Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Tuesday, March 26, 2013

Tips Bercinta Jarak Jauh


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Alhamdulillah telah berjaya kita lalui segala rintangan semalam dan masih berusaha mengejar nikmat hidup dengan keredhaan Illahi selagi mampu…ameen. Bagaimana dengan kehidupan seharian? ada kekusutan?

Hurm ada yang bertanyakan Kasih Suci bagaimanakah mengekalkan hubungan jarak jauh. Mampukah kisah cinta jarak jauh ini bertahan? Bagi pendapat Kasih Suci sesuatu perhubungan itu mampu kekal bukanlah berdasarkan kepada faktor jarak. Jika bercinta jarak dekat sekalipun beum tentu akan bahagia sepenuhnya. Malah ada yang lebih kerap bertengkar tiap kali bertemu. Apakah tips bagi mengekalkan kemanisan dalam perhubungan cinta jarak jauh ?

1.Manfaatkan masa yang ada

-Manfaat kan masa yang ada apabila sesekali bertemu. Gunakan waktu itu dengan melakukan aktiviti bersama agar ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.

2.Kreatif

-Anda perlua kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang anda. Tidak hanya dengan bertemu dapat melahirkan rasa sayang. Gunakan medium yang ada untuk meneruskan perhubungan kalian dengan penuh variasi. Walau pun tidak dapat bertemu kamu boleh sesekali emailkan kata-kata indah kepada dirinya, sms sentiasa bertanyakan aktiviti hariannya , boleh whatsapp, webcam jika gunakan skype dan pelbagai kaedah lain lagi yang boleh digukana sebagai medium untuk menghubungkan kalian. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin.

3.Saling percaya

-Kalian perlulah saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan sesekali berfikir disebabkan jauh si dia pasti akan mencurangi kalian. Berburuk sangka atau mengandaikan sesuatu yang tidak pasti hanya akan meruntuhkan hubungan kalian

4.Limitkan masa bertengkar.

-Jika berlaku salah faham segeralah selesaikan. Sukar untuk menyelesaikan permasalahan dengan jarak yang jauh, dengan itu janganlah panjang-panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah yang besar dan sukar untuk ditangani.

Jika merajuk tak usahlah lama-lama kerana ia akan merosakkan keadaan dan tidak mendatangkan keindahan dalam hubungan kalian. Ciptalah kenangan indah dalam hubungan kalian walau jarak yang ada sangat jauh. Keindahan hubungan tidak bersyarat kepada faktor jarak sesuatu hubungan.

5.Setia

-Jika kamu mengharapkan dia jujur di kejauhan itu maka kamu juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan agar tidak menerbitkan salah faham antara kamu dan dia. Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk kita raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan pasangan tidak mampu dijual beli lebih-lebih lagi kepercayaan dari insan tersayang…

Moga beberapa tips yang Kasih Suci kongsikan tadi mampu memberi sedikit maklumat kepada kalian yang mengalami masalah atau pengalaman hubungan jarak jauh ini.

0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More