Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Loading...

Saturday, February 25, 2012

Kesan laptop atas riba kepada lelaki

      Wahai pengguna-pengguna laptop, JANGAN LETAKKAN  LAPTOP ANDA DI ATAS PAHA!

Tahukah kamu-kamu semua bahawa ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar. Kulit kita jadi tak sekata & berbintik-bintik sebab terdedah pada bahang panas dalam masa yang lama.

Latest news, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

dat's how it look alike
 Ada jugak kes seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa dapatkan rawatan lepas kakinya mengalami masalah sama.Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia siapkan tugasan dengan menggunakan laptop yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari..

Gambar yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.
For our information, suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Walaupun  tak bahaya, tapi  kulit menjadi gelap secara kekal.ha!! b careful ye..

it become worse if kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Kesan Untuk Lelaki
Nak taw kesan kat lelaki???

Skrotum mereka boleh  memanas dengan cepat. Dalam 10-15 minit yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, & unfortunately,mereka mereka ni tak akan perasan. 

Apakah itu skrotum?
Skrotum adalah organ atau bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar. Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah dan saraf sperma.

         Walaupun tak ada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini akan menggugat kesuburan lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan skrotum walaupun melebihi 1 darjah Celsius dah cukup untuk merosakkan kualiti sperma.

        Based on kajian, jika kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan ‘pad’ ataupun bantal di bawah laptop untuk menyejukkan pun tak akan  membantu untuk menurunkan suhu panas ini.

       Oleh itu, para para  lelaki sekalian, adalah dinasihatkan untuk elakkan penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. Sekurang-kurangnya kita bertindak mencegah risiko masalah kesuburan dan makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.

Selamat Beramal..

0 comments:

Post a Comment

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More