Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Wednesday, March 28, 2012

Cara kekal romantik


Commonly, bila tengok orang yang  dah lama kahwin, mesti ada hubungan yang dah renggang..So, dis is the tips untuk maintain rumahtangga sentiasa bahagia!

It consume tyme dan harus dijadikan as habit so that hubungan kasih sayang sentiasa kukuh..

1. Spend tyme tuk masak makanan faveret pasangan anda, for instance, minum petang. Lebih romantik kalau kita serve da foods masa die sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini nampak simple,but, effect die sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga oleh insan tercinta. (cewwah!)

2. Take care sangat bila dia jatuh sakit. Kalau boleh, teman dia  di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Dont ever rasa permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, do your job as a wife and nurse  kepada pasangan as well as possible.




3. Aktiviti memasak can also stregthen husben & wife relationship . I suggest, anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Remember! Buat minuman kesukaan si dia & play a slow & steady music to create such a romantic scene.

i 've something for u..suprise!!!

4. Setiap orang menyukai kejutan @ suprise! One of da way, kirimkan  SMS cinta untuk pasangan.Contoh, SMS yang berbunyi “I love you” pada saat-saat yang tak di expect olehnya.

5. U need to know their faveret, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, it's better if anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan support serta prihatin bila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.Be a good friend to our partner.

6. Sometimes, tulis note ayat-ayat cinta yang romantik kat atas sekeping kad kecil dan lekatkan di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, for example, di pintu peti sejuk. Mesti ur partner tersenyum sorang2 and wanna hug and kiss u sebagai tanda terima kasih.

7. Kalau partner selalu buat kerja harian seperti menyapu, try kita pulak menyapu dan mengemas rumah. Si dia mesti pelik and bila  si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan…“Because I love you..”


8. Jika selalunya u yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk dinner, what do u say if, sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap open  & tolerate anda mesti buat  si dia bertambah sayang, kasih cinta kepada anda.huuhu..

Dats all...Selamat beromantik!

Sunday, March 25, 2012

Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya (Ekslusif)

lawak & suspen jew..

sila tekan link di bawah ini untuk tengok video Awal propose

http://www.youtube.com/watch?v=PwmZxrtfF3Q&feature=share

Saturday, March 17, 2012

Nak tahu adakah dia jodoh kita?




1. Spontan & Bersahaja 

Means, si dia tak berlakon bila berjumpa.. Cer tengok cara dia dress up, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Nampak cam spontaneous reaction or nampak cam cover sopan.Kalau makan 2 nampak control ke tak.. Kalau nampak tak selesa dengan gayanya, sah dia berlakon. Kadang-kadang, kita dapat detect yang dia berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Kalau tak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Semakin hari semakin sayang

Walaupun hari-hari tengok muka dia, tak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun stress bila bersama si dia. Semakin hari semakin sayang kepada si dia. Kita rasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Apabila berjauhan, rasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.(jiwangnya)..


3. Tidak kisah tentang masa silam kita

Apapun kisah silam yang kita lakukan dulu, dia tak ambil peduli.. Dia pun tak ambil kisah siapa kita sebelum ini, pernah jadi jahat, minah rempit ke..Yang penting, siapa kita sekarang dan kita bukan macam dulu lagi.. Although dia tahu yang kita pernah ada kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

4. Sentiasa jujur

 Apabila berjauhan, honesty paling penting bagi in a relationship.. Mostly,probability utk curang bila berjauhan agak tinggi..Tapi, bila dia jujur dan setia, Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Rahsia selamat bersama si dia

Setiap orang ada rahsia tersendiri.Sometimes, rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka..Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran..Caution!!,jika ada rahsia yang dapat merosakkan hubungan,baik di simpan dalam hati dan di lupakan kerana ada sesuatu perkara tidak perlu di ketahui pasangan kita jika ia membawa perkara buruk.



6. Senang Bekerjasama dalam susah dan senang

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus suatu hari nanti..Nilai la si dia dari sekarang..


7. Dia sentiasa ada untuk kita

Bila kita sakit,si  dia bawa ke klinik.
Bila kita sedih, dia menjadi penghibur.
Bila kita susah, dia menjadi pembantu.
Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.  Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tidak segan tampilkan kelemahan diri 

Means,si dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.For instance, si dia tidak malu mengaku dia tak suka mandi, ada masalah pendengaran, ada kurap, tidak berharta, or something else..sebaik-baik pasangan akan menerima segala kemahan kita..Apabila kita dan si dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata hati 

Most important,dengarlah kata hati kita..manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

 Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat istikarah

 Manusia hanya pelakon di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..? “ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Sunday, March 11, 2012

Cara menjaga hamster dengan jayanya

Hye guys,

Bukan nama sebenar : Cik jie
status : berpengalaman menjaga harmster selama setahun jer satu ketika dahulu..

oke.Sebenarnya nak bagi tips menjaga hamster ni.

Kini, daku kembali memelihara harmster.Saya namakan harmster saya yang kacak lg bergaya ni En. Cuci & yg si cantik manis namanya Pn.Cici..Mereka da kawen..Tapi belum dapat anak..xde rezeki kot..
Ni Pn.Cici saya

Kedue2 mereka adalah keturunan syrian hamster which is yg paling jinak diantara baka2 yang lain.

oke.Here we go!

Apa nak buat mula2 beli hamster?

Firstly, cage @ sangkar: 

Kalo bela hamster dari baka syrian cam saya ni, adalah penting utk  beli sangkar besar untuk mereka, since mereka  ni boleh membesar seperti saiz tikus2, mereka mmg perlukan saiz rumah yang besar untuk bermain. Tapi, harmster saya ni (cuci & cici) advance dari tuan..umah mereka 3 tingkat, umah tuan mereka 2 tingkat jer..sob3..
My pet House ..comel..isn't it??hee

Secondly,bedding:

Bedding ni means tempat tidur. Beli serbuk kayu yang lembut sikit. Cam kitalah katil nak yang lembut, kalau boleh bila terjum atas tilam, nak yg boleh melantun 3 meter ke udara..So do untuk harmster, mereka nak tempat yang selesa untuk tidur..

One more thing,serbuka kayu yang kurang berbau..sebab kadang2 hamster boleh dapat penyakit disebabkan bedding yang tak sesuai.contohnya sakit mata.(kena habuk kayu tuu)

3rdly,makanan: 

haa. ni most important! 

Bagi makan dari packet2 makanan yang dijual kat petshop tuu.lg bagus sebab selalunya makanan palet ni da cukup zat dan nutrition nya..Baru beli tadi..rich in vitamin & mineral..tgk label nutrition ok..
Contoh :sekadar gambar di pinggiran

Ade org cakap kuaci x elok coz takut die obesiti .Make sure kurangkan lah bg dalam seminggu tu dua tiga kali dah cukup.

Air pun penting,pastikan botol dia sentiasa bersih dari kuman.
Kalau teringin nak bg susu, bg je,tapi jangan bagi susu berfomula la,susu diet la.sebab susu jenis ni direka khas untuk manusia je.tak sesuai untuk makhluk lain.soya pn boley..

Dulu,saya bagi mereka makan yang ni..quite good

Sumber dari intenet yang saya petik : 
* jangan selalu sgt bg makan sayur hijau sebab ni akan menggangu penghadaman dia
*elakkan dari bg makan makanan yang basah.
*jgn bg sayur hijau sgt cam bayam,kangkung..
Buah cam carrot pun boley..

Buat masa dan ketika ini,takut lagi nk pegang harmster sendiri sebab die besar sangat..Standard tikus..

So, my advice  : Beli yg harmster yg kecik bg yg mengalami bagi yang mengalami masalah geli geleman cam saya ni..

Actually,kita kena  usap2 atas kepala mereka ni..bagi mereka biasa dengan bau kita,then barulah mereka tak rase kita ni musuh mereka..huhu

Selalu2 lah usap bulu mereka,nanti lama2 mereka rase suka ngan kita.

Sumber dari tenet lagi yg d translate balik:
*jgn pegang mereka kalau ade bau makanan coz hamster ni sensitif dengan bau. Nanti dia bau tangan kita ni cam best je,sekali dia ngapp! habislah kamu kamu semua. hahaha
*jgn selalu mandikan mereka coz takut  hamster kena selesema plak karena hamster ni tak suka dengan kelembapan.tp kalau ade kes2 tertentu nak gak mandikan mereka, elakkan dari kepala mereka terkena air,dan cepat2 lah keringkan dengan tuala. (p/s: tolong lah jangan guna hair dryer!)

last but not least,kebersihan: 

Fact bout hamster : Mereka sangat menjaga kebersihan sangkar..Mereka suka mengemas..Lawak je tengok Cuci & Cici saya ni cari makanan dalam serbuk kayu pas2 letak lam bekas die..hehe..Sangat pengemas..Lain kali, kemas baju tuan sekali ye..huhu..bagi baka syrian cam harmster saya ni,i  bersihkan 5 hari sekali..Sebab asenye isipadu urine mereka lebih banyak..huhu..

so hopefully dengan sedikit tips ringkas boleh membantu org yg baru nak menceburkan diri dalam bidang peng'hamster'an ni..hee
p/s: ingat! bila dah buat keputusan untuk membela maknanya kita dah sedia memikul amanah untuk menjaga kebajikan makhluk ciptaan Allah tuu.

they're not just an animal but a creature

see you on the next post.
adios amigos. =)

Lupe! Ble die beranak..asingkan anak dengan papanya..takut di makan papanya..bia baby menyusu ngan mamanya jew..

Friday, March 9, 2012

Faedah dan Manfaat Ber ''Madu''

Assalamualaikum 2 all my readers,

Ni bukan manfaat bermadu or khasiat berbulan madu ok..
bukan yang ni ye..

juz nak share da benefit of honey (madu lebah)  to our health



1. Khasiat utk body health :

a) Menjaga kesihatan mata..
-elok utk mata2 rabun cam saya ni..huhu

b) Untuk ubati luka 
-insyaallah,luka cepat kering..Tapi betol..

c) Memperkuat sel darah putih
-As what i know, white blood cell ni utk defense body kita dari sebarang bakteria & penyakit..In other word, as our body immunity..So,defense kne kuat, baru penyerang xley sumbat gol (tetibe)

d) Menambah kesuburan suami istri 
-For those yg susah dapat cahaya mata..insyaallah mujarab

e)Penambah tenaga / stamina
-Bagi yg lemah2 badan

f) Menstabilkan tekanan darah
-yg ade high blood pressure problem

g) Mengubati anemia
-Anaemia ni penyakit kurang darah merah.

h) Mengubati alergik

i)Mencegah osteoporosis
-Mengikut apa yang saya belajar,ia adalah penyakit tulang rapuh..

j) Mencegah infection pada luka
-it have anti-bacteria properties and mencegah infeksi dan berfungsi sebagai agen anti-inflamasi, kurangkan pembengkakan dan rasa sakit , dan kesan parut.

k)  Mengatasi gangguan pernafasan
-Eg: asthma

l) Mengatasi sembelit

m) Mengatasi gangguan jantung
-maybe heart attack..Mengikut my science study, heart problem because of too much cholesterol in our blood vessel/salur darah..So,maybe madu can down your cholesterol level..

n) Meningkatkan gairah seks
-hmmm..no komen..hee

& many more ok..

For adult/dewasa,makan 2 sudu pagi2 ye. Untuk kanak2, 2 sudu kecik ye..
Boleh minum 3 x daily/sehari..


2. Manfaat Madu Untuk Kecantikan

- Menegangkan wajah (Sebagai masker)

Sapu madu pada muka as masker  about 10 sampai 15 minit di wajah sebelum cuci dengan air hangat.

- Menghilangkan bekas jerawat..Letak kat lokasi jerawat kat muka kamu2 semua..hee

- Sebagai conditioner rambut
Cuci rambut dengan dua sudu madu dalam air hangat, sebelum dicuci..Rambut kita jadi berkilau..Orang 500meter depan pun boleh silau tengok rambut kita..hee..besides,dapat jaga kesihatan kulit kepala

- Buang kulit mati..Replace damaged cell

- Melembutkan dan melembabkan bibir..Sapu kat bibir as lip balm..

-Utk diet..one glass of air suam tambah madu dan lemon is a good way to start your day.. coz madu boleh membuang lemak tanpa mengurangkan energy.

p/s: Kalau madu asli, guarantee khasiatnya..Kerana khasiatnya bukan disahkan oleh doktor, tapi Al-Quran..But,if madu tiruan,kureng ckit la khasiatnya..xterjamin sgt..

Selamat mencuba..Better than other chemical product!

 Wassalam…

Wednesday, March 7, 2012

Elak dari dicabul kehormatan atau di rogol


Remember dis doa..simple je..Macam kita baca waktu sekolah dulu.

 

                             بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ 


فالأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيم 



DALAM sebutan rumi: BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Dis is one more doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.

                 للّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ

                 فرجي إِلاَّ على  زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِر


DALAM SEBUTAN RUMI: ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
I wish all wanita dapat memorize doa ni..But, jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu sentiasa beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan menjaga aurat.Biarlah doa bersesuaian dengan pemakaian kita..
Means, jika kita berbaju kebaya terbelah, baju sendat sampai nampak susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..of course doa ini tak cukup mampu menjaga kita kita semua. It's not because of Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak  due to  kedegilannya sendiri or we not deserved it.
Let think about it..
Sekian

Tuesday, March 6, 2012

KOLEKSI SOALAN KULIYAH USTAZ AZHAR DI MASJID NEGERI SHAH ALAM

Ruginya x pergi tengok kat Shah Alam hari 2..Tak tahu pulak dia yang datang Shah Alam..hish, ape la zizan ni..pergi sana x ajak i pun..haha..but it's ok..dah tengok dekat video youtube..Lawak gle..Terbaik la Zizan!

Saya akan senaraikan koleksi soalan yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada 26 Januari 2012. Ada 26 soalan kesemuanya.

1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi) ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam2 pakai baju apa?
GF: I malam2 baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?
- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:
“Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, “Guaner tukar side mirror buh Kancil?” “Nak bagi nampak lawo.” Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta.” Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah.”

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.
- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?
- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid
- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?
- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat


9. Apa hukum tak bayar tol?:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.
- diterima, sebab kita dah sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.


- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.


10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.


11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: “Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.”

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.


13. Suami jenis ungkit.
- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:”Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima.” UAI: “mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain.”
UAI: “Payah nak cari yg penyayang macam saya”

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya – Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.
-3 hari dan kurang – musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas – pemukim.

15. Boleh amik air wudhu’ putus2? amik kat rumah, perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik wudhu’. Nabi SAW pernah amik wudhu’ dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.
- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.

- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- “celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.

- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?
- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.
- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat?
Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Cth:”Wallah, Tallah”.
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.
- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.
- Jwbnya: bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.

dats all..juz sharing da knowledge..

Saturday, March 3, 2012

Bolehkah Wanita Haid Akad Nikah Dalam Masjid???


Menurut jumhur/majoriti ulamak (termasuk Imam-Imam mazhab empat);

 Wanita yang sedang haid dilarang duduk di dalam masjid berdalilkan sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam

“Sesungguhnya tidak halal (yakni tidak harus) masjid bagi wanita haid dan orang berjunub” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.)
Kawasan yang dilarang itu ialah kawasan yang dikhaskan untuk tempat solat. Ruang yang bukan tempat solat seperti di dewan masjid, ruang pejabat, kemah di luar bangunan masjid dan sebagainya  tidaklah dilarang.

Namun menurut sebahagian ulamak (antaranya Imam al-Muzani, Daud az-Zahiri dan Ibnu al-Munzir), Tidak dilarang wanita haid duduk di dalam masjid kerana tidak ada dalil yang benar-benar kuat yang menjadi hujah bagi larangan tersebut. Adapun hadis di atas, menurut mereka; ia adalah dhaif sebagaimana ditegaskan oleh Imam al-Khattabi; “Hadis tersebut telah didhaifkan oleh sekumpulan ulamak hadis” (lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Apabila tidak ada dalil yang kuat (bagi larangan tersebut), maka ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.

Pandangan yang diamalkan ialah yang pertama. Walaupun bersandar kepada hadis dhaif, namun hadis dhaif apabila diamalkan oleh Imam-Imam mujtahid menunjukkan hadis itu tsabit. Selain itu, dengan berpegang dengan pendapat itu kita mengelak dari pertikaian.

So,

Hukum berakad nikah dalam masjid
 Ulamak menggalakkannya kerana mengharapkan barakah. Tetapi, hendaklah menjaga adab-adab ketika dalam masjid dan tidak melakukan perkara yang merosakkan kehormatan masjid termasuk pakaian pengantin dan solekan mereka. Kerana untuk mengelak berlaku perkara tersebut- ulamak-ulamak mazhab Maliki hanya mengharuskan sekadar ijab dan qabul sahaja di dalam masjid, tidak harus berbuat bising, menguatkan suara, percakapan yang banyak dan seumpamanya kerana ia tidak sesuai dengan kemuliaan masjid. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).

nampak kan???Islam adalah agama yang mudah dan indah..Carilah ilmu sebanyak mungkin mengenai Islam.Nescaya kamu tidak akan tergolong dalam orang-orang yang rugi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nisa’, ayat 43.
2. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan “Masjid”.

nak tahu siapa Dajjal???



Asal usul keturunannya

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.

Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.

Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka” (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun. Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:

1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
2. Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat tinggalnya sekarang
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.

Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.

Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar.

Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”…

Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.


4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

P/S : Jangan mudah terpedaya dengan kemewahan DUNIA yang dijanjikan kepada pengikut Dajjal..

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More