Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Monday, July 29, 2013

Kenapa Islam Haramkan Makan Babi?


Kenapa Islam Haramkan Makan Babi?





Ini adalah larangan Allah dalam Q
ur’an seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah 173).


Diharamkan bagimu makan bangkai, darah, daging babi, daging yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, dipukul, jatuh, ditanduk, dan diterkam haiwan buas, kecuali sempat disembelihnya, dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Maidah 5;3).


Katakanlah: “Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-An’aam 6:145).


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu makan bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampau, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-Nahl 16;115).

Ayat-ayat tersebut memadai untuk meyakinkan umat islam tentang pengharaman babi. Inilah sebab kenapa umat Islam tidak boleh makan babi, adapun hikmah di sebalik larangan makan babi adalah :
1. Sebetulnya babi juga diharamkan dalam Bible, orang kristian sepatutnya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang memakan babi dalam buku leviticus




Janganlah makan babi, haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak, jangan makan haiwan seperti itu dan jangan sentuh bangkainya (Leviticus 11;7-9).



Larangan tersebut juga diulangi dalam ayat yang lain :



Jangan makan babi. Haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak. Jangan makan haiwan seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya (Deutronomi 14;8).

Di ayat yang lain babi diharamkan dalam buku Proverb


Janganlah makan babi. Babi haram, walaupun berkuku belah tetapi tidak mamah biak. Janganlah makan hewan itu, dan jangan sentuh bangkainya, hewan itu haram (Proverb 11;7-8).


Larangan yang sama juga disebut dalam buka Isaiah 65; 2-7


2. Memakan babi menyebabkan pelbagai penyakit, mengikut kajian saintifik memakan babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit. Seseorang boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lainnya.


Antara yang berbahaya adalah Taenia solium, ataupun cacing pita yang tersimpan dalam usus dan sangat panjang. Ovum atau telurnya memasuki aliran darah dan menyebar ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung menyebabkan serangan jantung (jantung koroner), jika memasuki mata mengakibatkan buta, jika memasuki hati mengakibatkan kerosakan hati. Ia dapat merosakkan hampir semua organ tubuh manusia.
Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis, ovumnya atau telur tidak mati sungguhpun telah dimasak sampai betul-betul masak. Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidapTrichura Tichurasis, dua puluh dua orang telah memasak daging babi tersebut dengan betul.


3. Babi mempunyai bahan pembina lemak yang tinggi, babi sangat sedikit bahan pembina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saliran darah manusia dan mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung. Tidak mengherankan lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.

4. Babi adalah haiwan yang paling kotor di bumi ini, secara semula jadi babi hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan haiwan pemakan bangkai terbaik ciptaan Allah. Di Perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di merata tempat terbuka, maka najis tersebut dimakan oleh babi. Mungkin di negara-negara Maju seperti Australia dan Jerman, babi diternak di tempat yang bersih tetapi babi ditempatkan bersama dalam kandang. Secara tabii babi merupakan haiwan yang kotor dan tetap makan najis sendiri.


5. Babi adalah haiwan paling menjijikkan, babi adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya mengadakan seks bersama jantan lain. Di Amerika, kebanyakan orang memakan babi dan sudah menjadi budaya selepas parti mereka akan bertukar-tukar isteri, dan berkata “Anda tidur dengan istri saya dan saya tidur bersama isteri anda. Mungkinkan budaya memakan babi menggalakkan budaya babi.

Mengikut kajian genetik DNA babi adalah hampir sama dengan DNA Manusia, dan DNA babi dapat mempengaruhi DNA manusia kalau dipindahkan ke dalam tubuh manusia. Hari ini kita menganggap Amerika adalah sebuah negara yang paling maju dan canggih, apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut laporan, amalan ini telah menyebar ke Eropah dan Barat serta Asia, akankah budaya ini menyebarkan ke Malaysia?


Sila tonton video ini:





0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More