Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Sunday, January 29, 2012

soal jawab SAMBUTAN CHRISTMAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Soalan dan jawapan ni den dapat masa jalan-jalan kat facebook. 


SOAL JAWAB KRISMAS :

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak

Jawapan : -Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la...tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap...doa dan zikir byk lg yg tak reti..

Soalan 2 : Betul ke tak boleh Ucap Merry christmas. Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap "Merry Christmas" anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..

Jawapan :-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) mmg xboleh ucap pon tp jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?

Jawapan :-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus, cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..

Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya?Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismasbersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?

Jawapan :-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja...

Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya...jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..

Jawapan :-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) boleh ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya... zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll....macam mana umat islan nk merayaknnya?

Jawapan-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka...

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?

Jawapan :-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak boleh sambut..yg boleh ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..

Jawapan:-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.
__________________

Saturday, January 28, 2012

1000,000 MONEY DROP MALAYSIA

ase geram je tgk orang masuk rancangan ni..



i wish i can dapat 'durian runtuh' cani..
tanpa perlu banyak usaha..hee
Moga Allah murahkan rezeki ku..

rezeki xdtg bergolek..
pray 2 Allah..
do Solat Dhuha..juz 2 rakaat..8 a.m-11 a.m..
untuk mengetuk Pintu Rezeki..
insyaAllah..
ianya sentiasa terbuka untuk kita..

Monday, January 23, 2012

Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar
gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar
gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

gambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandargambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandargambar majlis pernikahan farah lee dan ally iskandar

makan budu anda jadi sihat,awet muda dan pandai !!

Cap ketereh paling syok!!!
           Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

          Khasiat Budu : 
 -mengandungi Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

-melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan(awet muda) kerana mengandungi isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas..Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

-mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

-mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. 

-memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.
pergh!!!
- menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

- Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. 

-membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

-2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

- merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

-Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.


-Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu.  

-genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

-Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

-Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

-Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

Dats all..


tak perlu pakai seluar dalam dan baju dalam

             Nak habaq hang, tak perlula pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya.Menyusahkan je semua ni..huhu..jangan pikir macam2..jangan pakai waktu tidur je k.. Mase tidur, pakaila kain pelikat ke kain batik ke.hee..

            Bila tidur, body restore and detoxify the body (toxins from the body's expenditure).Sleep also gives an opportunity for the immune system to produce hormones imunitinya.

           Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi kita jugak yang rugi.

          Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

          Kalau pakai bra lama2,kadar hormon prolaktin menurun..So, kurang meransang kelenjar air susu.Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Morever,bra ketat boleh sekat blood flow ke payudara.

             For man, gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur coz dapat turunkan suhu testis (zakar) kurangkan kualiti sperma..As a result, boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

            Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

          Selain itu, tidur tanpa pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam akan mengacau aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.

Sekian dari saya..wassalam..

Sejarah Penjara Pudu di tutup




Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja…Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula..

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya…. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

“Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak

sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan

kauuu yang punyaaaa ” ” Ahmaaaaaad

Albab yang punyaaaaaa ” Ha Ha Ha Ha

Ha ” Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang

punyaaaaaa … “

P/s: hahaha..sekadar hiburan..sori kawan, aku pun terkene..ekeke (terima kasih kerana minat membaca )

Saturday, January 21, 2012

Persoalan agama dan jawapan



1.Adakah menjadi kesalahan jika kita mengerak-gerakkkan jari telunjuk ketika sedang membaca syahadah dalam tahiyat awal/akhir.

Jawapan : Tidak membatalkan solat sekiranya menggerak-gerakkan jari ketika membaca
syhahadah dalam tahiyyat awal / akhir kerana jari adalah anggota ringan.
Berdasarkan pendapat Imam Syafi'ie sunat , mengangkat jari telunjuk dan
melihatnya ketika menyebut ILLALLAH


2. kemusyikilan mengenai pemakaian minyak wangi yang beralkhohol dalam
solat,adakah sembahyang itu sah?


Jawapan : Solat sah walaupun memakai minyak wangi yang beralkohol.


3.Bilakahwaktu haram melakukan solat sunat dan solat qada?
Jawapan :

Berikut adalah waktu yang diharamkan solat sunat kecuali solat sunat yang mempunyai sebab terdahulu seperti solat qadha' fardhu, solat-solat sunat wudhu', tahiyyatul masjid, gerhana, jenazah, minta hujan dan nazar (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.

Solat salah satu rukun Islam dan wajib ditunaikan kerana ia merupakan tiang agama. Ia wajib diqada'kan sekiranya ditinggalkan dengan sengaja atau tidak. Sah solat tersebut sekiranya tiada waktu yang lain yang membolehkan kita menunaikan solat tersebut. Waktu terbaik adalah jika teringat kita meninggalkan solat tersebut, maka dengan segera kita menunaikan solat qada' tersebut.

contohnya, Solat subuh yang tertinggal disebabkan tertidur atau terlupa dan sebagainya, wajib diqadha' pada saat itu juga apabila teringat.

4, Jika saya menjadi imam dan saya mempunyai seorang makmum.jika seorang  makmum lain datang menyertai solat itu,apakah tindakan yang saya perlu  lakukan.saya pernah mendengar bahawa imam perlu mengubah kedudukan tapi tidak faham sepenuhnya. 

Jawapan :

Imam tidak perlu bergerak sebaliknya makmum pertama perlu melakukan sesuatu iaitu dengan cara mengundur ke belakang bagi membentuk saf yang baru bersama makmum kedua dalam saf tersebut.

Adab mengikut imam (makmum) jika makmum itu seorang sahaja kedudukannya di sebelah kanan imam bagi makmum lelaki. Apabila tiba makmum yang kedua, dan ia hendaklah bertakbiratulihram maka harus menyentuh (seperti mencuit) bahu makmum pertama sebagai isyarat ia berimamkan dengan imam yang sama
dan makmum pertama hendaklah undur / melangkah ke belakang dan membentuk saf yang baru yang tidak melebihi tiga langkah berturut-turut dalam satu masa pergerakan.


5.Bagaimana utk membezakan air mani dgn air mazi dan apakah hukumnya jika  air mani atau air mazi terkena pada pakaian.adakah sah solat kita?

Jawapan :

Air mazi ialah cecair berwarna putih yang keluar dari kemaluan lelaki danwanita ketika bernafsu ataupun terlalu letih. Hukumnya adalah najis dan perlu dibasuh sebelum berwudhuk.
Air wadi ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita
selepas kencing ataupun mengangkat sesuatu barang yang berat. Hukumnya
adalah sama dengan air mazi.
Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat/ jimak
atau bermimpi hingga mengelurkan mani dan hukumnya adalah suci, Cuma kita
perlu mengangkat hadas besar untuk melakukan ibadah-ibadah lain.

will be continued..stay tuned

ogy dah maafkan johan

Apelah..macam2 kes..dulu zizan...nak kena saman ngan Dafi..ni johan lak..
moral of da stories : berhati-hatilah ketika membuat joke, takut ada pihak yang terasa.

 

tipS kurangkan berat badan a.k.a DIET





cu...nenek nak bagi tips2 diet kat cucu2 nenek nih...meh duk dekat meh..nek nak bagi pesanan ringkas..tgk perut nenek ni..ramping kan??huhu

1. Berlapar

Don't ever & ever do it ! don try dis at home..hee.. apabila anda berlapar, ia akan menurunkan our body metabolism yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak. Jadi, berlapar bukanlah satu rahsia diet yang berkesan.

Energy badan berkurang.Kita jadi lemah & cepat letih bila buat aktiviti harian. Rasa lapar adalah sign yang perut anda kosong dan gula dalam darah kurang.Even our brain need sugar.

2. Dont skip breakfast.

3. Tak makan malam.


Masa tidur, kita tak memerlukan kalori yang banyak, apatah (ayat BM skema kerajaan) lagi karbohidrat dalam kadar yang tinggi.

But,we need more protein masa tidur sebab..hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak. oleh itu, pastikan pengambila protein yang mencukupi. Ambillah protein kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum tidur dan karbohidrat 4 jam sebelum tidur.I suggest minum susu atau air kosong sebelum tidur.

kidnap bayi jap kat google..maafin daku ya cik mama..besnye minum susu..hee

4. Ada misi and isi to low weight, steady & slowly
 Iaitu penurunan about 0.5kg ke 1 kg in ranges dalam seminggu.Kalau xdapat kurang 0.5kg , 0.1kg pun dah kira bagus as a start..Jangan terlalu memaksa.Stress is not good 4 ur health.

5. Da most important, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan & pil. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.But,bagi mereka2 yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

6..Avoid eating makanan ringan utk replace nasiInstead, kasi hantam sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral as it can cause satiety.
6.Eat a lot of sayur & fruits as it can absorb glucose..


dats all..huhu..dan2 je apply subjek nutrition (biology) aku amek sem lepas..


Tuesday, January 17, 2012

slogan: "kecantikan kuku berkilat bermula dari dapur''

Apa benarkah slogan itu??huhu..nak taw rahsie x ??? xperlu rawatan manicure & pedicure..
teng3!!!

hanya gune bawang putih..Kat dapur rumah anda2 mesti ada punyalah. bukan kfc je ade set jimat..kecantikan pun ade set jimat..
sekadar gambar meraih populariti bawang

Procedure:
1.Kasi lumat itu bawang..just seulas 2..
2.Sapu kat kuku..
3. Do it 3 times a week..
4.Insyallah,jadi..hasil bermula dari usaha..

Lagi satu, bley gune belimbing buluh..



1.Gosokkan belimbing buluh ni ke kuku anda.
2.cucilah tangan kamu2 semua dengan air sabun dan keringkannya.

product = kuku + belimbing + bawang

ok..see u tomorrow..tommorow never die..

Monday, January 16, 2012

Hidup Yang Sia-sia, Ibarat Hidup Yang Dipenuhi Hutang Kepada Allah



Allah mencipta manusia untuk beribadat kepada-Nya. Tetapi kita mensia-siakan hidup di dunia ini. Jika setiap hari kita mensia-siakan hidup, maka bertambah hutang kita kepada Allah s.w.t. Apakah yang kita berhutang dengan Allah? Cuba anda teka. Sanggupkah kita membayar segala hutang-piutang yang bertimbun-timbun. Sudah tentu kita tidak sanggup membayarnya. Allah tidak meminta hutang-Nya dengan wang ringgit. Tidak kiralah mata wang seperti ringgit, rupiah, peso, baht, mahupun dolar. Semua mata wang tersebut tidak bernilai bagi-Nya.

Perkara yang kita hutang dengan Allah tentulah amalan yang diwajibkan ke atas umat manusia iaitu solat. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang yang sia-sia. Hidup tanpa melaksanakan solat, maka sia-sia sahaja ibarat seperti hidup yang dipenuhi hutang yang berlambak-lambak.


          Cuba kita hitungkan jumlah solat lima waktu dalam sehari didarabkan dengan bilangan setiap hari kita hidup sehingga sekarang, berapa bilangan solat yang kita tinggalkannya.

Dalam al-Quran ada menyebut, meninggalkan solat satu waktu sudah berdosa besar. Inikan pula setiap hari lima waktu sehari semalam kita meninggalkan solat, berapa banyak dosa yang harus kita tanggung. Kalau diikutkan berhutang sesuatu setiap hari dengan manusia, berganda-ganda kita perlu bayar. Tetapi dengan Allah, bagaimana cara kita membayar hutang (solat) kepada-Nya? Adakah cara kita melangsaikan hutang (solat) dengan qada semua jumlah solat yang ditinggalkan sejak akil baligh? Seandainya kita dibolehkan qada solat sejak ditinggalkan dari akil baligh, sanggupkah kita qada solat dengan sehari suntuk tanpa henti. Sudah pasti kita tidak sanggup dan terus mengalah. Tetapi Allah itu Maha Pemaaf dan Pengampun. Allah telah memudahkan kita, tetapi kita tidak mengendahkannya.

             Betapa mudahnya Allah memberi kemudahan kepada kita untuk melangsaikan hutang (solat) kita selama ini dengan solat taubat nasuha. Insyaallah dengan berbekalkan keikhlasan dan khusyuk kepada-Nya untuk memohon keampunan serta tidak akan mengulanginya lagi sudah pasti Allah memberi jalan keluar yang pintas untuk menyelesaikan masalah hutang (solat) kepada-Nya. Dengan bertaubat kepada Allah atas dosa yang dilakukan iaitu meninggalkan solat, insyaallah Allah menerima taubat kita dan sekaligus kita sudah melangsaikan hutang (solat).

Marilah sama-sama kita renungkan sejenak. Kita hanya berpeluang sekali sahaja hidup di dunia ini. Selama kita menumpang di bumi Allah yang beratapkan langit kebiru-biruan di kala siang, di kala malam kelihatan bersinar-sinar dan berkelip-kelip dengan kehadiran jutaan bintang di langit dan berlantaikan tanah. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan alam ini dengan sia-sia, begitu juga dengan manusia. Tetapi manusia mensia-siakan hidup di dunia ini tanpa solat. Adakah kewujudan laut, pohonan dan langit mensia-siakan kelebihan mereka kepada kita.



         TETAPI Allah tidak menjadikan alam ini dengan sia-sia. Allah menjadikan sesuatu dengan fungsi tertentu,kelebihan tertentu dan kegunaan tertentu. Kejadiaan alam ini juga tidak mensia-siakan kelebihan yang diberi. Sebagaimana Allah menjadikan laut yang kaya dengan hidupan laut sebagai sumber makanan dan rezeki, pohon-pohon yang berbuah ranum yang boleh dimakan dan langit disinari dengan cahaya matahari pada siang hari untuk manusia mencari rezeki dan meneruskan hidup. Itulah hikmah di sebalik kejadian yang Allah ciptakan.

        Sebagai pedoman bersama hiasilah hidup ini dengan berbekalkan solat yang terbaik di sisi Allah sebagai bekalan di akhirat kelak dan janganlah kita berhutang (solat) dengan Allah. Hutang wajib dibayar segera sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Ambilah kesempatan yang ada kita melangsaikan semua hutang (solat) agar hidup kita di dunia ini tidak sia-sia dan sentiasa tenteram. Solatlah anda sebelum anda sebelum anda disolatkan.






Petua Mencantikkan Bibir Anda

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?(ceh,macam nk wat iklan tv lak..) Banyak petua aku ni..nk tua da ke??huhu

Nak tahu caranye??? Tanyalah saya!!huhu.. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.

Gambar Mentega (butter)
mentega: sekadar gambar di pinggiran
Caranya begini;

1.Pergi dapur
2.Bukak peti
3. Ambil sikit je mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda ye.
4. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur.

dats all. :)

Anda amalkanlah petua bibir ni sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.


Selamat Men'try'!!

Sunday, January 15, 2012

zizan tukar jantina


apo nak jadi la ngan pelakon faveret aku ni...ish3..ade org xcam x??lau x cam,tgk idung 2..konpem kenal..hee..

tanpa chemical:masker buah

 
masker buah untuk wajah 

Nak cantik??? Tapi xde bajet nak nk beli SKII,Simplicity,Collagen or sewaktu dgnnye??
Terimalah tips kecantikan tanpa chemical dgn hanya rm 5 sekilo..huhu..masker buah..
Buah yang boleh di beli d mana-mana pasar2 malam, supermarket,mall..

Sebelum mengaplikasikan masker pada wajah, jangan lupa untuk mencuci atau membersihkan wajah terlebih dahulu. Anda dapat juga menguapkan wajah atau membasuh wajah dengan air hangat agar pore- pore (liang2) wajah terbuka dan mampu meresap nutrisi dari masker. Setelah selesai dan sudah dibersihkan dengan air hangat, basuh wajah dengan air dingin untuk menutup pori-pori.

1.Strawberry
-kaya dgn vitamin C, E dan K yang sangat baik untuk kulit.
Khasiatnya dapat mengencangkan dan meremajakan kulit.

Cara membuat dan menggunakan:
Hancurkan buah stroberi (ulu ckit)  menggunakan senduk atau garpu.
Dapat juga ditambahkan dengan 1 sendok teh madu.
Oleskan pada wajah.
Biarkan selama kurang lebih 20 mnit.
Bersihkan dengan air hangat atau air mawar.


2.Pisang
Dengan menggunakannya, kulit wajah akan menjadi lembab dan kenyal. 
Sangat baik untuk meremajakan kulit.

Cara membuat dan menggunakan:

Ambil pisang ambon dan hancurkan buahnya.
Tambahkan minyak zaitun atau madu pada buah pisang yang telah dihancurkan.
Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 menit.
Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasahi air hangat.

3.Apple
- dapat membantu mengurangi minyak pada wajah.

Cara membuat dan menggunakan:
Hancurkan buah apel dengan menggunakan blender. Jangan tambahkan air mase diblender.
Oleskan secara merata pada wajah dan biarkan selama 30 mnit.

4.Tomato
-akan membuat kulit wajah lebih halus dan merona alami.

Cara membuat dan menggunakan:
hiris buah tomato.
Gosokkan pada wajah.
Cara lain adalah dengan memeras buah tomat, ambil airnya untuk dioleskan pada wajah.

5.Bengkoang
Buah berwarna putih ini dapat membantu membuat kulit wajah menjadi lebih putih.

Cara membuat dan menggunakan:
Cuci dan kupas bengkoang.
Gunakan blender untuk menghancurkan bangkoang.
Campurkan dengan sedikit madu dan perasan air jeruk nipis.
Balurkan pada wajah selama kurang lebih 30 menit.

6.Mentimun
Selain khasiatnya yang dapat menyegarkan mata, mentimun juga dapat berguna bagi kecantikan wajah. Khasiatnya bagi wajah adalah untuk menghaluskan wajah.

Cara membuat dan menggunakan:
Blender mentimun sehingga mentimun menjadi hancur.
Tambahkan susu bubuk dan air sampai adonan menjadi lebih kental. Atau Anda dapat pula menambahkan susu cair tanpa gula (plain).
Oleskan pada wajah selama kurang lebih 30 menit.

7. Jeruk Nipis / Lemon
Jeruk nipis atau lemon menjadi salah satu solusi untuk menghilangkan jerawat.

Cara membuat dan menggunakan:
Perah jeruk nipis untuk mendapatkan airnya.
Tambahkan madu pada perasan air jeruk nipis dengan perbandingan 1:1.
Oleskan pada wajah dan biarkan selam 30 mnit.
Cuci wajah dengan air hangat.
Dapat digunakan setiap hari untuk menghilangkan jerawat.

8.Alpukat

Alpukat dapat membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh, tetapi khasiatnya tidak kalah jika dijadikan masker wajah. Bermanfaat untuk melembabkan kulit,  cocok untuk Anda yang memiliki kulit wajah kering.

Cara membuat dan menggunakan:
Hancurkan
Oleskan pada wajah selama 30 menit.
Bilas dengan kapas dan air hangat untuk membersihkan masker dari wajah.

Thursday, January 12, 2012

bila gurlz jadi guyz..

makeup 02 Super Stylo   Gadis Comel Bertukar Menjadi Jejaka Tampan
comel kan

makeup 10 Super Stylo   Gadis Comel Bertukar Menjadi Jejaka Tampan

makeup 20 Super Stylo   Gadis Comel Bertukar Menjadi Jejaka Tampan
Ape macam bro???


Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
Add caption

Friday, January 6, 2012

dup dap! dup dap!!! jantungku berdebar-debar

takutnye..aku dah jatuh cinta!!! huhuhu..gurau jew..aku takut nak exam chemistry esok!!!

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More