Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Tuesday, May 8, 2012

Wanita dalam haid boleh membaca ayat Al-Quran


Ada berbagai pendapat tentang boleh dan tidaknya seseorang itu membaca Al-Quran ketika mereka sedang haid atau berjunub. Pendapat yang mengatakan wanita haid tidak boleh membaca Al-Quran sesuai dengan dalil Al-Quran maksudnya:

1. "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang disucikan". (Al Waqiah ayat 79).
Kemudian menurut hadis Rasulullah SAW maksudnya:

2."Bahawa Rasulullah SAW berzikir kepada Allah dalam segala keadaan.

Menurut riwayat bahawa Ibnu Abbas membaca wirid ketika berjunub. Bahkan beliau ada berkata
3. "Telah bercerita kepadaku Abu Sufyan bahawa Harqal menyeru orang ramai dengan membaca kitab Nabi SAW iaitu dalam keadaan berjunub".
Diceritakan oleh Abu Tsaur dari Imam Syafe'i bahawa wanita yang sedang haid dibolehkan membaca Al-Quran. Tentang penafsiran mereka ayat yang menyebutkan:

"Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang disucikan" (Al Waqiah ayat 79). Maksud ayat disini adalah orang-orang kafir dilarang menyentuh Al-Quran.

Untuk lebih jelas kita rujuk pendapat-pendapat ulama muktabar.

Menurut mazhab Abu Hanifah, mazhab Syafe'i dan Ahmad mengatakan: Wanita haid dan junub boleh membaca Quran tanpa memegang kitab.

0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More