Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Loading...

Friday, March 22, 2013

Pesanan Untuk Bakal Jenazah





Sebuah kitab yang tidak terbanding nilainya,
Mukjizat teragung sepanjang zaman,
Al-Quran, seindah namanya.

Namun, malangnya,
Al-Quran hanya menjadi perhiasan di rak-rak rumah,
Mahupun di kedai-kedai buku,
Dibiarkan berhabuk, tidak bersentuh,
Di manakah kesedaran kita,
Mengapa kita tidak menghargai Al-Quran dengan sebaiknya?

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah ayat 1-2)

Tidak sedarkah kita,
Kita semakin lalai dengan nikmat dunia,
Yang hanya menjanjikan kesenangan dunia,

Tidak sedarkah kita,
Al-Quran bukannya rekaan Nabi Muhammad,
Seperti yang dihebahkan oleh orang-orang kafir,
Tetapi kalam Allah yang agung dan mulia!

Tidak sedarkah kita,
Apa yang tercatat di dalam Al-Quran,
telah berlaku?
Buktinya?

(1) Kejadian manusia

“Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”
(Surah Al-Mukminun ayat 14)

(2) Kejadian langit dan bumi

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
(Surah Al-Anbiya’ ayat 30)

(3) Berlakunya siang dan malam berulang-ulang, bukti Bumi berbentuk sfera

“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”
(Surah Az-Zumar ayat 5)

(4) Peredaran planet mengelilingi matahari

“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”
(Surah Yaasin ayat 40)

Banyak lagi ayat yang membuktikan kekuasaan Allah,
Di dalam Al Quran yang diturunkan,
1400 tahun dahulu.

Lebih mengagumkan,
Terbukti melalui kemajuan teknologi!
Pada zaman kini.


Sedangkan pada zaman dulu,
Tiada teknologi yang mampu mengkaji semua ini,
Maka adakah Al-Quran dikarang Nabi Muhammad?
TIDAK sama sekali,

Bahkan,
Inilah bukti kewujudan Allah!
Melalui Al-Quran,
Jika mengikut logik akal,
Segala yang termaktub di dalam Al-quran,
Sudah pasti akan berlaku!

Tidak sedarkah kita?
Tidak timbulkah persoalan dalam diri kita?
Bahawa segala apa yang ada di dalam Al-Quran,
Pasti akan terjadi?

Maka, jika kita ingkar,
Menjadi hamba yang mengingkari perintah Allah,
Leka, lalai, alpa dengan kesenangan dunia,
Bergelumang dengan dosa dan maksiat,
Apakah yang bakal berlaku?
Seperti yang termaktub dalam Al-Quran?

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Nisaa’ ayat 56)

Dan Allah berfirman lagi yang bermaksud;

“Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!”
(Surah Ar-Rahman ayat 44)

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.”
(Surah A-Kahfi 29)

“Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak”
(Surah Al-Waqi’ah ayat 42)

Maka, inilah yang bakal berlaku kepada kita yang masih bernyawa!
Di akhirat kelak,
jika kita ingkar suruhan Allah di dunia!



Wahai bakal-bakal jenazah,

Tidak sedarkah kita?

Tetapi mengapa kita masih melakukan kemungkaran?
Sedarlah wahai saudara saudari seIslamku,
Jadilah hamba Allah yang bertaqwa,
Yang tidak putus-putus meningkatkan keimanan kepadaNya,
Yang tidak putus-putus beribadah dalam mencari keredhaanNya,

Biarlah di dunia, kita dihina,
Digelar ketinggalan zaman,
Bersikap zuhud, tidak mengikut perkembangan fesyen,
Tidak bersosial, tidak mengikut sahabat-sahabat melakukan maksiat,

Bersabarlah,
Orang-orang yang beriman kepada Allah,
Yang ikhlas mengabdikan diri kepadaNya,
Kerana balasan syurga pasti menanti,
Dan ini juga bakal berlaku,
Kepada bakal jenazah seperti kita,
Jika kita benar-benar bertaqwa kepada Allah,
Inilah janji-janjinya,
Seperti yang termaktub di dalam Al-Quran.

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 25)

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”
(Surah Al-Hajj ayat 23)

“Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).”
(Surah Al-Furqan ayat 10)

Sama-sama kita renungkan, hakikatnya kita semua akan kembali ke kampung halaman kita. Tanyakan diri, bisikkan pada hati, bersediakah kita?

0 comments:

Post a Comment

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More