Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Tuesday, July 23, 2013

SUNTIKAN UBAT & MASUK AIR MELALUI SALURAN DARAH; ADAKAH BATAL PUASA?


MASUK AIR MELALUI SALURAN DARAH; ADAKAH BATAL PUASA?


Soalan; Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia menerima rawatan masuk air dalam salur darah?

Jawapan;

Yang membatalkan puasa ialah apabila kita memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan, sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

Oleh demikian, memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui urat atau saluran darah, menyuntik ke bawah kulit atau ke dalam daging badan, tidak membatalkan puasa sama ada suntikan itu untuk tujuan pengubatan, taghziyah (iaitu memberi makanan seperti menyuntik vitamin, memasukkan air, kalsium dan sebagainya) atau membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam mazhab empat. Pandangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana menurut beliau; benda yang masuk melalui suntikan itu tidaklah masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan ia juga tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri.

Namun ada setengah ulama’ semasa hari ini mengecualikannya dari suntikan makanan iaitu jika yang disuntik itu adalah bahan makanan seperti glukos atau sebagainya, maka batallah puasa kerana ia mengambil kedudukan seperti makan atau minum.

Rujukan;

1. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 434.
2. 1000 Sualan wa Jawaban Lil-Mar-ah al-Muslimah, Mustafa Abu al-Ghait dan Islam Dirbalah, hlm. 100.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More