Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Wednesday, March 27, 2013

Jodoh Pilihan Sendiri Atau Pilihan Keluarga


Jodoh Pilihan Sendiri Atau Pilihan Keluarga


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Isu ini tak pernah reda dari dipersoalkan. Ada yang setuju dan ada juga yang membantah dengan keras. Apa yang ingin Kasih Suci bentangkan hari ini ada pro dan kontranya tajuk ini mengikut penilaian pendapat Kasih Suci sendiri. Ops jika ditanya diri Kasih Suci pastinya Kasih Suci rela bernikah dengan insan yang Kasih Suci pilih sendiri.

Mengapakah pilihan keluarga merupakan pilihan yang terbaik mengikut kajian ramai pihak?

1.Biasanya pilihan keluarga adalah dari kalangan sahabat dan saudara mara yang ibu ayah kita kenali. Mereka telah mengetahui asal usul, agama dan perangai bakal calon kita dan keluarganya. Ibu dan ayah tidak mungkin sesekali akan menjodohkan kita dengan keluarga yang tidak baik asal usul keturunan dan pastinya mereka mencarikan kita jodoh yang baik agamanya.

2.Jodoh yang ditentukan oleh orang tua pastinya mendapat restu sepanjang hayat


3.Hubungan yang sedia terjalin antara kita dan pasangan pasti akan lebih erat lagi selepas berkahwin.

4.Kemesraan mudah terjalin jika jodoh datang dari keluarga. Pastinya ibu bapa akan lebih mesra dengan mertua kita dan kita juga pasti mudah menyesuaikan diri bersama ipar duai berbanding langsung tidak mengenali mereka tentunya kita akan rasa janggal duduk dalam kelompok orang asing.

Mengapa Jodoh pilihan sendiri lebih baik?

1.Jika jodoh kita adalah dari pilihan kita sendiri pastinya kita lebih mengenali hati budi pasangan. Mudah untuk kita menyesuaikan diri apabila bernikah kelak kerana telah tau perangai dan apa saja yang dia suka atau tidak. Lebih serasi dan mudah mesra.

2.Dapat memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga. Jika saling tidak kenal antara dua keluarga inilah masanya untuk berkenal-kenalan dan berukhwah antara satu sama lain. Memanjangkan silaturrahim adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

3.Setia keakhir hayat dapat kita tunjukkan kepada keluarga walau kita tidak mengenali keluarga pasangan sebelum berkahwin. Ini mmebuktikan bahawa cinta setia mampu kekal bahagia selamanya.

Tiap pilihan ada pro dan kontranya. Apa pun walau kita berkahwin dengan pilihan hati sebaik mungkin dapatkanlah restu dari ibu ayah bagi erti kebahagiaan kepada kita dalam melayari kebahagiaan dalam berumah tangga. Andai menerima pilihan keluarga pula berlapang dadalah menerima pasangan yang mungkin langsung kita tidak kenali sebelum ini. Terimalah dia sebaik mungkin dan kenalilah dia dengan seikhlas hati. Bercinta selepas kahwin pasti ada indahnya. Mengenali dan menyintai dalam masa yang sama dengan cinta yang halal adalah suatu perkara yang sangat indah…insya Allah.


Artikel Berkaitan

1 comments:

zaman dah berubah...
saya betul betul menyesal mengikut pilihan keluarga,..tapi ape saya boleh buat.saya terpaksa redo.ni sekadar luahan hati saya.kisah kehidupan yang saya terpaksa jalani tak tahu sampai bila..

di awal pekahwinan saya,saya rasakan mungkin pekara biasa sebab kami baru kenal.kami jalani kehidupan yang normal..suami saya boleh di katakan cukup ciri-ciri suami.mempunyai keturunan yang baik,agama yang kuat,kerja yang bagus,indah di pandang,kira luarannya baik belaka.mungkin sebab itu ibu saya bulat-bulat menantukan dia.

dalam bahtera kehudupan kami,tak ada apa yang menarik.saya kerja tak menentu siang atau malam dan masa kerja yang tidak tentu mungkin 1 faktornya.dan suami saya pon sebuk kerja.kadang-kadang kami tak sempat bertegur.

saya penat berkerja,dan dia lasung tak memahami,pada awal masa betunang,memahami.rumah kami sunyi sepi,tak ada gelak ketawa macam rumah orang lain.jujur la,saya ni seorang yang emiso sikit,anak tunggal.

dalam jalani hari-hari kami,kami tak bergaduh,tapi entahla...saya tengok dia yang tak ada sikap bertolak ansur,tolong menolong lasung.kira semua tak indah bagi saya,ada sahaja tak kena.saya ni manusia,lama-lama berusaha,kalau hasilnya sama,mesti mengalah jugak.

saya seorang yang sebuk,balik keje dah penat,dia nak saya layan dia macam raja kot.tolong masak tidak,saya yang balik lewat ni yang kene buat semua benda.saya stress sangat kat tempat keje,balik rumah pon sama.

saya mempunyai seorang anak kecil sekarang ni,nasib baik ibu jagakan.nak ambil pengasuh,saya takut.kampung saya selamat la dekat,boleh saya balik bila ada masa.

dulu saya selalu mengadu dengan ibu,dia hanya mahukan saya bersabar tiap-tiap kali saya mengadu.

kadang-kadang bile sedih dengan kehidupan saya ni,teringat masa dulu,.dulu saya banyak habiskan masa belajar,tapi dalam masa yang sama,saya ada seorang kekasih.tapi saya ambil sambil lewa sahaja dengan dia.
dia sangat penyayang dan sangat baik hati..tapi dia bukan keturunan senang,cuma anak kampung,tapi dia rajin berusaha,apa benda pon dia usahakan sendiri sampai berjaya.

dia sangat mencintai saya.tapi saya lupakan dia,sebab nak jaga hati keluarga,tapi sekarang saya yang makan hati.bila dah jadi macam ni,barulah saya menyesal.alangkah indahnya kalau 4 tahun lepas saya bantah pilihan ibu.tapi sekarang dah tak ada gunanya.

kehudupan saya sekarang ni,ibarat robot yang tak ada perasaan.karang-kadang,saya selalu ambil hati suami saya,tapi layanan dia serba tak kena..saya dah tak dapat tulis bile ....maaf semua kawan-kawan yang tengah dilema,korang ada hak untuk bersuara kalau korang di suruh kawen..

zaman dah berubah,dah macam tak boleh pakai pilihan keluarga ni.biarla kalau ada pilihan sendiri,ukut la pilihan sendiri,pilihan kita tu dah tentu kita tahu.kite boleh kenal dari hp dan menilainya..

bercinta selepas kawen ni hanya 50%.

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More