Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Monday, July 29, 2013

Hukum Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur


Hukum Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 11 Ogos 2008M/ 9 Syaaban 1429H telah membincangkan mengenai Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Amalan membawa bunga secara sederhana dengan niat mewangikan kawasan kuburan adalah diharuskan; dan
Amalan membawa kalungan atau jambangan bunga semasa menziarahi kubur adalah dilarang kerana :
Mempunyai unsur persamaan dengan amalan dan ajaran agama lain.
Pembaziran yang nyata
Walau bagaimanapun, mesyuarat sebulat suara memohon agar satu garis panduan yang merangkumi peraturan dan panduan mengenai hal ehwal perkuburan disediakan untuk edaran ke seluruh Negeri Sarawak.

Kenapa Islam Haramkan Makan Babi?


Kenapa Islam Haramkan Makan Babi?





Ini adalah larangan Allah dalam Q
ur’an seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah 173).


Diharamkan bagimu makan bangkai, darah, daging babi, daging yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, dipukul, jatuh, ditanduk, dan diterkam haiwan buas, kecuali sempat disembelihnya, dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Maidah 5;3).


Katakanlah: “Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-An’aam 6:145).


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu makan bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampau, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-Nahl 16;115).

Ayat-ayat tersebut memadai untuk meyakinkan umat islam tentang pengharaman babi. Inilah sebab kenapa umat Islam tidak boleh makan babi, adapun hikmah di sebalik larangan makan babi adalah :
1. Sebetulnya babi juga diharamkan dalam Bible, orang kristian sepatutnya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang memakan babi dalam buku leviticus




Janganlah makan babi, haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak, jangan makan haiwan seperti itu dan jangan sentuh bangkainya (Leviticus 11;7-9).



Larangan tersebut juga diulangi dalam ayat yang lain :



Jangan makan babi. Haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak. Jangan makan haiwan seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya (Deutronomi 14;8).

Di ayat yang lain babi diharamkan dalam buku Proverb


Janganlah makan babi. Babi haram, walaupun berkuku belah tetapi tidak mamah biak. Janganlah makan hewan itu, dan jangan sentuh bangkainya, hewan itu haram (Proverb 11;7-8).


Larangan yang sama juga disebut dalam buka Isaiah 65; 2-7


2. Memakan babi menyebabkan pelbagai penyakit, mengikut kajian saintifik memakan babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit. Seseorang boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lainnya.


Antara yang berbahaya adalah Taenia solium, ataupun cacing pita yang tersimpan dalam usus dan sangat panjang. Ovum atau telurnya memasuki aliran darah dan menyebar ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung menyebabkan serangan jantung (jantung koroner), jika memasuki mata mengakibatkan buta, jika memasuki hati mengakibatkan kerosakan hati. Ia dapat merosakkan hampir semua organ tubuh manusia.
Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis, ovumnya atau telur tidak mati sungguhpun telah dimasak sampai betul-betul masak. Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidapTrichura Tichurasis, dua puluh dua orang telah memasak daging babi tersebut dengan betul.


3. Babi mempunyai bahan pembina lemak yang tinggi, babi sangat sedikit bahan pembina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saliran darah manusia dan mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung. Tidak mengherankan lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.

4. Babi adalah haiwan yang paling kotor di bumi ini, secara semula jadi babi hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan haiwan pemakan bangkai terbaik ciptaan Allah. Di Perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di merata tempat terbuka, maka najis tersebut dimakan oleh babi. Mungkin di negara-negara Maju seperti Australia dan Jerman, babi diternak di tempat yang bersih tetapi babi ditempatkan bersama dalam kandang. Secara tabii babi merupakan haiwan yang kotor dan tetap makan najis sendiri.


5. Babi adalah haiwan paling menjijikkan, babi adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya mengadakan seks bersama jantan lain. Di Amerika, kebanyakan orang memakan babi dan sudah menjadi budaya selepas parti mereka akan bertukar-tukar isteri, dan berkata “Anda tidur dengan istri saya dan saya tidur bersama isteri anda. Mungkinkan budaya memakan babi menggalakkan budaya babi.

Mengikut kajian genetik DNA babi adalah hampir sama dengan DNA Manusia, dan DNA babi dapat mempengaruhi DNA manusia kalau dipindahkan ke dalam tubuh manusia. Hari ini kita menganggap Amerika adalah sebuah negara yang paling maju dan canggih, apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut laporan, amalan ini telah menyebar ke Eropah dan Barat serta Asia, akankah budaya ini menyebarkan ke Malaysia?


Sila tonton video ini:





Wednesday, July 24, 2013

TIDAK TERKEJUT ABBY NIKAH | HARAP FARHAN DAPAT BIMBING ABBY DAN ANAK – NORMAN HAKIM


TIDAK TERKEJUT ABBY NIKAH | HARAP FARHAN DAPAT BIMBING ABBY DAN ANAK – NORMAN HAKIM


Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon juga bekas suami kepada Abby Abadi ,tidak terkejut dengan berita pernikahan Abby dengan suaminya kerana sudah menghidu hubungan mereka lebih awal.

Tambah Norman, disebabkan mengenali bekas isterinya itu yang penuh dengan kejutan, berita pernikahan tersebut diterimanya dengan baik.

Bercakap kepada Mstar Online, Norman memberitahu, sebenarnya saya dan isteri (Memey Suhaiza) pernah berjumpa dengan suami Abby sekarang sebelum mereka berkahwin dan kami seperti dapat mengagak jalinan perhubungan mereka yang nampak mesra.Tetapi Abby tak cakap apa-apa pun. Saya dan Memey hanya dengar sahaja berita ini dan tahu-tahu dia dah kahwin. Saya tidak terkejut dengan keputusannya memandangkan dia sering memberi kejutan dalam apa-apa perkara sekalipun.Kami terima pegangannya iaitu Allah didahulukan. Sebab itu mereka berkahwin dahulu, baharulah dia selesaikan hal duniawi pula. Kami hanya doakan yang terbaik,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.

Sementara itu,Tambah Norman, dia berharap agar perkahwinan itu juga tidak akan menimbulkan sebarang persoalan negatif kerana Abby mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan dirinya dan keluarga.

Dalam pada itu, Norman turut berharap agar Farhan dapat membimbing Abby serta tiga orang anaknya (hasil perkahwinan Norman dengan Abby) iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5, dengan baik.

Hukum Menghisap Shisha


Hukum Menghisap Shisha
hukum hisap shisha
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
  2. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
    1. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
    2. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
    3. Sabda Rasulullah s.a.w :Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
    4. Kaedah Usul Fiqh:
سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkanدرء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

Tuesday, July 23, 2013

HUKUM MEMAKAI CONTACT LENS KETIKA SOLAT DAN PUASA


HUKUM MEMAKAI CONTACT LENS KETIKA SOLAT DAN PUASA




Soalan;

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya??
Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?

Jawapan;


Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com/).
2. Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/).
3. Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)

Nota hujung;

[1] Antara mereka ialah Syeikh Dr. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. (Lihat laman web beliau; http://www.ibn-jebreen.com/). Ada ulamak mengharuskannya untuk lelaki sahaja. Adapun wanita, tidak harus melainkan di hadapan suami dan mahram sahaja. Namun keharusan itu dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. (Lihat; fatwa Syeikh Dr. Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com/)). Mengenai dakwaan mengubah ciptaan Allah –yang dihujjah oleh ulamak yang mengharamkannya kerana factor tersebut-, dijawab oleh ulamak ulamak-ulamak yang mengharuskannya; ia tidaklah dapat dikatakan mengubah ciptaan Allah kerana dapat ditanggalkan, yakni perubahan yang berlaku pada mata kerana contact lens itu tidaklah kekal sebagaimana tatu, sebaliknya dapat ditanggalkan. (Lihat fatwa Syeikh Ibnu ‘Uthaimin; http://www.denana.com/fatawa/articles.aspx?selected_article_no=1494).

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

SUNTIKAN UBAT & MASUK AIR MELALUI SALURAN DARAH; ADAKAH BATAL PUASA?


MASUK AIR MELALUI SALURAN DARAH; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan; Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia menerima rawatan masuk air dalam salur darah?

Jawapan;

Yang membatalkan puasa ialah apabila kita memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan, sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

Oleh demikian, memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui urat atau saluran darah, menyuntik ke bawah kulit atau ke dalam daging badan, tidak membatalkan puasa sama ada suntikan itu untuk tujuan pengubatan, taghziyah (iaitu memberi makanan seperti menyuntik vitamin, memasukkan air, kalsium dan sebagainya) atau membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam mazhab empat. Pandangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana menurut beliau; benda yang masuk melalui suntikan itu tidaklah masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan ia juga tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri.

Namun ada setengah ulama’ semasa hari ini mengecualikannya dari suntikan makanan iaitu jika yang disuntik itu adalah bahan makanan seperti glukos atau sebagainya, maka batallah puasa kerana ia mengambil kedudukan seperti makan atau minum.

Rujukan;

1. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 434.
2. 1000 Sualan wa Jawaban Lil-Mar-ah al-Muslimah, Mustafa Abu al-Ghait dan Islam Dirbalah, hlm. 100.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ashraf Muslim Kecewa Di Palit Kontroversi Poligami

Ashraf Muslim Kecewa Di Palit Kontroversi Poligami – Setelah sebulan lebih mendiamkan diri, akhirnya Ashraf Muslim membuka mulut juga berhubung desas-desus poligami yang kecoh diperkatakan ketika awal bulan lalu.


“Secara terus-terang, benda ini merupakan personal life saya dan mengenai perkahwinan yang disebut-sebutkan oleh sesetengah orang itu sebenarnya tidak benar dan isu ini amat sensetif bukan pada saya saja tetapi semua orang pun berpendapat macam itu.


“Tapi bukan hak saya untuk menghalang orang mengata atau bercerita apa pun,” katanya.


Menurut Ashraf lagi, kalau dibalas kenyataan yang keluar macam-macam cerita juga lebih baik beliau mendiamkan diri dan bersabar. Lagi banyak cakap, lagi macam-macam spekulasi orang buat.

10 Jambatan Paling Ngeri Di Dunia

10 Jambatan Paling Ngeri Di Dunia

10 Jambatan Paling Ngeri Di Dunia (Menarik!) | Kita sedia maklum bahawa jambatan merupakan satu platform penghubung di antara dua tempat, sama ada di kawasan berpulau, mahupun di kawasan susur laluan air sungai. Pernahkah kita terfikir bahawa di dunia ini terdapat banyak jambatan yang dianggap paling ngeri dan berbahaya. Berbahaya di sini adalah berkemungkinan ia boleh meragut nyawa kita jika merentasinya tanpa berhati-hati. Jom lihat jambatan tersebut di bawah ini.
1) The Immortal Bridge (China)
jambatan1
2) The Old Bridge of Konitsa (Greece)
jambatan2
3) The Carrick-a-Rede Rope Bridge (Ireland)
jambatan3
4) Royal Gorge Bridge (Colorado)
jambatan4
5) Inca Rope Bridge (Inca Empire, Peru)

jambatan5
6) Pulau Langkawi’s Suspended Bridge (Malaysia)
jambatan6
7) Puente de Ojuela (Mexico)
jambatan7
8) Hussaini Hanging Bridge (Pakistan)
jambatan8
9) Vitim River Bridge (Siberia)
jambatan9
10) Bryce Canyon’s Natural Bridge (Utah, US)
        jambatan10

Tempat Pelancongan Menarik Di Malaysia Mengikut Negeri


Tempat Pelancongan Menarik Di Malaysia Mengikut Negeri

tempat menarik di malaysia

Tempat Menarik di Malaysia. Dibawah adalah senaraikan Tempat-Tempat Menarik di Malaysia Mengikut Negeri untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
 tempat menarik di kelantan
TEMPAT MENARIK DI KELANTAN
-  Pantai Tok Bali
-  Pantai Sabak
-  Air Terjun Gunung Stong
-  Pantai Cahaya Bulan
-  Nasi Ulam Cikgu
-  Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
-  Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
-  Jeram Linang di Pasir Puteh
-  Jeram Pasu di Pasir Puteh
-  Taman Perbandaran Tengku Anis
-  Pusat Galeri Tengku Anis
-  Makam Tok Kenali
-  Pantai Sri Tujuh
-  Pantai Geting
-  Pantai Irama Bachok
-  Pantai Cahaya Bulan (PCB)
-  Lata Rek di Kuala Krai
-  Pasar Malam Flat Buluh Kubu
-  Masjid Beijing di Rantau Panjang
-  Muzium NegeriKelantan
-  Pasar Besar Siti Khatijah
-  Pasar Malam Wakaf Che Yeh
-  Terminal Makanan Negara (TEMAN/RTC)
-  Bazar Tok Guru
-  Bazar Tengku Anis
-  Bazar Kain Batik Buluh Kubu
-  Arked Uda
-  Superpermarket Kota Bharu Mall (KBMALL)
-  Gelanggang Seni
-  Tokong Budda Besar di Tumpat Kelantan
-  Chinatown di Sungai Keladi (Kg. Penambang)             
Senarai tempat makan di Kelantan
1. food village @ chim chum @ steamboat
2. restoran kengsom berhampiran tesco
3. selera cik siti, cherang kota bharu
4. ani sup utara, kubang kerian
5. secret recipe kb mall
6. restoran terapung pantai sri tujoh
7. kfc tesco lembah sireh
8. restoran sapuroh depan wisma kota bharu
9. restoran juwita pasir tumbuh
10. maggi celup pengkalan kubor
11. restoran kahfi wakaf bharu
12. D’ Klasik White Coffe Wakaf Che Yeh
13. Selera Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
             tempat menarik di terengganuTEMPAT MENARIK DI TERENGGANU
-  Pasar Besar Kedai Payang
-  Taman Tamadun Islam (TTI)
-  Dataran Shahbandar
-  Pasar Cabang Tiga
-  Chinatown Kuala Terengganu
-  Muzium Negeri Terengganu
-  Pantai Batu Burok
-  Pantai Penarik
-  Ikan Celup Tepung di Penarik (ICT)
-  Air Terjun Sekayu
-  Lata Tembakah
-  La Hot Spring
-  Tasik Kenyir
-  Pulau Kapas
-  Pulau Duyung
-  Pulau Perhentian
-  Pulau Redang
-  Tasik Kenyir
-  Masjid Terapaung / Masjid Kristal
-  Masjid Hadhari
-  Kedai Keropok Lekor B.T.B 2209, bkt  tok beng
-  Kedai Keropok Lekor Sedap di Mengabang Tapah
-  Mercu Tanda Baru Pulau Warisan
-  Santuary Penyu di Rantau Abang
 tempat menarik di perlis
TEMPAT MENARIK DI PERLIS
-  Padang Besar
-  Tasik Melati
-  Gua Kelam
-  Tasik Tasoh
-  Ladang Ternak Burung Unta, Beseri
-  Kuala Perlis
-  Bandar Kangar
-  Pekan Perlis
-  Taman Ular dan Reptilia, Batu Pahat
-  Masjid Terapung Al-Hussain
-  Muzium Kota Kayang
-  Hutan Lipur Bukit Ayer
 tempat menarik di pahangTEMPAT MENARIK DI PAHANG
-  Cameron Highlands
-  Genting Higlands
-  Bukit Gambang Waterpark
-  Bukit Fraser
-  Pulau Tioman
-  Gunung Senyum
-  Pantai Balok
-  Pantai Cherating
-  Pantai Teluk Chempedak
-  Taman Negara Endau Rompin
-  Tasik Bera
-  Gunung Tahan
-  Air Terjun Sg. Pandan
-  Air Terjun Chemong
TEMPAT MENARIK DI PERAK
-  Sungai Klah Hot Spring
-  Pulau Pangkor
-  Kota Belanda Pangkor
-  Taman Rekreasi Gunung Lay
-  Taman Negeri Royal Belum
-  Taman Herba Negeri Perak
-  Kuala Kangsar Bandar Diraja
-  Zoo Taiping Night Safari
-  Pulau Orang Utan
-  Bukit Merah Laketown Resort
-  Gua Tempurung
-  Bukit Larut
-  Menara Condong
-  Padang Polo
-  Eco Park
-  Lost World of Tambun
-  Galeri Sultan Azlan Shah
-  Istana Kenangan
-  Air Terjun Ulu Kenas
-  Restoran Terapung Teluk Gedong
TEMPAT MENARIK DI KEDAH
-  The Carnival Waterpark
-  Gunung Jerai
-  Pantai Merdeka
-  Pantai Tanjung Dawai
-  Pulau Langkawi
-  Hutan Lipur Sg. Sedim
-  Pekan Rabu di Bandar Alor Star
-  Air Terjun Lata Mengkuang
-  Air Terjun Lata Seri Perigi
-  Air Terjun Titi Hayun
-  Air Terjun Junjung
-  Rimba Rekreasi Batu Hampar
-  Pantai Tengkorak
-  Ulu Legong
-  Pulau Sayak
-  Candi Lembah Bujang
-  Ladang Anggur Tasik Beris

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG
-  Bukit Bendera
-  Taman Rama-Rama
-  Menara Komtar/Perangin Mall
-  Batu Feringgi
-  Taman Negara
-  Taman Botani
-  Taman Belia
-  Tokong Ular
-  Rumah Kelahiran P. Ramlee
-  Muzium Negeri Pulau Pinang
-  Masjid Kapitan Keling
-  Padang Kota Lama
-  Pasar Rope Walk (Hadapan Stadium Bandaraya)
-  Pantai Seagate
-  Tempat Lepak di hadapan Queensbay Mall
-  Supermarket Queensbay Mall
-  kedai jeruk madu Pak Ali
-  Restoran Pak Hussin Tomyam
-  Nasi Kandar Beratur di Kapitan Keling
-  Nasi Kandar Immigration
-  Laksa Janggus di Balik Pulau
-  Hotel Bajet di Pulau Pinang : Broadway Budget Hotel
TEMPAT MENARIK DI NEGERI SEMBILAN
-  Port Dickson
-  Kawasan Rekreasi Ulu Bendul
-  Pantai Lagun Biru
-  PD Mini Zoo
-  Jeram Toi
-  Jeram Gading
-  Wet World Air Panas Pedas
-  Kuala Pilah
-  Kompleks Kraf Negeri Sembilan
-  Rembau Kristal
-  Homestay Kampung Pelegong
-  Muzium Tentera Darat
-  Istana Diraja Seri Menanti
-  Jelita Ostrich Farm
TEMPAT MENARIK DI MELAKA 
-  Kota A Famosa di Bandar Hilir
-  A Famosa Wonderland di A Famosa Resort
-  Animal Safari Wonderland di A Famosa Resort
-  Cowboy Town di A Famosa Resort
-  Medan Samudera : Pusat Ole-Ole Melaka
-  Melaka Wonderland Water Theme Park
-  Melaka River Cruise
-  Menara Taming Sari
-  Supermarket Mahkota Parade
-  Bangunan Stadhuys
-  Masakan Baba Nyonya
-  Menaiki Beca Berhias Melaka
-  Jonker Street
-  Bandar Hilir
-  Melaka Sentral
-  Melaka Parade
-  Ikan Bakar Umbai/Alai
-  Restoran Tu Dia Bom Sup Utara
-  Makam pahlawan Melaka
-  Muzium Samudera
-  Muzium Bahtera (Muzium Kapal)
-  Perigi hang Li Po
-  Perkuburan Belanda
-  Taman Budaya Melaka
-  Zoo Melaka di Ayer Keroh
-  Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh
-  Taman Buaya Melaka
-  Kampung Morten (Rumah Merah)
-  Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
-  Dataran Pahlawan
-  Pahlawan Walk (kedai ole-ole)
-  Taman Burung
-  Kedai Cendol Jam Besar
-  Coconut Shake Pantai Klebang
-  Pantai Klebang
-  Tanjung Bidara
-  Pusat Archery di Mahkota Parade
-  hotel bajet di Melaka  : Dream Hotel
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
-  Pantai Harbour
-  Danga Bay
-  Zoo Johor
-  Gunung Ledang
-  Desaru
-  Air Terjun Kota Tinggi
-  Bazaar Karat
-  Rawa Steamboat
-  Hutan Bandar
-  Mersing
-  Pulau Sibu
-  Johor Premium Oulet (JPO)
-  Legoland
-  Puteri Harbour (Hello Kitty Town)
-  Pantai Air Papan Mersing
-  Telok Mahkota
        tempat menarik di sabahTEMPAT MENARIK DI SABAH
-  Poring Hot Spring
-  Pedas Rafting
-  Tanjung Simpang Mengayau
-  Gunung Kinabalu
-  Pulau Sipadan
-  Taman Bukit Tawau
-  Persisiran Trausland
-  Bukit Payong
-  Kinabalu National Park
-  Kolam Air Panas Ranau
-  Pulau Mabul
-  Rumah Terbalik
-  Desa Cattle (ladang lembu mesilou)
-  Sepilok
-  Pulau Silingan
-  Lok Kawi
-  Tagaluanti
-  Sabah Tea
 tempat menarik di sarawak
TEMPAT MENARIK DI SARAWAK
-  Bandar Kuching
-  Kampong Budaya Sarawak
-  Sri Aman (pesta benak)
-  Gua Niah Miri
-  Taman Negara Bako
-  Jong Crocodile Farm
-  Kedai Kek Lapis Dayang Salleh
-  Gua Mulu
-  Taman Awam Miri
-  Miri Luak Esplaned
-  The Grand Old Lady
- Kek Lapis Dayang Salhah
 tempat menarik di KL
 TEMPAT MENARIK DI  KUALA LUMPUR / SELANGOR
-  KLCC
-  KL Tower
-  I-City Shah Alam
-  Pusat Sains Negara
-  Supermarket Pavilion
-  Menara Tinjau
-  Aquatic KLCC
-  Bukit Melawati
-  Kg. Kelip-Kelip
-  High 5 Bread Time Museum
-  Batu Caves di Gombak
-  Sunway Lagoon
-  Taman Botani Shah alam
-  Pulau Ketam
-  Bagan Lalang
-  Mine’s Wonderland
-  Wet World
-  Desa Waterpark
-  Sungai Gabai, Hulu Langat
-  Gold Coast Morib Resort
-  Golden Palm Tree Resort
-  Jalan TAR (Tunku Abdul Razak)
-  Tanjung Harapan
-  Tekala Waterfall
” Tidak perlu ke luar negara untuk melancong jika bajet tidak banyak,
dalam negara masih banyak tempat-tempat menarik! “

Tidak dinafikan Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik untuk kita kunjungi bersama ahli keluarga. Walaupun anda mempunyai bajet yang sedikit anda tetap mampu melancong.

Kisah Benar: Anakku Kekasihku


Kisah Benar: Anakku Kekasihku



JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.

Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.
Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.
Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.
Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.


Apabila mangsa meningkat dewasa, bapanya dikatakan mula memberi layanan istimewa dan mengawal segala tindak tanduk dan pergerakannya setiap hari.
Perubahan itu dipercayai didorong perasaan cinta dan kasih terhadap anak kandung yang dianggap seperti teman wanita.
Lelaki setan itu turut didakwa sanggup menghantar dan menjemput anak gadisnya di sekolah serta menyekat kebebasan mangsa untuk berkawan dengan pelajar lain.
Jika mangsa tidak muncul di depan pintu pagar sekolah pada waktu ditetapkan, lelaki itu akan mencarinya di seluruh pelosok kawasan hingga anak gadisnya ditemui.
Bagaimanapun, pagi kelmarin pelajar malang berkenaan tampil membuat laporan polis apabila tidak mampu memendam rahsia hitam menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung kejadian itu sebelum menahan suspek, pagi kelmarin.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa sering dicabul bapanya yang berusia 44 tahun selain dipaksa tidur bersama hampir setiap malam.

“Malah siasatan lanjut mendapati ibu mangsa juga menyedari perlakuan suspek tetapi takut untuk membuat laporan polis kerana suaminya adalah punca pendapatan keluarga,” katanya.
Menurut Ruslan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
“Suspek juga diperintah reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Monday, July 15, 2013

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya



Beberapa Info Berguna
Berkenaan Malam Al-Qadar 
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal
 

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More