Perkara yang kita hutang dengan Allah tentulah amalan yang diwajibkan ke atas umat manusia iaitu solat. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang yang sia-sia. Hidup tanpa melaksanakan solat, maka sia-sia sahaja ibarat seperti hidup yang dipenuhi hutang yang berlambak-lambak.
Dalam al-Quran ada menyebut, meninggalkan solat satu waktu sudah berdosa besar. Inikan pula setiap hari lima waktu sehari semalam kita meninggalkan solat, berapa banyak dosa yang harus kita tanggung. Kalau diikutkan berhutang sesuatu setiap hari dengan manusia, berganda-ganda kita perlu bayar. Tetapi dengan Allah, bagaimana cara kita membayar hutang (solat) kepada-Nya? Adakah cara kita melangsaikan hutang (solat) dengan qada semua jumlah solat yang ditinggalkan sejak akil baligh? Seandainya kita dibolehkan qada solat sejak ditinggalkan dari akil baligh, sanggupkah kita qada solat dengan sehari suntuk tanpa henti. Sudah pasti kita tidak sanggup dan terus mengalah. Tetapi Allah itu Maha Pemaaf dan Pengampun. Allah telah memudahkan kita, tetapi kita tidak mengendahkannya.
Betapa mudahnya Allah memberi kemudahan kepada kita untuk melangsaikan hutang (solat) kita selama ini dengan solat taubat nasuha. Insyaallah dengan berbekalkan keikhlasan dan khusyuk kepada-Nya untuk memohon keampunan serta tidak akan mengulanginya lagi sudah pasti Allah memberi jalan keluar yang pintas untuk menyelesaikan masalah hutang (solat) kepada-Nya. Dengan bertaubat kepada Allah atas dosa yang dilakukan iaitu meninggalkan solat, insyaallah Allah menerima taubat kita dan sekaligus kita sudah melangsaikan hutang (solat).
TETAPI Allah tidak menjadikan alam ini dengan sia-sia. Allah menjadikan sesuatu dengan fungsi tertentu,kelebihan tertentu dan kegunaan tertentu. Kejadiaan alam ini juga tidak mensia-siakan kelebihan yang diberi. Sebagaimana Allah menjadikan laut yang kaya dengan hidupan laut sebagai sumber makanan dan rezeki, pohon-pohon yang berbuah ranum yang boleh dimakan dan langit disinari dengan cahaya matahari pada siang hari untuk manusia mencari rezeki dan meneruskan hidup. Itulah hikmah di sebalik kejadian yang Allah ciptakan.
Sebagai pedoman bersama hiasilah hidup ini dengan berbekalkan solat yang terbaik di sisi Allah sebagai bekalan di akhirat kelak dan janganlah kita berhutang (solat) dengan Allah. Hutang wajib dibayar segera sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Ambilah kesempatan yang ada kita melangsaikan semua hutang (solat) agar hidup kita di dunia ini tidak sia-sia dan sentiasa tenteram. Solatlah anda sebelum anda sebelum anda disolatkan.
0 comments:
Post a Comment