Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Monday, March 11, 2013

7 Manusia yang Mendapat Perlindungan Allah


Berkata Abu Hurairah r.a : bahawa Nabi saw telah bersabda: ”Ada tujuh kelompok yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya. Mereka adalah pemimpin yang adil, anak muda yang sentiasa beribadah kepada Allah Azza wa Jalla,seseorang yang hatinya sentiasa dipertautkan dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, yakni keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang ketika dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab: “Sungguh aku takut kepada Allah”, seseorang yang mengeluarkan shadaqah lantas di-sembunyikannya sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian ia mencucurkan air mata”. (H.R.Bukhary – Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa pada hari kiamat ada tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan perlindungan Allah swt., yaitu :

1. Pemimpin yang adil

Menjadi pemimpin yang adil itu tidaklah mudah, perlukan pengorbanan fikiran, perasaan, harta, bahkan jiwa. Dalam ajaran Islam, kepemimpinan bukanlah fasiliti namun amanah. Kalau kita menganggap kepemimpinan atau jabatan itu sebagai fasiliti, kemungkinan besar kita akan memanfaatkan kepemimpinan itu sebagai sarana memperkaya diri tanpa menghiraukan aspek halal atau haram.

Sebaliknya, kalau kita menganggap kepemimpinan atau jabatan itu sebagai amanah, kita akan melaksanakan kepemimpinan itu dengan penuh kejujuran dan tanggung jawab. Jadi, untuk melaksanakan kepemimpinan dengan cara yang amanah itu tidaklah mudah, Kerana itu logik kalau kita menjadi pemimpin yang adil, Allah akan memberi perlindungan di akhirat kelak.

2. Anak muda yang soleh

Masa muda adalah masa keemasan kerana keadaan fizikal masih prima. Namun diakui bahawa ujian pada masa muda itu sangat beragam dan dahsyat. Oleh sebab itu, apabila ada anak muda yang mampu melewati masa keemasannya dengan taqarrub (mendekatkan) diri kepada-Nya, menjauhkan diri dari berbagai kemaksiatan, serta mampu mengendalikan nafsu syahwatnya, Allah akan memberikan perlindungan-Nya pada hari kiamat. Ini merupakan imbalan dan penghargaan yang Allah berikan kepada anak-anak muda yang soleh.

3. Orang yang hatinya terikat pada masjid

Kalimah “seseorang yang hatinya sentiasa dipertautkan dengan masjid” seperti yang disebutkan hadis di atas, paling tidak menunjukkan dua pengertian. Pengertian pertama, orang-orang yang bila dan di manapun berada selalu ingin memakmurkan tempat ibadah. Pengertian kedua, orang-orang yang tidak pernah melalaikan ibadah di tengah kesibukan apapun yang dijalaninya.

4. Bersahabat kerana Allah

Poin ini terambil dari kalimat “dua orang yang saling mencintai kerana Allah, yakni keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah”. Bersahabat kerana Allah swt. maksudnya kita mencintai seseorang atau membencinya bukan kerana faktor harta, kedudukan, atau hal-hal lain yang bersifat material, namun murni semata-mata kerana Allah swt.

Kalau sahabat kita berbuat baik, kita menyokongnya, dan kalau berbuat salah kita mengingatkannya, bahkan kita berani meninggalkannya kalau sekiranya sahabat tersebut akan menjerumuskan kita pada gelimang dosa dan maksiat. Inilah yang dimaksud dengan persahabatan kerana Allah.

5. Mampu menghadapi godaan lawan jenis “

Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab: “Sungguh aku takut kepada Allah.” Kalimat ini menggambarkan bahawa kalau kita mampu menghadapi godaan syahwat dari lawan jenis, maka kita akan mendapatkan perlindungan Allah di hari kiamat.

Di sini digambarkan seorang lelaki yang digoda wanita bangsawan nan rupawan tapi dia menolak ajakannya bukan karena tidak selera kepada wanita itu, namun kerana takut kepada Allah. Jadi, rasa takut kepada Allahlah yang menjadi benteng lelaki tersebut, sehingga tidak terjerembab pada perbuatan maksiat. Kerana itu Allah memberikan penghargaan pada hari kiamat dengan memberikan pertolongan-Nya. Di sini diumpamakan lelaki yang digoda wanita, namun sangat mungkin wanita pun digoda lelaki.

6. Ihklas dalam beramal “

Seseorang yang mengeluarkan sedekah lantas disembunyikannya sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat tangan kanannya.” Ini gambaran keihlasan dalam beramal. Kerana ihklasnya dalam beramal sampai-sampai tangan kiri pun tidak tahu apa yang diinfakkan atau disumbangkan oleh tangan kanannya. Pertanyaannya, bolehkah kita bersedekah sambil diketahui orang lain, bahkan nama kita dipampang di surat khabar?

Boleh saja, asalkan benar-benar kita niatkan kerana Allah swt., bukan kerana cari populariti. Perhatikan ayat berikut, ” Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Q.S.Al-Baqarah 2: 271)

7. Zikir kepada Allah dengan khusyuk “”

Seseorang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, kemudian ia mencucurkan air mata. ”Zikir ertinya mengingati Allah. Kalau seseorang berdo’a dengan khusyuk hingga tak terasa air mata menitis kerana sangat nikmat berzikir dan munajat kepada-Nya, maka Allah akan memberikan pertolongan kepadanya pada hari kiamat kelak.

Wallahualam bishshawab.

SHARE

Sebaran maklumat dan pengetahuan

0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More