Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Saturday, March 17, 2012

Nak tahu adakah dia jodoh kita?




1. Spontan & Bersahaja 

Means, si dia tak berlakon bila berjumpa.. Cer tengok cara dia dress up, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Nampak cam spontaneous reaction or nampak cam cover sopan.Kalau makan 2 nampak control ke tak.. Kalau nampak tak selesa dengan gayanya, sah dia berlakon. Kadang-kadang, kita dapat detect yang dia berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Kalau tak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Semakin hari semakin sayang

Walaupun hari-hari tengok muka dia, tak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun stress bila bersama si dia. Semakin hari semakin sayang kepada si dia. Kita rasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Apabila berjauhan, rasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.(jiwangnya)..


3. Tidak kisah tentang masa silam kita

Apapun kisah silam yang kita lakukan dulu, dia tak ambil peduli.. Dia pun tak ambil kisah siapa kita sebelum ini, pernah jadi jahat, minah rempit ke..Yang penting, siapa kita sekarang dan kita bukan macam dulu lagi.. Although dia tahu yang kita pernah ada kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

4. Sentiasa jujur

 Apabila berjauhan, honesty paling penting bagi in a relationship.. Mostly,probability utk curang bila berjauhan agak tinggi..Tapi, bila dia jujur dan setia, Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Rahsia selamat bersama si dia

Setiap orang ada rahsia tersendiri.Sometimes, rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka..Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran..Caution!!,jika ada rahsia yang dapat merosakkan hubungan,baik di simpan dalam hati dan di lupakan kerana ada sesuatu perkara tidak perlu di ketahui pasangan kita jika ia membawa perkara buruk.



6. Senang Bekerjasama dalam susah dan senang

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus suatu hari nanti..Nilai la si dia dari sekarang..


7. Dia sentiasa ada untuk kita

Bila kita sakit,si  dia bawa ke klinik.
Bila kita sedih, dia menjadi penghibur.
Bila kita susah, dia menjadi pembantu.
Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.  Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tidak segan tampilkan kelemahan diri 

Means,si dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.For instance, si dia tidak malu mengaku dia tak suka mandi, ada masalah pendengaran, ada kurap, tidak berharta, or something else..sebaik-baik pasangan akan menerima segala kemahan kita..Apabila kita dan si dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata hati 

Most important,dengarlah kata hati kita..manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

 Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat istikarah

 Manusia hanya pelakon di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..? “ Manusia merancang, Allah menentukan..”

0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More