Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Monday, April 30, 2012

Kesian : Zizan Sakit..Masuk Hospital..Sob3


Ketua Pasukan  Angsa Ganas Rancangan Super Spontan ini dah demam teruk dah..cian die..

Maybe Zizan letih sangat coz kurang rehat.Saya tawla..saya manager die..hehe.. Bagus jugak dia masuk hospital kejap. Dapat juga dia rehat dipantau oleh doktor.

Sama-sama kita doakan kesihatan Zizan..

Amin


Thursday, April 26, 2012

Hukum Menyimpan Teddy Bear & Patung Seangkatannya


Budaya menyimpan patung seperti Teddy Bear adalah budaya masyarakat barat. Walaubagaimanapun budaya tersebut telah lama meresap dalam masyarakat kita. Dalam Islam ada satu hadis sahih yang menyatakan bahawa:
“Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung” (HR. Muslim)
Menyimpan patung berupa manusia dan binatang (mempunyai roh), selain daripada tujuan permainan, adalah haram. Akan tetapi jika patung itu digunakan untuk permainan anak-anak, ianya dibenarkan.
Jika malaikat tak masuk, siapa yang masuk? Syaitan yang akan masuk ke dalam rumah. Bila syaitan masuk, rumah akan jadi panas, rumahtangga juga akan bergoyang. Malaikat masuk ke dalam rumah kita membawa keberkatan dan cahaya, so anda pilih lah nak siapa masuk dalam rumah, pilihan ditangan anda.
Menurut Ustaz Wan Sohor, ada juga mereka yang menyimpan patung di dalam kereta. Perkara itu juga tidak dibenarkan. Contohnya patung bear yang tergantung pada cermin kereta, patung itu digunakan sebagai perhiasan dan bukannya mainan.
Nampaknya aku kena buang lah beberpa ekor patung dalam kereta atau bagi anak aku untuk main.

Tuesday, April 24, 2012

Tanda / Sign Jika Kekasih Kita Curang


Kadang2 kite tak tahu bf/gf kita ni still cintakan kita atau tak or  si dia maybe dia dah ada orang len dalam hidup.

Let's check it out sign2 /tanda diorang curang :-

Change in attitude

Your partner dah tak selalu mesra dan manja dengan kamu seperti dahulu. Kalau bual kat hp pun, dia lebih banyak diam.Masa date, si dia kurang focus dengan apa yang kamu bualkan dan selalu dengan check handset die.

Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi die atau pun kamu sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal.Maybe,ada insan lain yang pengaruhi dia.

Give Excuses /Memberi Alasan
Bila kamu menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin;alasannya ibu memanggil di dapur ke, ayah suruh tolong cuci kereta etc.

Bila ajak keluar, asyik berdalih dengan alasan sibuk/banyak assignment.

Mengelak Pandangan Mata
Apabila bersama kamu, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata kamu. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”

Selalu Dengan Handset/hp nya
Dah kalau ber-SMS tak henti-henti & bila kita nak check hp, si dia tak bagi. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!

Gelisah Tak Tentu Pasal
Si dia asyik tengok jam tangan macam2 ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga kamu terganggu dengan gelagatnya yang cam seperti cacing kepanasan.

Ataupun apabila handphonenya berdering,  dia cepat2 lari anak ke tandas untuk menjawabnya. Nampak benor curangnya..

Menolak
Kamu ajak dia keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika nak belanja makan, si dia tetap menolak.

Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada kamu yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.

Membesarkan Masalah Kecil
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

Kurang Melafazkan Kata-Kata Cinta
Kalau dulu,  mesej mesti ada kata-kata cinta dan puisi rindu, skang da xde. Kata ucapan dan pertanyaan daripada kamu juga disambut cam acuh tak acuh.

Tersasul Menyebut Nama Panggilan Lain
Selama ini, kamu dan partner membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.

Tidak Menghargai/appreciate Pemberian Anda
Hadiah kamu masa hangat bercinta dulu menjadi harta paling berharga tapi skang hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. kamu jugak perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.

Membalas Panggilan/ SMS Acuh Tak Acuh
Perbualan telefon adalah sgt boring coz si dia lebih suka berdiam diri.SMS kamu pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.

Menjawab Panggilan Secara Berbisik
Entah kali ke berapa kamu menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.

Mencari Kesalahan Anda
Kerana nak clash ngan kamu, si dia berusaha untuk mencari silap/fault kamu untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan kamu dulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.

Cepat Marah
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh kamu mahu mengongkong kehidupannya.

Tidak Mengendahkan Rajuk Anda

Normal dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi tetiba  ini kamu dibiarkan makan hati sendirian dan si dia x pujuk pun.

Tidak Menghubungi Anda
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara kamu. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon.

Malahan kamu pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.

Berahsia / Menipu
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban and it is worser if si dia berbohong kepada kamu.

Hadiah Secara Tiba-Tiba
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift.

Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ kamu dengan hadiah agar kamu tidak berasa syak.

Menghilangkan Diri
Ada suatu ketika kamu lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.

Kawan Baik Anda Menunjukkan Hint
kamu dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan kamu itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan kamu..

Kamu perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih kamu secara berdepan. Sahlah kawan kamu  mengetahui sesuatu tentang kekasih kamu yang kamu tidak tahu.

Naluri Anda
Percayalah pada naluri kamu. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih kamu itu selingkuh walaupun logik akal kamu cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?

Jangan terlampau lurus dan anggap kekasih kamu tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat judgement dan kesimpulan.

Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, kamu sudah dapat meneka bahawa kamu sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu.

Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak ikut nafsu.Jeles dan berburuk sangka yg melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan kamu berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum kamu face to face /slow talk  dengan si dia.

10 FAKTA BERSALIN :Sakit bersalin seperti sakit 20 tulang dipatahkan serentak.


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Hukum Mewarnakan Rambut & Uban



Ulama telah bersepakat mengharuskan/sunat mencelup warna rambut/uban dengan  warna-warna  inai seperti merah,coklat samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. 
Tetapi dengan syarat berikut :-

1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal,''dye'', jika tidak, ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak memudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Tetapi,jika mewarnakan uban dengan warna hitam,terdapat beberapa pendapat/percanggahan/khilaf antara ulamak.Hukum nya berlainan..


Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW :
“Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam”(Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra :
“Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda :
“Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW :
“Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

Fakta tentang Lelaki dan Perempuan


  1.  Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Monday, April 23, 2012

Mereka memperkosakan kami lebih dari 9 kali dalam satu malam.



Bangsa Laknatullah..!

BARANGKALI KETIKA SURAT INI DITULIS, ANDA MEMBUANG MASA DENGAN KEKASIH ANDA!!

Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat
melalui seucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan. Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas]. Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman. Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah
memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh
membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan
telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek
mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang
jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.
Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak
mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidakdipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka? Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintupintu kami dan barisan belakangnya berada di sini." Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini?


Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - Peristiwa "Battle of Abu Ghraib"

Sunday, April 22, 2012

Jangan Minum Berdiri! Nanti Dapat Penyakit !



MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

~Surah Al-’Asr.

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

Indahnya Islam jika penuh dengan adab.

~ SEBAR2 KANLAH UNTUK MANFAAT SEMUA ~

Saturday, April 21, 2012

Mengapa Islam mengharamkan Jimak Melalui Dubur?

0 Mengapa ISLAM Mengharamkan Jimak Melalui Dubur?

Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: “Itu halal”. Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”


Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.


2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

Friday, April 20, 2012

BERKAHWIN ATAU TIDAK ... ANDA PERLU BACA INI.


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Tanda Perempuan Suka kat Anda



Susah nak faham wanita ni..Lumrah wanita, mereka ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Kalau tanya, dia takkan mengaku begitu saja.

But, attitude & character wanita kat insan yang dia suka nampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. U want to know gurl treat someone special for them??Let's find out.

1. Apabila anda berada dekat ngan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya.

2 Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadang2, wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda

3.Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
4.Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
5.Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
6.Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
7.Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
8.Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
9.Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
10.Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda

11 orang yang mendapat Doa Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE...

Thursday, April 19, 2012

Jangan mengeluh di wall/dinding facebook.. Tahukah anda apa makna Wall (Dinding) ?



Ia bermakna Dinding. Lalu kenapa dengan dinding?
Siapakah yang membuat fb? Mark Zuckerberg seorang berbangsa Yahudi. Apa kaitannya Wall & Yahudi? Kaitan keduanya sangat erat.

Dinding Ratapan....
Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat fb.

Dan tanpa kita sadari, kita lebih banyak mengadu masalah di fb dari pada mengadu kepada ALLOH Subhana Wa Ta’ala, lebih mengutamakan update status daripada sholat dan dzikir kepada ALLOH Subhana Wa Ta’ala.

Hati-hatilah sahabat, bisa-bisa kita nanti menjadi ''Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya." (HR Abu Dawud, Ahmad)

Oleh karena itu, jangan jadikan Wall fb sebagai tempat menumpahkan segala macam perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membagi ilmu dan nasehat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad Sholallohu Alaihi Wa sallam. Walaupun hanya kepada 1 orang. Wallohu'alam

Saya suka je awak, tapi biar Allah yang aturkan

Kalau suka tapi masih belum tiba masa yang sesuai (still study ke, kewangan belum cukup ke, ilmu agama belum mantap ke) diam diam je, cerita dengan Allah je. Suatu masa nanti, akan tiba jua. jangan gopoh. Sekian.

Antara ibadah ketika tidur yang mendapat pahala mati syahid



          SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Wednesday, April 18, 2012

Pesan Roh kepada Jasad


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Tuesday, April 17, 2012

Gambar artis Malaysia tukar jantina








huhu..

Sunday, April 15, 2012

Ini pertama kali saya jumpa lelaki seperti awak....


P: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?

L: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya.

P: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?

L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.

P: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?

L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.

P: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?

L: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.

P: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?

L: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Saya sangat cintakan wanita sebab itu saya tidak mahu mengecewakan mereka. Allah lebih mengerti. Wassalam...

P: Allahu Akbar... Ini pertama kali saya jumpa lelaki seperti awak.... —

Thursday, April 12, 2012

Kalau Amalina tengok video ini, maka dia boleh faham kenapa rakyat Malaysia terkilan

Kalau Amalina tengok video ini, maka dia boleh faham kenapa rakyat Malaysia terkilan. Sebab kita sayangkan dia dan peribadi seperti dalam video inilah yang kita semua mahu dia kekalkan. Belum terlambat sebenarnya.


http://www.youtube.com/watch?v=ruZPS9uAkAo&feature=youtu.be

Hadiah yang indah bagi seorang wanita


Hadiah yang indah bagi seorang wanita, bukan coklat atau teddy. Tapi hadiah masuk meminang dari seorang lelaki untuk menikahi perempuan itu secepat mungkin. Hadiah menjadikan dia serikandi. Bukan sekadar hiasan yang dibawa angkut kesana kemari...
 ♥ — Selamat beramal~

Tanda dan bukti sayang


Apakah Hukum ‘Couple’ Kerana ALLAH? (soal jawab)



Soalan:

Saya mengenali seorang wanita yang menyebabkan saya lebih dekat dengan ALLAH. Dia terlalu baik dan mempunyai cirri-ciri wanita solehah. Kami selalu berjumpa untuk membincangkan hal-hal agama dan meningkatkan kecintaan kepada ALLAH.

Dia selalu menggalakkan saya supaya menghafal al-Quran, menunaikan solat malam, menasihati saya supaya lebih dekat dengan ALLAH. Saya keliru dengan perhubungan ini. Adakah perhubungan ini dibenarkan kerana kami berkawan kerana ingin mencari redha ALLAH?

Jawapan:

Ramai pemuda Islam melakukan kesilapan dalam hal ini. Mereka telah terperangkap dalam mainan syaitan yang sentiasa menggesa ummat Islam melakukan kejahatan.

Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan yang membuatkan kejahatan dipandang sebagai kebaikan. Syaitan sentiasa mengetuk pintu dan menyelewengkan hidayah ALLAH daripada kamu.

Hayatilah firman ALLAH subhanahu wa ta`ala di bawah:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

“Iblis menjawab: Disebabkan ENGKAU menghukumkan aku sesat, aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalanMU yang lurus.” (Surah al-A`raf, 7:16)

ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ

وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta belakang mereka, dari kanan mereka serta kiri mereka dan ENGKAU tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (Surah al-A`raf, 7:17)

Ibnu Jauzi rahimahullah berkata:

“Iblis sentiasa memerangkap manusia selagi dia mampu. Kadang-kadang kemampuannya berkurang dan bertambah di mana ia bergantung kepada kesedaran dan kelekaan mereka yang jahil dan berilmu. Ingatlah, hati itu seperti kubu. Syaitan sentiasa mengelilingi kubu tersebut untuk melihat pengawalnya dalam keadaan leka. Pengawal perlu tahu setiap pintu kubu yang telah diamanahkan untuk menjaganya. Dia tidak boleh terleka walau sekelip mata kerana musuh tidak pernah membiarkannya. Seorang lelaki bertanya kepada Hasan al-Basri: Adakah iblis itu tidur? Dia menjawab: Jika dia tidur, sudah pasti kita mempunyai masa rehat.” - Rujuk Talbis Iblis, mukasurat 52.

Ketahuilah, ini cabang panahan syaitan terhadapmu. Bermula dengan pandangan mata sehinggalah kepada perkenalan yang kononnya berlandaskan agama, dihiasi dengan nasihat dan perbincangan-perbincangan agama. Inilah fitnah yang paling besar bagi kamu.

Kamu juga selalu berjumpa dengannya. Inilah pergaulan yang dilarang kerana ALLAH melarang seorang lelaki dan wanita bersama-sama tanpa hubungan yang sah.

Sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

“Tidak bersunyi-sunyian lelaki dan wanita (bukan mahram), melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga di antara mereka.” - Hadith riwayat al-Tirmizi: 1901.

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:

“Seorang perempuan dari Khath`am datang kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan meminta fatwa daripada baginda dan berkata: Sesungguhnya penurunan kewajiban berbuat haji telah diturunkan sedangkan bapaku seorang yang tua dan nyanyuk. Adakah dikenakan juga ke atasnya dan bolehkah aku menunaikan untuknya. Baginda bersabda: Ya, perbuatkanlah untuk bapamu. Berkata Ali: Ketika itu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam memalingkan leher Al-Fadhal. Ibn `Abbas berkata: Wahai Rasulullah, mengapa kamu memalingkan muka sepupumu? Baginda berkata: Aku melihat seorang lelaki dan seorang wanita. Mereka berdua tidak aman dari dipengaruhi syaitan (selagi dia terus memandang).” - Hadith riwayat Ahmad: 530)

Kami nasihatkan agar kamu membuat keputusan terhadap perhubungan ini. Samada mengambilnya sebagai isteri jika dia mempunyai akhlaq dan pegangan agama yang baik. Atau memutuskan perhubungan ini kerana ia akan membawa keburukan dan kejahatan.


Wednesday, April 11, 2012

Be Obsessed with ZALORA Malaysia

Tuesday, April 10, 2012

Hukum menonton wayang dan ber''karaoke''


Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks,dan pendedahan aurat melampau pelakon lelaki dan perempuan dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.

Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.

Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat? Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.

Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.

Wallahualam.

Kenapa Lelaki Perlu Pilih Seorang Cikgu Sebagai calon Isteri?

gambar contoh : kalau Fazura jadi cikgu..huhu


1. Hidup Berjadual / Sistematik


Tak cakap wanita yang ada karier lain tak ada schedule , tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari dah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau tengok cikgu Chemistry, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, make over , solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, going to school

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Start kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tak ada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan atur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
For instance,

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + spend tyme with husben

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buat apa-apa aktiviti yang perlu

2. Penyayang, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang life nya hanya berkisar & ber'blend'kan  sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Guru sentiasa berhadapan dengan kanak-kanak & teenagers, and akan facing banyak kerenah..Seorang guru akan adapt dengan situasi kerja mereka and lebih cekap dalam meng'handle' masalah anak2 nanti..

Cop!
Pernah dengar tak orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam  bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!
Semua menuding jari & nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang macam kanak-kanak riang.

3. Tidak boleh menipu 

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada ethics.

Nak mark kertas, ada rules.

Sampai sekolah, isi attendance.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya.



4. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Tak busy..Ini yang semua orang suka  kerjaya guru..so dat teacher banyak masa terluang bersama family..

5. Penampilan
As a teacher, biasanya ada penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya & kena pandai dress up. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.ish3..


Monday, April 2, 2012

Cara nak cepat kaya dan murah rezeki

 

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:


“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:


“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:


“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:


“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:


“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:


“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More