Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Tuesday, July 2, 2013

Bagaimana Menjadi Isteri Yang Baik Di Mata Suami?



Bagaimana Menjadi Isteri Yang Baik Di Mata Suami?

Adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik? Adakah perkahwinan anda melalui ranjau yang berliku dan anda sedang mencari maklumat tentang bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik?

Bagaimana anda boleh menjadi seorang isteri yang lebih baik kepada suami anda?
Anda mungkin merasakan seolah-olah perkahwinan anda akan melalui pelbagai masalah. Masalah tersebut mungkin boleh dihadapi dengan tenang jika anda seorang isteri yang lebih baik.

Sudah tentu, suami anda juga perlu berubah menjadi seorang suami yang baik juga, tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu meletakkan perkahwinan anda kembali di landasan yang betul dengan menjadi seorang isteri yang lebih baik.

Teruskan membaca untuk beberapa tips mengenai apa yang anda boleh lakukan.


Bertimbang rasa dan hormati suami anda
Salah satu cara untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik adalah dengan sentiasa bertimbang rasa dan menghormati suami anda. Suami anda tetap seorang lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri dan dia mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri dan nafsunya.

Anda haruslah sentiasa bijak dalam situasi tersebut. Jika apa yang anda lakukan adalah sentiasa mengomel dan meleterinya , lebih cepat dia akan berasa benci terhadap anda.

Biarkan suami anda buat apa sahaja yang dia perlu lakukan selagi ianya tidak membawa masalah kepada perkahwinan anda. Dia pasti akan gembira dengan anda kerana sentiasa menghormatinya.

 
Memaafkannya dan terus lupakan kesalahan tersebut

Jika berlaku sebarang perselisahan faham atau masalah, segeralah mencari penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah tersebut terus berlarutan.
 
Bila penyelesaian sudah ditemui, terus lupakan sahaja masalah tersebut. Jangan sekali-kali cuba untuk mengungkit masalah itu kembali di masa hadapan. Sangat bahaya!


Jangan melampau-lampau bila berlaku perselisihan faham

Setiap pasangan pasti tidak lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walau bagaimanapun, apabila ia berlaku, berhati-hati dan jangan melampaui batas seperti memukul, meludah, memanggil dia dengan namanya atau menyebut tentang cerai.

Jangan sekali-kali!

Hanya mengatakan apa yang terlintas di fikiran anda dalam tutur kata yang paling bijaksana dan berhemah. Cuba untuk kekal tenang sedaya mungkin dan bertolak-ansurlah dengan suami anda.

Sebolehnya jangan membawa api kemarahan anda sehingga ke bilik tidur. Selesaikannya secepat mungkin dan kemudian terus lupakan pertelingkahan tersebut.



Ungkapkan kata cinta kepadanya

Anda perlu memberitahu suami anda bahawa anda selalu menyayangi dan mencintai dia. Semua orang inginkan diri mereka dihargai dan sentiasa berasa diperlukan.

Amalkan amalan ini sekerap mungkin misalnya ketika suami anda bertolak untuk pergi kerja di pagi hari dan ketika kepulangannya serta sebelum tidur di malam hari. InsyaAllah hari-hari anda pasti akan lebih bahagia di sisi suami.



Sentiasa membuat aktiviti bersama-sama

Ingatlah bahawa perkahwinan melibatkan dua insan yang akan hidup bersama dan melayari bahtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Jadi, teramatlah penting untuk pasangan sentiasa memahami dan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

Lakukan perkara-perkara indah bersama-sama termasuklah juga ketika ingin melakukan sebarang aktiviti di rumah seperti cuci rumah, memasak dan sebagainya. Selain dapat meningkatkan jalinan mesra antara pasangan, sebarang kerja juga akan cepat untuk diselesaikan bila dilakukan bersama-sama.

Lakukan juga hobi anda bersama-sama suami. Pasti seronok!

0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More