Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Sunday, August 4, 2013

Berita Kedatangan Nabi Muhammad Dalam Kitab Agama Buddha


Berita Kedatangan Nabi Muhammad Dalam Kitab Agama Buddha





Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. akan lahir ke dunia seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya iaitu seorang yang suci, mempunyai kuasa tertinggi, dikurniakan kebijaksanaan, bertuah dan mengenali alam semesta. Setiap yang Maitreya dapat daripada alam ghaib akan disampaikan ke seluruh alam. Maitreya akan menyampaikan risalah tersebut daripada awal sehingga akhir. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:

Dan tidaklah yang diucapkannya mengikut keinginan hawa nafsunya. Ucapannya tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

(Surah an-Najm, ayat 3 sampai 4)

Maitreya akan memperkenalkan cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku memperkenalkan agama aku. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:

….Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu….

(Surah al-Maidah, ayat 3)

Pengikut Maitreya lebih ramai daripada pengikut aku.
Sidharta Gautama Budha meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi petunjuk. Mempunyai sifat seperti manusia biasa iaitu
Mempunyai harta karun
Mempunyai keluarga iaitu anak dan istri
Mempunyai sifat kepimpinan.
Mempunyai kulit yang cerah dan dapat melihat pada waktu malam hari
Meninggal secara semula jadi pada malam hari yang ditandai dengan cahaya yang terang sebelum kematiannya.
Beliau tidak mempunyai guru yang sah.
Sebuah pokok berasal daripada Maitreya iaitu pokok yang mempunyai kayu keras.Nabi Muhammad melihat pokok di Hodebbeyya, tempat berlaku sumpah setia kepada rasulullah. Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah telah rida terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dengan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).


(Surat al-Fath; ayat 18)


Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras mencatat bahawa akan datang ke dunia Budha yang agung dan dikenal sebagai Maitreya. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama Maitreya yang bermakna Pemberi rahmat. Allah berfirman:

Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.

(Surah al-Anbiya, ayat 107)
Pengikut Maitreya berjumlah ribuan orang dan jumlah pengikutku ratusan orang. Mempunyai kulit yang cerah dan pandangan yang tajam pada waktu malam. Nabi Muhammad sentiasa melakukan solat malam sebagai bukti kecintaan beliau kepada Allah sehingga beliau mempunyai pandangan yang tajam.
….Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan keindahan pribadi Maitreya.…Keindahan suara maitreya sangat lembut dan sopan sehingga tidak bosan apabila didengar (Si-Yu-Ki, kandungan 1). Bahasa Al-Qur’an merupakan karya sastrayang unik dan dipuji oleh semua manusia.
Gautama Buddha berkata: “Saya bukanlah Buddha pertama atau yang terakhir yang dihantar ke dunia. Selepas aku akan datang seorang Buddha yang suci, mempunyai kesedaran yang tinggi, dikurniakan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, mengenali alam semesta, pemimpin yang bijak, dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia mengajarkan kebenaran yang hakiki. Agama yang diajarkan oleh Buddha tersebut akan menjadi cara hidup yang sempurna dan suci. Pengikut aku beratus-ratus maka pengikut Buddha tersebut adalah beribu-ribu.”

0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More