Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Saturday, January 21, 2012

Persoalan agama dan jawapan



1.Adakah menjadi kesalahan jika kita mengerak-gerakkkan jari telunjuk ketika sedang membaca syahadah dalam tahiyat awal/akhir.

Jawapan : Tidak membatalkan solat sekiranya menggerak-gerakkan jari ketika membaca
syhahadah dalam tahiyyat awal / akhir kerana jari adalah anggota ringan.
Berdasarkan pendapat Imam Syafi'ie sunat , mengangkat jari telunjuk dan
melihatnya ketika menyebut ILLALLAH


2. kemusyikilan mengenai pemakaian minyak wangi yang beralkhohol dalam
solat,adakah sembahyang itu sah?


Jawapan : Solat sah walaupun memakai minyak wangi yang beralkohol.


3.Bilakahwaktu haram melakukan solat sunat dan solat qada?
Jawapan :

Berikut adalah waktu yang diharamkan solat sunat kecuali solat sunat yang mempunyai sebab terdahulu seperti solat qadha' fardhu, solat-solat sunat wudhu', tahiyyatul masjid, gerhana, jenazah, minta hujan dan nazar (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.

Solat salah satu rukun Islam dan wajib ditunaikan kerana ia merupakan tiang agama. Ia wajib diqada'kan sekiranya ditinggalkan dengan sengaja atau tidak. Sah solat tersebut sekiranya tiada waktu yang lain yang membolehkan kita menunaikan solat tersebut. Waktu terbaik adalah jika teringat kita meninggalkan solat tersebut, maka dengan segera kita menunaikan solat qada' tersebut.

contohnya, Solat subuh yang tertinggal disebabkan tertidur atau terlupa dan sebagainya, wajib diqadha' pada saat itu juga apabila teringat.

4, Jika saya menjadi imam dan saya mempunyai seorang makmum.jika seorang  makmum lain datang menyertai solat itu,apakah tindakan yang saya perlu  lakukan.saya pernah mendengar bahawa imam perlu mengubah kedudukan tapi tidak faham sepenuhnya. 

Jawapan :

Imam tidak perlu bergerak sebaliknya makmum pertama perlu melakukan sesuatu iaitu dengan cara mengundur ke belakang bagi membentuk saf yang baru bersama makmum kedua dalam saf tersebut.

Adab mengikut imam (makmum) jika makmum itu seorang sahaja kedudukannya di sebelah kanan imam bagi makmum lelaki. Apabila tiba makmum yang kedua, dan ia hendaklah bertakbiratulihram maka harus menyentuh (seperti mencuit) bahu makmum pertama sebagai isyarat ia berimamkan dengan imam yang sama
dan makmum pertama hendaklah undur / melangkah ke belakang dan membentuk saf yang baru yang tidak melebihi tiga langkah berturut-turut dalam satu masa pergerakan.


5.Bagaimana utk membezakan air mani dgn air mazi dan apakah hukumnya jika  air mani atau air mazi terkena pada pakaian.adakah sah solat kita?

Jawapan :

Air mazi ialah cecair berwarna putih yang keluar dari kemaluan lelaki danwanita ketika bernafsu ataupun terlalu letih. Hukumnya adalah najis dan perlu dibasuh sebelum berwudhuk.
Air wadi ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita
selepas kencing ataupun mengangkat sesuatu barang yang berat. Hukumnya
adalah sama dengan air mazi.
Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat/ jimak
atau bermimpi hingga mengelurkan mani dan hukumnya adalah suci, Cuma kita
perlu mengangkat hadas besar untuk melakukan ibadah-ibadah lain.

will be continued..stay tuned

0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More