Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Loading...

Monday, August 23, 2010

besnye ble taw pahale trawih...kan3..

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf
di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan
dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang
telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti
Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan
akhirat.
Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia
baharu dilahirkan.
Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya
ibadatnya).
Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap
kejahatan dan keburukan.
Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah
tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan
mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini
sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
——————————————————————————–
Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan
kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam
Syurga daripada nur.
Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam
ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini
seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27;
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas
atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di
akhirat.
Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji
yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih
pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air
syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga
yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
‘Al-Kauthar”.”

2 comments:

Post a Comment

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More