Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Saturday, March 3, 2012

Bolehkah Wanita Haid Akad Nikah Dalam Masjid???


Menurut jumhur/majoriti ulamak (termasuk Imam-Imam mazhab empat);

 Wanita yang sedang haid dilarang duduk di dalam masjid berdalilkan sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam

“Sesungguhnya tidak halal (yakni tidak harus) masjid bagi wanita haid dan orang berjunub” (Riwayat Imam al-Baihaqi, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.)
Kawasan yang dilarang itu ialah kawasan yang dikhaskan untuk tempat solat. Ruang yang bukan tempat solat seperti di dewan masjid, ruang pejabat, kemah di luar bangunan masjid dan sebagainya  tidaklah dilarang.

Namun menurut sebahagian ulamak (antaranya Imam al-Muzani, Daud az-Zahiri dan Ibnu al-Munzir), Tidak dilarang wanita haid duduk di dalam masjid kerana tidak ada dalil yang benar-benar kuat yang menjadi hujah bagi larangan tersebut. Adapun hadis di atas, menurut mereka; ia adalah dhaif sebagaimana ditegaskan oleh Imam al-Khattabi; “Hadis tersebut telah didhaifkan oleh sekumpulan ulamak hadis” (lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Apabila tidak ada dalil yang kuat (bagi larangan tersebut), maka ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.

Pandangan yang diamalkan ialah yang pertama. Walaupun bersandar kepada hadis dhaif, namun hadis dhaif apabila diamalkan oleh Imam-Imam mujtahid menunjukkan hadis itu tsabit. Selain itu, dengan berpegang dengan pendapat itu kita mengelak dari pertikaian.

So,

Hukum berakad nikah dalam masjid
 Ulamak menggalakkannya kerana mengharapkan barakah. Tetapi, hendaklah menjaga adab-adab ketika dalam masjid dan tidak melakukan perkara yang merosakkan kehormatan masjid termasuk pakaian pengantin dan solekan mereka. Kerana untuk mengelak berlaku perkara tersebut- ulamak-ulamak mazhab Maliki hanya mengharuskan sekadar ijab dan qabul sahaja di dalam masjid, tidak harus berbuat bising, menguatkan suara, percakapan yang banyak dan seumpamanya kerana ia tidak sesuai dengan kemuliaan masjid. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).

nampak kan???Islam adalah agama yang mudah dan indah..Carilah ilmu sebanyak mungkin mengenai Islam.Nescaya kamu tidak akan tergolong dalam orang-orang yang rugi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nisa’, ayat 43.
2. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan “Masjid”.

2 comments:

kiranya kita boleh masuk masjid la kalo tgh haid ye nazihan?kalo masuk sbb nak tgk org akad?

Apabila tidak ada dalil yang kuat (bagi larangan tersebut), maka ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More