Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Thursday, November 14, 2013

NEGARA YANG MEMPUNYAI KERETA API PALING LAJU


NEGARA YANG MEMPUNYAI KERETA API PALING LAJU


1. RUSSIA



Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 penumpang

2. TAIWAN



THSR 700T
Kelajuan: 186 mph
Kapasiti: 989 penumpang

3. KOREA SELATAN



KTX-I
Kelajuan: 190 mph
Kapasiti: 965 penumpang

4. UNITED KINGDOM



Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph
Kapasiti: 750 penumpang

5. ITALI



ETR 500 Frecciarossa
Kelajuan: 225 mph
Kapasiti: 590 penumpang

6. SEPANYOL




AVE Class 103
Kelajuan: 251 mph
Kapasiti: 404 penumpang

7. JERMAN



Transrapid TR-07
Kelajuan: 270.3 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

8. CHINA



CRH380AL
Kelajuan: 302 mph
Kapasiti: 600 penumpang

9. PERANCIS



TGV V150
Kelajuan: 357 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

10. JEPUN



JR-Maglev MLX01
Kelajuan: 361 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

Jenazah Yang Terpelihara Jasadnya


nazah Yang Terpelihara Jasadnya


Perkuburan yang terlibat dengan Expressway Segamat – Tangkak yang telah digali semula untuk permindahan, didapati ada 3 jenazah yang masih elok meskipun telah berusia 7-11 tahun, manakala kain kafan jenazah itu berbau wangi.


Menurut seorang pekerja JKR yang bernama En. Jalaluddin, semasa mengeluarkan jenazah tersebut kain kapannya masih elok seolah-olah baru dikebumikan dan berbau wangi.


Apabila diselidik jenazah yang dipindahkan itu adalah jenazah milik Haji Md Raof dan isterinya yang sudah 11 tahun dikebumikan, tetapi jenazah mereka seperti baru sahaja dikebumikan dan berbau harum. Rupa-rupanya beliau mengajar Al-Quran. Subhanallah beruntung dan mulianya pasangan ini.

Wednesday, October 30, 2013


Betapa Besar Dosa Zina


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di dalam masjid bersama para sahabat. Tiba-tiba datanglah seorang wanita yang kemudian masuk ke dalam masjid. Dengan ketakutan, wanita tersebut mengaku kepada Rasulullah bahwa dia telah berzina. Mendengar hal itu, memerahlah wajah Rasulullah SAW seperti hampir meneteskan darah. Kemudian beliau bersabda kepadanya, Pergilah, hingga engkau melahirkan anakmu.

Sembilan bulan berlalu, wanita itu akhirnya melahirkan. Dihari pertama nifasnya, dia datang kembali membawa anaknya, dan berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina. Rasulullah melihat kepada anak wanita tersebut, dan bersabda: Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku.

Dengan sedih, wanita itu akhirnya kembali lagi kerumahnya.

Tiga tahun lebih berlalu, namun si wanita tetap tidak berubah pikiran. Dia datang kembali kepada Rasulullah untuk bertaubat. Dia berkata: Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!

Rasulullah SAW bersabda kembali kepada semua yang hadir disana, Siapa yang mengurusi anak ini, maka dia adalah temanku di surga

Sesaat kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam. Setelah wanita tersebut meninggal, beliaupun menshalatinya.

Melihat hal tersebut, umar Bin Khatab merasa sangat heran sekali. Beliau berkata: Engkau menshalatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina!.

Rasulullah kembali bersabda: Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, yang seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah? (HR. Ahmad)

Catatan : ini menunjukan, bahwa dosa berzina sangatlah besar. Dengan hukuman seperti di atas, jika pezina itu adalah muhson ( sudah menikah ), maka hukumannya adalah rajam sampai ajalnya seperti hadits di atas,jika pezina itu ghoir muhson ( belum menikah ) maka hukumannya dicambuk dengan 100 kali cambukan.

Wallahu a'lam. Semoga Bermanfaat Untuk Kita Semua.

Tuesday, October 29, 2013

Lawak Pak Pandir


Pak Pandir Jalan2

Suatu hari Pak Pandir sedang berjalan-jalan didalam hutan mencari kayu.

Tiba-tiba beliau terjumpa seketul tahi, lalu Pak Pandir menyentuh tahi tersebut...."erm,lembek mcm tahi!.." kemudian..merasa tahi tersebut,"erm..rasa pun macam tahi!!"..

lantas menghidu tahi tersebut..."bau pun macam tahi.... memang sah la ni tahi...."

Kemudian dengan muka yang sangat gembira... Pak Pandir berkata..."nasib baik aku tak terpijak tahi ni....!!!!!


------^------^---------^-------^---------^---------

Pak Pandir Nak Beli TV warna



Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?

Penjual : Ada.

Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

------------------------------------------------

Panadol
Pak samad pergi kerumah Pak Pandir.Lalu Pak Pandir membuat air kopi.. 
Pak samad melihat Pak Pandir membuat kopi. Pak Pandir memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. 
Dengan kehairanan Pak Samad bertanya kepada Pak Pandir…“Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?” 
Pak pandir menjawab“Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Monday, October 28, 2013

Hukum Gantung Gambar Bernyawa Di Dalam Rumah


OCT 28, 2013
Hukum Gantung Gambar Bernyawa Di Dalam Rumah




Apakah hukumnya gantung gambar bernyawa di dalam rumah?

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”


Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu, gambar-gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Gambar-gambar yang tidak bernyawa tidaklah haram dijadikan perhiasan di dalam rumah.

Sunday, October 27, 2013

Petua Untuk Menghilangkan Jerawat


OCT 21, 2013
Petua Untuk Menghilangkan Jerawat




Berikut adalah petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat.

1. Daun Sirih - Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.

2. Tomato - Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

3. Asam Gelugor - Rendam beberapa keping asam gelugor selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

4. Kulit Kayu Manis – Ambil kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

5. Ubat Gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ubat gigi membantu mengeringkan jerawat dan juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.



6. Air Kelapa - Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

7. Asam Jawa dan Kunyit Hidup - Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

8. Air Basuhan Beras - Selawat sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

9. Putih Telur - Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

10. Lidah Buaya - Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang.

11. Larutan Tepung Kanji - Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

12. Daun Teh - Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.

Pekerja Bank Mati Ditembak


OCT 24, 2013
Pekerja Bank Mati Ditembak



Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya. Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah. Sebelum kejadian mangsa, Norazita Abu Talib, 37 telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.



Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Polis masih belum berhasil memberkas pengawa

Monday, October 21, 2013

lawak sengal..




Cikgu : Ali knpa rambut awak
serabai?
Ali : Saya takde sikat
cikgu : Pinjamlah dgn abg awak
Ali : Saya anak tunggal
Cikgu : Mak?
Ali : Dah meninggal
cikgu : Ayah?
Ali : Botak. ._.

_____________________________________________________________________________

Ali : Mak, nak sepuluh ringgit
Mak : Tak boleh..
Ali : Kalo mak bagi, nti adik bagitau apa ayah berbual dengan bibik semalam masa mak kluar pergi pasar.

Mak terus amik rm10 dalam handbag, sambil serah rm10 pd Ali.

Mak : Apa yang diorang borak?
Ali : Ayah cakap, "Bibik, esok jangan lupa gosok baju saya".

________________________________________________________________________________

A : weh esok bday awek aku. Nak bagi apa eh.?
B : hm, awek kau tu cemana?
A : baik, cantik, putih, gebu...
B : Oh, hmmm,, klau mcm 2 cer bagi no. fon aku.
A : &$%(@)#@!!!!!!!

________________________________________________________________________________

GF : awak ! ada orang nk pecah masuk rumah saya ! cepat datang ! *call BF*
BF : sekejap la , saya tengah shampoo rambut nie .
GF : cepatlah ! saya takut saya kena rogol !
BF : awak cool ok cool , biasanya HERO nie memang datang saat2 akhir .
GF : ¥£$%#!@?¥%@&

_________________________________________________________________________________

Girl : You, i nak break!
Boy : You jangan buat i macam ni 
Girl : *tak reply*
Boy : -menangis-
Girl : Hai dear!
Boy : Tadi you cakap nak break 
Girl : OMG, wrong type sorry, i mean nak berak~

_______________________________________________________________________________

Cikgu: Alat apa yang kamu semua suka?
Murid: Loceng, cikgu!
Cikgu: Loceng apa?
Murid: Loceng balik sekolah!
Cikgu: @#$%^

_________________________________________________________________________________


Tips Mengajak Suami Solat...


Ketika kita mahu mengajak atau menyuruh suami solat, gunakan skrip kata-kata yang lembut dan suka didengar beliau. Elakkan daripada menggunakan skrip kata-kata yang menekan-nekan, menyuruh-nyuruh, mengajar-ajar atau memaksa.

Contoh:
"Abang, cepatlah solat! Sudah pukul berapa ini masih belum solat." (Salah)
"Abang, tengok jam sudah pukul berapa. Solatlah cepat." (Salah)
"Abang ini asyik menghadap komputer sahaja. Bila nak solat." (Salah)
"Abang ini kalau solat selalu lambat-lambat. Tapi, kalau makan laju saja." (Salah)

Sebaliknya, gunakan ucapan seperti ini;

"Abang, mari bangun solat Subuh. Saya mahu masuk syurga bersama abang." (Betul)
"Abang, saya mahu kekal menjadi makmum abang sehingga ke syurga. Mari kita solat bersama." (Betul)
"Abang, saya suka mendengar bacaan abang dan berimamkan abang ketika solat. Saya dapat merasakan ketenangan yang luar biasa setiap kali solat dibelakang abang." (Betul)

P/s : Selamat mencuba & SHARE kepada saudara Islam kita yg lain...

ANAK DARA KENA BACA NI


ANAK DARA KENA BACA NI .

Selαlu Lebαm-lebαm ? tαk tαhu dαri mαnα dαtαngnyα lebαm-lebαm..? bαngun pαgi tibα2 αdα lebαm kαt αnggotα bαdαn, siαpα disini yαng kerαp αdα lebαm2 dibαdαn ? Bilα Jin αtαu mαkhluk hαlus mulα jαtuh cintα kepαdα seseorαng wαnita, pαsti buruk pαdαhnyα. Pαdα permulααn, αkαn wujud kesαn lebαm pαdα pehα wαnita itu, dαn jikα dibiαrkαn, lebαm-lebαm itu mungkin melαrαt ke αnggotα-αnggotα bαdαn yαng lαin. Lebαm Digigit Jin boleh berlαku αpαbilα seseorαng wαnita tidur selepαs αsαr, biαsαnyα kesαn itu dαpαt dilihαt pαdα pehα kαnαn αtαu kiri merekα. Tompok lebαm kebiruαn, dαn jikα mαmpu dilihαt, pαsti αdα 5 lubαng hαlus pαdα lebαm tersebut. αpα yαng lebih mαlαng, sekαli Jin menggigit pαsti αkαn digigit lαgi. Jαngαn biαrkαn Jin Jαtuh Cintα. Elαkkαn keluαr wαktu senjα αtαu petαng, jαngαn dedαhkαn αurαt dαn berpαkαiαn seksi, jαuhi tempαt-tempαt sunyi seperti lorong dαn kαwαsαn berlubαng seperti telαgα. Mαndi pαdα wαktu mαghrib tαnpα berαlαs, gunαkαnlαh kαin bαsαhαn. Wαnitα tidαk dαpαt melihαt, nαmun Jin mαmpu melihαt kekαsihnyα. Digigit Jin tαndα kαsihnyα. Usαh menggodα Jin dengαn kecαntikαn mu, sekαli Jin jαtuh cintα, buruk pαdαhnyα dαn sukαr dicαri penαwαrnyα. αdα yαng menαmαkαn iα Sihir Jin αsyik (Jin sedαng αngαu). Bilα Jin cubα pertαhαn cintα pαdα kekαsihnyα, pαsti sukαr seseorαng itu mendαpαt jodoh. Mαlαh bilα orαng dαtαng merisik lαlu senyαp, orαng dαtαng meminαng jugα senyαp. Mungkin αdα kekαsih αlαm lαin yαng cubα pertαhαn cintα merekα. 

**copy&pαste**
HABIS LAA !!

Sultan Sulu Jamalul Kiram III Meninggal Dunia


Sultan Sulu Jamalul Kiram III Meninggal Dunia




Sultan Sulu Jamalul Kiram III, 75 dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ pada pukul 4.42 pagi waktu tempatan. Berita tersebut disahkan oleh anak perempuannya, Jacel Kiram.

Beliau meninggalkan sembilan orang anak, tiga bersama bekas isterinya Fatima Celia Kiram dan enam bersama isterinya Carolyn Tulawie. Menurut Jacel kiram bapanya telah lama menderita kerana penyakit buah pinggang. Kemungkinan jenazah Jamalul Kiram akan dibawa pulang ke Jolo, Sulu.


Pada Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram menceroboh Sabah dan mereka mendarat di k

Friday, October 11, 2013

PEMBUAT SENJATA DI SYRIA BERUMUR 10 TAHUN


PEMBUAT SENJATA DI SYRIA BERUMUR 10 TAHUN (15 GAMBAR)


Perang saudara di Syria sudah berlanjutan selama lebih dari 30 bulan. Dianggarkan 100 000 orang dari kedua-dua belah pihak bertelagah telah terkorban. Paling menyedihkan tentang konflik di Syria ialah kanak-kanak yang hidup seperti orang dewasa. Kerana kekurangan tenaga pekerja, kanak-kanak seperti Issa terpaksa bekerja sebagai pembuat senjata. Issa (10) membina pelancar dan peluru mortar untuk kegunaan askar Free Syrian Army. Beliau bekerja di kilang milik bapa beliau di Aleppo selama 10 jam sehari dan hanya bercuti pada hari Jumaat.




















Thursday, October 3, 2013

KEADAAN SESEORANG KETIKA DALAM KUBUR


KEADAAN SESEORANG KETIKA DALAM KUBUR



Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”

Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”

Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.” Klik untuk memulakan pagi yang hebat dengan tips Ms. Rosy

PELAJAR BRITAIN DI LARANG BERHIJAB


PELAJAR BRITAIN DI LARANG BERHIJAB



KOLEJ Birmingham Metropolitan, England, Britain baru-baru ini mengeluarkan dasar melarang pelajar Islam memakai tudung atau pakaian menutup muka bagi tujuan keselamatan dan supaya mudah dikenali pada setiap masa.

Pengharaman memakai tudung dan purdah diumumkan kepada pelajar bagi sesi baru permulaan pengajian di kolej itu minggu lalu, menyebabkan beberapa pelajar berpindah ke kolej lain.

Seorang pelajar, Imaani Ali, 17, berkata dasar itu seperti menceroboh kebebasannya malah pihak kolej juga tidak memberi alternatif lain.

“Saya dan rakan-rakan yang memakai tudung hanya diberitahu mengenai larangan itu ketika proses pendaftaran. Pihak keselamatan juga menyekat kemasukan kami di perkarangan kolej. Klik untuk memulakan pagi yang hebat dengan tips Ms. Rosy




“Tindakan ini satu diskriminasi beragama. Ini agama saya dan ini kepercayaan saya. Saya tidak mahu ke tempat yang tidak boleh menerima saya namun saya tiada pilihan lain ketika ini,” katanya.

Seorang lagi pelajar 17 tahun yang enggan dikenali berkata, beliau nyata kecewa dengan dasar itu dan telah membuat keputusan untuk berpindah ke kolej lain di bandar.

“Ini satu pemikiran dangkal. Keputusan memakai tudung adalah hak peribadi. Saya sangat terkejut apabila isu ini dibangkitkan memandangkan di sini terdapat ramai pelajar Muslim dan berbilang budaya.

“Saya tidak rasa tudung akan mengganggu pembelajaran dan komunikasi dengan orang lain kerana saya tidak pernah mempunyai masalah dengan mereka,” katanya.

Bagi pelajar A-Level Suleman Hussain, 17, turut tidak bersetuju dengan garis panduan terbaru itu.

“Mereka datang ke kolej untuk belajar, bukannya akan membawa bom dan membuat kacau,” katanya.

Bahas di Parlimen

Susulan pengharaman itu, isu berhijab ini dibangkitkan di Parlimen.

Ahli Parlimen Kattering, Philip Hollobone yang menolak penampilan menutup aurat menyuarakan isu ini kepada ahli bebas dan beliau menjawab tindakan itu menyalahi undang-undang dalam kebebasan kehidupan di Britain.

Pengetua dan Ketua Eksekutif kolej, Dame Christine Braddock mempertahankan dasar itu dengan mengatakan, ia telah lama digunakan dan diperkenalkan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.

“Kami mempunyai aspek kesaksamaan, kepelbagaian dan penyertaan dasar mantap di Kolej Birmingham Metropolitan, tetapi kami juga komited dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat.

“Ia adalah untuk memudahkan pelajar dikenal pasti ketika berada di dalam kawasan kolej dan ia termasuk tidak mengenakan topi, hoodies dan tudung supaya wajah mereka sentiasa kelihatan,” katanya dipetik Mail Online

Terima peraturan demi keselamatan

Bagi Presiden Persatuan Muslim Britain, Omer El- Hamdoon berkata, pelajar di kolej itu perlu menerima dan mematuhi dasar ditetapkan.

“Sesetengah mereka mungkin berpendapat ia adalah sebahagian daripada agama, tetapi mereka perlu praktikal. Contohnya jika anda ke bank menaiki motosikal anda perlu menanggalkan topi keledar supaya dikenali.

“Sama juga ketika menduduki peperiksaan, pihak kolej perlu tahu siapa yang sedang menjawab kertas peperiksaan. Terdapat segelintir mereka merasakan ia menceroboh kebebasan bersuara, tetapi mereka perlu patuh kepada peraturan,” katanya.

Menurut Chante Young, 17, yang mengambil jurusan perniagaan, pengharaman itu nyata membuatnya berasa lebih selamat.

“Anda tidak akan tahu siapa si pemakainya kerana seluruh wajah ditutup dan hanya mata yang kelihatan,” katanya.

Dalam satu kes di mahkamah dua minggu lalu, hakim Peter Murphy menyuruh seorang wanita berumur 21 tahun menanggalkan tudung sebelum dibenarkan membuat rayuan.

Wanita itu menolak permintaan tersebut kerana terdapat lelaki di dalam bilik itu dan ia bertentangan dengan kepercayaan agamanya.

Hakim kemudiannya memberi amaran terdapat risiko orang lain menyamar dan berpura-pura menjadi dirinya masuk ke kandang tertuduh.

Cara berjasa kepada ibu..belikan mereka tudung ni..

Tudung Nadira Saiz XL awning lembut berdagu HANYA RM45!!!
saiz L pun ade!!!


Ibu anda pasti gembira mendapat hadiah dari anak2nya!!
Tudung Nadira Saiz XL awning lembut berdagu (NXL ) RM45/pc. Beli 3 dpt free postage. Material Kain Denim yg sejuk dipakai dan sgt berkualiti. Labuh dari bawah dagu 23 inci. Stok limited. Hot dipasaran. Pm utk harga borong. New Arrival (OKT 2013)
BERMINAT??? boleh whatsapp/sms kod tudung dibawah gambar ke nombor 013-5957200


NL 4635 

NL 4636 

NL 4637 

NL 4638 

NL 4639 

NL 4640 

NL 4642 

NL 4643 

NL 4645 

NL 4646 
Untuk melihat lebih banyak koleksi tudung kami,  boleh like page Tudung Latest Edition dengan klik link ini:
https://www.facebook.com/pages/Tudung-Latest-edition/152072828271041



Monday, September 30, 2013

Hukum Akad Melalui SMS


Hukum Akad Melalui SMS






Soalan; Assalam..ustaz, boleh atau tidak aqad wakalah aqiqah/qurban dlm sms/email/whatsapp dan lain2? trm ksh ustaz..



Jawapan;

Sebarang akad tidak sah melainkan dengan sighah yang jelas. Maksud sighah ialah pernyataan secara zahir dari kedua pihak yang berakad sebagai tanda kerelaan mereka untuk melakukan aqad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untuk beraqad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuan dari pihak kedua). Sighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan, tulisan, bahasa isyarat yang difahami[1] atau dengan perbuatan/tindakan (seperti satu pihak memberi dan satu pihak lagi mengambil). Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email dan seumpamanya masuk dalam hukum akad melalui tulisan. Para ulamak mengharuskannya dengan syarat tulisan itu jelas (tiada kesamaran), benar datang dari pihak berakad dan bertujuan akad.[2] Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad, iaitu; telah baligh dan beraqal (waras).




Oleh kerana -melalui sms, email dan seumpamanya itu- aqad dilakukan secara berjauhan, qabul dari pihak kedua dikira setelah tulisan sms/email dari pihak pertama dibaca dan difahaminya dan ia menyatakan persetujuannya selepas itu.



Wallahu a’lam.



Rujukan;



1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/160 (perkataan ‘sighah’).

2. al-Mu’amalaat al-Maliyah-2, as-Syubaily, hlm. 76.

3. at-Tijarah al-Iliktroniyah, ‘Ali Muhammad Ahmad Abu al-‘Izzi, hlm. 190.

4. Hukm Ijra’ al-‘Uqud bil-Alati al-Hadithah, Dr. al-Farfur (Majallah Majma’ al-Fiqh; 6/593).

[1] Beraqad dengan isyarat hanya harus bagi orang yang tidak mampu bercakap dan menulis.

[2] Harus berakad dengan tulisan sekalipun dapat bercakap. Namun dikecuali akad nikah, tidak harus berakad nikah dengan tulisan selagi pihak yang berakad dapat bercakap.

hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam


Hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam






Soalan; ustaz, ingin penjelasan berkenaan hukum memberi daging korban kepada orang kafir. Adakah harus? Adakah hilang pahala korban? Terima kasih.


Jawapan;

Terdapat beza pandangan antara ulamak dalam masalah di atas;

Pandangan pertama; daging korban tidak harus diberikan kepada orang bukan Islam sekalipun kafir zimmi. Ia khusus untuk orang Islam sahaja. Pandangan ini merupakan mazhab Syafiie.[1]Menurut Imam Malik dan al-Laith; makruh memberinya kepada orang bukan Islam[2].

Pandangan kedua; harus memberi daging korban kepada orang kafir zimmi. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Abu Hanifah, Hasan al-Basri, Abu Tsur dan mazhab Hanbali. Pandangan ini juga ditarjih oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’. Menurut pandangan ini; daging binatang korban adalah makanan, maka sebagaimana harus memberi makan orang kafir zimmi, maka harus juga memberi daging korban kepada mereka kerana ia sebahagian makanan. Selain itu, dikiaskan juga kepada keharusan memberi sedekah kepada orang kafir zimmi. Namun menurut mereka; yang harus diberikan ialah dari korban sunat sahaja. Adapun dari korban wajib (iaitu korban nazar), tidak harus diberi dagingnya melainkan kepada orang-orang fakir dari kaum muslimin sahaja (iaitu menyamai hukum zakat dan kaffarah sumpah).


Pandangan ulamak semasa; Syeikh Ibnu Usaimin (ulamak besar Arab Saudi) menegaskan; dibolehkan memberi daging korban kepada orang kafir dengan syarat bukan orang kafir yang memusuhi orang Islam. Dalilnya ialah firman Allah (bermaksud); “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kami dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu dari menjadikan mereka sebagai kawanku orang-orang (kafir) yang dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampong halamanmu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, mereka itulah orang yang zalim” (surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).[3]



Wallahu a’lam.


Rujukan;



1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 8/316.

2. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 9/450.

2. al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.

3. Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.


[1] Lihat; al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.

[2] Menurut Imam al-Laith; makruh memberi daging korban kepada orang bukan Islam, kecuali jika daging itu dimasak kemudian dijemput orang bukan Islam untuk menikmatinya bersama orang Islam, tidaklah makruh (al-Majmu’, 8/316).

[3] Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.



Kepala Ayah Putus Dalam Nahas


Kepala Ayah Putus Dalam Nahas






Dungun: “Ayah mengelak ke kiri jalan untuk menyelamatkan diri, namum kereta itu berpusing dan merempuhnya, “ kata Muhammad Keeri Mohd Nor, 19, menceritakan nahas yang mengorbankan ayahnya di kilometer 23, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah(AMBS), dekat Bukit Sejuk, disini, semalam.

Ayahnya, Mohd Nor Samat, 61 putus kepala dan tercampak 30 meter dari tempat kejadian dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada jam 6.30 petang itu.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yusof, 23 yang mengandung 8 bulan serta anak sulungnya Mohamad Amizi Azmi,1, manakala suaminya yang memandu Proton Iswara Aeroback, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudaranya yang hanya cedera ringan.

Tuesday, September 17, 2013

hukum Menghadiri Kenduri Kahwin Yang Ada Kemungkaran

hukum Menghadiri Kenduri Kahwin Yang Ada Kemungkaran

karaoke di kenduri kahwin
Menghadiri majlis walimatul ‘urus adalah wajib di dalam Mazhab Syafie. Ini berdasarkan hadis sahih:
“Apabila kamu dijemput ke kenduri perkahwinan, maka hendaklah kamu menghadiri”
Namun kewajipan ini dikecualikan jika terdapat kemungkaran. Ini disebutkan di dalam Minhaju tolibin:
“Dan diantara syarat wajibnya hadir ke majlis walimah adalah tidak ada perkara kemungkaran. Maka sekiranya kemungkaran akan hilang dengan sebab kehadirannya maka hendaklah dia hadir. Diantara kemungkaran adalah hamparan sutera, gambar atau patung haiwan”(Rujuk:Minhaju tolibin bersama syarahnya Mughni al Muhtaj 3\314)
Gugur Hukum Wajib Menghadiri Walimah Apabila:
- Jika majlis kenduri hanya khusus untuk orang kaya sahaja
- Majlis mempamerkan atau mendedahkan gambar bernyawa
- Bercampur pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
- Jika majlis kenduri itu terdapat arak
- Ada tari menari
- Menggunakan set makanan dan minuman yang diperbuat emas dan perak
- Diselitkan majlis hiburan yang melanggar batasan syarak

Subhanallah! Pendeta Yahudi Peluk Islam Melalui Internet


Subhanallah! Pendeta Yahudi Peluk Islam Melalui Internet




Seorang pendeta yahudi bernama Joseph Chohien telah mengemparkan masyarakat yahudi Israel bila beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam. Kini nama barunya ialah Yusof Muhammad Khattab.

Lebih menggemparkan ialah beliau turut membawa beberapa ahli keluarganya yang lain termasuk isteri dan anak-anaknya berhijrah meninggalkan agama yahudi dengan memeluk Islam.

Sejarah keislaman beliau bermula dari saat beliau berkenalan dgn seorg daie dari Kuwait melalui internet….yg banyak memberikannya kesedaran dan pendedahan akan hakikat Islam. Hampir 2 tahun lamanya mereka berhubung hinggalah akhirnya beliau diperkenalkan pula dengan seorang Daie lagi di al-Quds, Palestin.

Dari situlah akhirnya Allah swt menguatkan serta membuka pintu hati beliau untuk menuturkan kalimah Syahadah hingga akhirnya isteri dan anak-anaknya juga turut sama mendapat hidayah Allah swt dengan memeluk Islam.

Di peringkat awal keislamannya beliau telah menempuh berbagai kesusahan dan tekanan termasuk dari 2 orang tuanya yang masih beragama yahudi.


Antara yang turut memberikan tekanan dan gangguan hebat ialah pihak Kementerian Dalam Negeri Israel sendiri dan persatuan ’Syaas’ yang pernah dianggotainya sebelum ini, di mana beliau telah dituduh konon ditimpa penyakit gila, gangguan fikiran dan sebagainya. Di samping itu pula banyak hak-hak beliau sebagai rakyat Israel dinafikan oleh rejim Israel yang sangat menguji keimanannya yang baru memeluk agama Islam.

Setelah puas menempuh pelbagai rintangan dan tekanan akhirnya beliau berjaya juga melepasi kesemua halangan tersebut dan berjaya pula mendapatkan pengiktirafan serta hak-haknya sebagai warganegara yang telah dinafikan sebelum ini.

Kini Yusof mula bergiat cergas dalam amal-amal dakwah dan kebajikan di sekitar kota al-Quds bersama-sama rakan arab yang lain.




Sila lihat video di bawah:

Monday, September 2, 2013

Sticker Kalimah Syahadah Bercahaya di Kereta

Monday, August 26, 2013

Gambar-gambar Bas Jatuh Gaung di Genting Highlands



Gambar-gambar Bas Jatuh Gaung di Genting Highlands

nahas genting highland
Koleksi gambar kemalangan bas di Genting Highlands 21 Ogos 2013 Lebuhraya Karak
Genting Highlands: Susulan dari kejadian bas jatuh gaung di Genting Highlands sehingga kini maklumat yang diperolehi seramai 37 orang dilaporkan mati dan 16 orang cedera.
Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki dan manakalah 13 lagi adalah wanita.
Nahas bas berlaku pada pukul 2.22 petang apabila bas yang berulang-alik dari Kuala Lumpur-Genting terhubang ke dalam gaung.
kemalangan di genting highlands
Kejadian yang berlaku di kilometer 3.6 Lebuhraya Karak-Genting itu merupakan satu kejadian yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia . Genting Highlands adalah salah satu pusat perlancongan dan hiburan yang terkenal di negara ini. Sudah pasti kejadian ini dapat memberikan kesan kepada industri perlancongan di Genting Highlands.
kemalangan bas di genting highlands
Berikut adalah beberapa keping gambar nahas bas jatuh gaung di Genting.
jatuh gaung di genting highlands

gambar kemalangan di genting

bas jatuh gaung di genting

accident di genting highlands

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More