiba-tiba dia menjumpai sebuah helaian bergambarkan peta dunia. Pada semasa matanya tertuju pada gambar benua afrika, nampak di atasnya tertera tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan itu tertuliskan ayat :
((اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ…!!))
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!…” (Surah An-Nahl; 125)

Diapun yakin bahawa ini adalah wasiat dari Ibrahim dan dia memutuskan untuk melaksanakannya.
Beberapa waktu kemudian Jadullah meninggalkan Eropah dan pergi berdakwah ke negara-negara Afrika dan di antaranya adalah Kenya, Sudan selatan (yang majoriti penduduknya adalah kristian), Uganda serta negara-negara yang laina. Jadullah berjaya mengislamkan lebih dari 6,000,000 (enam juta) orang dari suku kaum Zulu, ini baru satu suku, belum lagi dengan suku-suku lainnya.

Jadullah meninggal dunia pada tahun 2003 ketika berumur 45 tahun kerana sakit semasa berdakwah, selepas 30 tahun berdakwah di benua Afrika.

Begitulah sejarah tentang Jadullah Al-Qur’ani, kisah ini merupakan kisah benar yang penulis dapatkan dan kemudian penulis terjemahkan dari catatan Almarhum Syeikh Imad Iffat yang digelar “Syaikh Kaum Revolusioner Mesir”. Beliau adalah seorang ulama Al-Azhar dan anggota Lembaga Fatwa Mesir yang mati syahid ditembak di dalam sebuah insiden di Mesir pada hari Jumaat, 16 Disember 2011 silam.

Kisah benar ini, isuhangat terbitkan adalah untuk kita renungi bersama di zaman penuh fitnah seperti ini. Semasa ramai orang yang sudah tidak mengindahkan lagi cara dakwah Qur’ani. Mudah mengkafirkan, fasih mencaci, menuduh orang lain sesat, mebenarkan bidaah, melaknat, memfitnah, padahal kita adalah sesama Islam.

Marilah kita pertahankan akidah Islam yang telah kita peluk ini, dan sebolehnya janganlah kita mempertikaikan keIslaman orang lain. Saling mengingati adalah baik, saling melindungi akidah sesama muslim adalah baik. Marilah kita sentiasa berjuang bahu-membahu demi perkara yang baik-baik saja.
Wallahualam Bis-Shawab.

Penulis: Mustamid, seorang mahasiswa Program Licence Universiti Al-Azhar Mesir.

5 Penyakit Diwarisi Keluarga



5 Penyakit Diwarisi Keluarga

Tekanan-darah-tinggi

Sejarah keluarga memegang peranan penting dalam menentukan kesihatan seseorang. Misalnya jika dalam keluarga ada penyakit kanser, itu bererti kita atau anak-anak kita memiliki kemungkinan untuk mewarisi gen yang sama.


1. Tekanan darah tinggi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah keadaan dimana seseorang mengalami peningkatan tekanan darah diatas normal atau kronis (dalam waktu yang lama). Untuk mengetahuinya perlu dilakukan pengukuran tekanan darah. Jika tidak segera diubati ianya dapat meningkatkan risiko strok atau serangan jantung.


Risiko diturunkan: Jika salah satu orang tua Anda memiliki tekanan darah tinggi, risiko mendapat penyakit ini sebesar 15% atau lebih tinggi.


2. Kolesterol tinggi
Dalam keluarga yang sama, biasanya ahli keluarga mempunyai risiko kadar kolesterol tinggi disebabkan oleh perubahan gen dimana lemak tidak dimetabolisma dengan baik dalam darah dan berkumpul di arteri.


Risiko diturunkan: Dr Nigel Capps mengatakan, jika salah satu orang tua Anda memiliki hiperkolesterolemia familial, maka Anda memiliki risiko 50% mendapatkan penyakit tersebut.


3. Hipotiroid
Hipotiroid terjadi ketika tubuh tidak menghasilkan cukup hormon tiroksin. Gejala yang muncul biasanya sering merasa kelelahan dan penurunan berat badan. Penyakit ini tujuh kali lebih mungkin terjadi pada perempuan.

Risiko diturunkan: Dr Mark Cohen iaitu konsultan dari endokrinologi dari Spire Bushey Hospital, Hertfordshire mengatakan jika memiliki saudara atau ibu dengan tiroid (kurang aktif), maka Anda memiliki risiko 20 kali lebih mungkin untuk mendapatkannya.


4. Gangguan Bipolar
Gangguan bipolar (juga dikenal gangguan manik depresi) adalah suatukeadaan yang menyebabkan period depresi yang hadir disebabkan oleh stress juga ketidakseimbangan kimia di otak, dan pengaruh faktor genetik.

Risiko diturunkan: Jika ada orang tua yang memiliki penyakit ini, maka risiko untuk setiap anak-anak mereka mengalami hal sama adalah sebesar 10-15%.


5. Diabetes 
Umumnya gejala awal diabetes tidak dapat dikesan. Risiko mengidap diabetes cukup tinggi jika keluarga, orang tua atau saudara Anda juga memiliki riwayat penyakit ini.

Risiko diturunkan: Jika ada salah satu orang tua mengidap diabetes, risiko penyakit itu diturunkan sebesar 15 %. Tetapi jika kedua orang tua mengidap diabetes, risiko penyakit itu diturunkan kepada anak mereka adalah sebanyak 75 %. Namun, faktor lain seperti kegemukan, malas olahraga dan makan yang tidak sihat dapat meningkatkan lagi penyakit diabetes.

Kenalpasti penyakit keturunana dahulu dan pastikan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kesihatan yang maksimum.

Friday, June 7, 2013

Hukum Memakai Jenama Arak Di Pakaian


Hukum Memakai Jenama Arak Di Pakaian
jenama arak pada pakaian
Soalan:
Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan ‘Carlsberg’ pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara’iah, Jabatan Hal Ehwal Syara’iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Jawapan:
Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.
Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.
Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-lainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.
Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.
Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:
Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. “ (Surah Al-Maidah: 2)
Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.
Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.
Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan
Date Of Issue : 1998

Gambar Barang-barang Rasulullah



blessed-hair-of-rasool-allahsaw

Dua helai rambut Rasulullah SAW.

Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui solat, selawat-selawat dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada yang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan pribadi mulia panutan alam??
Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad ….
(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …)
Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam…

blessed-sandal1-of-rasool-allah-saw1

Antara sandal peninggalan Rasulullah SAW tercinta.
blessed-seal-of-rasool-allah-saw1
The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap mohor surat Nabi SAW)
busur-panah-nabi
Busur Panah Nabi SAW.
gigi-dan-rambut1
Peninggalan gigi dan rambut Rasulullah SAW.
jejak-kaki-nabi
Tapak kaki Rasulullah SAW.
jubah-rasulullah1
Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW.
pedang-nabi
Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas.
picture4
Antara pedang-pedang yang pernah dimiliki Nabi.
the_clothers__staff_of_prophet_muhammad
Baju dan barang-barang Rasulullah SAW.
the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw
Tapak kaki Rasulullah SAW.
the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bahagian dari baju gamis Nabi SAW)
the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More