Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Loading...

Thursday, October 3, 2013

PELAJAR BRITAIN DI LARANG BERHIJAB


PELAJAR BRITAIN DI LARANG BERHIJAB



KOLEJ Birmingham Metropolitan, England, Britain baru-baru ini mengeluarkan dasar melarang pelajar Islam memakai tudung atau pakaian menutup muka bagi tujuan keselamatan dan supaya mudah dikenali pada setiap masa.

Pengharaman memakai tudung dan purdah diumumkan kepada pelajar bagi sesi baru permulaan pengajian di kolej itu minggu lalu, menyebabkan beberapa pelajar berpindah ke kolej lain.

Seorang pelajar, Imaani Ali, 17, berkata dasar itu seperti menceroboh kebebasannya malah pihak kolej juga tidak memberi alternatif lain.

“Saya dan rakan-rakan yang memakai tudung hanya diberitahu mengenai larangan itu ketika proses pendaftaran. Pihak keselamatan juga menyekat kemasukan kami di perkarangan kolej. Klik untuk memulakan pagi yang hebat dengan tips Ms. Rosy




“Tindakan ini satu diskriminasi beragama. Ini agama saya dan ini kepercayaan saya. Saya tidak mahu ke tempat yang tidak boleh menerima saya namun saya tiada pilihan lain ketika ini,” katanya.

Seorang lagi pelajar 17 tahun yang enggan dikenali berkata, beliau nyata kecewa dengan dasar itu dan telah membuat keputusan untuk berpindah ke kolej lain di bandar.

“Ini satu pemikiran dangkal. Keputusan memakai tudung adalah hak peribadi. Saya sangat terkejut apabila isu ini dibangkitkan memandangkan di sini terdapat ramai pelajar Muslim dan berbilang budaya.

“Saya tidak rasa tudung akan mengganggu pembelajaran dan komunikasi dengan orang lain kerana saya tidak pernah mempunyai masalah dengan mereka,” katanya.

Bagi pelajar A-Level Suleman Hussain, 17, turut tidak bersetuju dengan garis panduan terbaru itu.

“Mereka datang ke kolej untuk belajar, bukannya akan membawa bom dan membuat kacau,” katanya.

Bahas di Parlimen

Susulan pengharaman itu, isu berhijab ini dibangkitkan di Parlimen.

Ahli Parlimen Kattering, Philip Hollobone yang menolak penampilan menutup aurat menyuarakan isu ini kepada ahli bebas dan beliau menjawab tindakan itu menyalahi undang-undang dalam kebebasan kehidupan di Britain.

Pengetua dan Ketua Eksekutif kolej, Dame Christine Braddock mempertahankan dasar itu dengan mengatakan, ia telah lama digunakan dan diperkenalkan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.

“Kami mempunyai aspek kesaksamaan, kepelbagaian dan penyertaan dasar mantap di Kolej Birmingham Metropolitan, tetapi kami juga komited dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat.

“Ia adalah untuk memudahkan pelajar dikenal pasti ketika berada di dalam kawasan kolej dan ia termasuk tidak mengenakan topi, hoodies dan tudung supaya wajah mereka sentiasa kelihatan,” katanya dipetik Mail Online

Terima peraturan demi keselamatan

Bagi Presiden Persatuan Muslim Britain, Omer El- Hamdoon berkata, pelajar di kolej itu perlu menerima dan mematuhi dasar ditetapkan.

“Sesetengah mereka mungkin berpendapat ia adalah sebahagian daripada agama, tetapi mereka perlu praktikal. Contohnya jika anda ke bank menaiki motosikal anda perlu menanggalkan topi keledar supaya dikenali.

“Sama juga ketika menduduki peperiksaan, pihak kolej perlu tahu siapa yang sedang menjawab kertas peperiksaan. Terdapat segelintir mereka merasakan ia menceroboh kebebasan bersuara, tetapi mereka perlu patuh kepada peraturan,” katanya.

Menurut Chante Young, 17, yang mengambil jurusan perniagaan, pengharaman itu nyata membuatnya berasa lebih selamat.

“Anda tidak akan tahu siapa si pemakainya kerana seluruh wajah ditutup dan hanya mata yang kelihatan,” katanya.

Dalam satu kes di mahkamah dua minggu lalu, hakim Peter Murphy menyuruh seorang wanita berumur 21 tahun menanggalkan tudung sebelum dibenarkan membuat rayuan.

Wanita itu menolak permintaan tersebut kerana terdapat lelaki di dalam bilik itu dan ia bertentangan dengan kepercayaan agamanya.

Hakim kemudiannya memberi amaran terdapat risiko orang lain menyamar dan berpura-pura menjadi dirinya masuk ke kandang tertuduh.

0 comments:

Post a Comment

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More