Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Loading...

Thursday, March 28, 2013

Melepaskan Insan Tercinta



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Apa khabar semua? Kasih Suci masih lagi mengalami migrain teruk sejak beberapa hari lepas. Slow sikit up entri harap boss encik ammar tak marah la pada Kasih Suci….huhu

Apabila bercinta pastinya kita mengharapkan percintaan kita bahagia dan kekal ke akhir hayat. Namun takdir menentukan segalanya, bukan semua yang kita haapkan berjaya kita perolehi. Kadang kala walau kita salah setia dan bahagia cinta yang terhalang amat sukar untuk mencapai kebahagiaan ke akhir garisan. Terlalu banyak ranjau yang menyukarkan sesuatu perhubungan itu berkembang.

Pedih…pastinya apabila sesuatu perhubungan itu ditamatkan tanpa kerelaan ia akan menjadi perit dan pedih. Apa yang perlu kita fahami, cinta tidak semestinya saling memiliki. Cinta adalah kebahagiaan. Andai dengan melepaskan dia insan kesayangan hati dia dapat semula kasih sayang dari keluarga dan insan sekelilingnya lepaskan lah dia dengan ikhlas. Andai dengan bersama kita dia akan dibuang keluarga dan semua mata mengecam terhadap perhubungan itu maka perpisahan adalah jalan terbaik.

Jangan ada dendam. Relakan pemergiannya, walau pedih dan ia amat membuat hati sengsara sekurang-kurangnya kamu perlu berbangga kamu melakukan itu demi dia insan yang amat kamu sayangi. Dia pasti tidak akan pernah melupakan kamu sebagaimana kamu juga sentiasa menyayanginya seumur hidup kamu. andai tertulis suatu hari nanti memang jodoh kamu bersamanya, pasti Allah menemukan jalan baru agar kasih kamu bertaut kembali bersamanya nanti.

Ikhlaskan hati dan relakanlah dia pergi….

0 comments:

Post a Comment

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More