Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Wednesday, January 16, 2013

Aneh Kewujudan Manusia Magnet

Liew Thow Lin hanyalah satu daripada beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu manusia magnet yang wujud di muka bumi ini. Kewujudan manusia magnet masih menjadi suatu mesteri yang sukar untuk dirungkaikan. Namun, ramai yang cuba mengaitklannya dengan medan magnet bumi yang dikatakan memberi pengaruh besar ke atas tubuh mereka.

Magnet berasal dari perkataan Yunani magnes lithos, yang bermaksud batu dari Magnesia, sebuah kota kuno di Asia Kecil.Secara amnya, magnet ialah besi yang mempunyai daya tarikan. Daya tarikan terjadi kerana magnet mempunyai dua kutub, iaitu kutub uatara dan kutub selatan. Sekiranya sebatang magnet dikerat menjadi dua, maka dua kutub baru akan terbentuk. Oleh itu, mangnet yang hanya mempunyai satu kutub sahaja tidak wujud. Kawasan diantara kedua-dua kutub ini dinamakan medan magnet.

MENYALA TIBA-TIBA

Misteri manusia magnet turut berkait dengan beberapa kisah misteri yang mengerikan yang masih memjadi tanda tanya. Pada tengah malam 27 ogos 1938, seorang wanita bernama Phyllis Newcombe yang baru sahaja meninggalkan dewan tari-menari di Chelmsfod (England) bersama tunangnya, tiba-tiba menjerit. Gaun crinoline yang dipakainya tiba-tiba sahaja dimakan api yang begitu besar. gaun tersebut cuba ditanggalkan, namun sudah terlambat. Dalam masa yang singkat sahaja, seluruh tubuh Phyllis rentung dan hangus sehingga ke bahagian dalam tubuhnya.

Ahli-ahli forensik membuat kajian mendalam untuk mengetahui punca kebakaran tersebut. Seandainya kebakaran itu disebabkan oleh puntung rokok, gaun crinoline tidak akan terbakar sedemikian rupa, melainkan terdapat jumlah api dan oksigen yang cukup banyak pada gaun itu. Yang lebih membingungkan, kebakaran itu menghanguskan tubuh Phyllis sehingga jauh ke dalam. Kebakaran yang berlaku ini tidak ada sebab yang jelas. Namun sebahagian pakar mengaitkan kejadian ini berlaku pada titik puncak kekuatan magnetik. keadaan medan magnet bumi memang selalu turun naik secara dramatis akibat pengaruh matahari. Angka purata kekuatan medan magnet di seluruh dunia dicatat setiap hari untuk kepentingan ahli-ahli astronomi dan fizik. Daripada catatan itu, mereka melihat terdapat hubungan yang jelas antara peristiwa kebakaran dan kekuatan geomagnetik yang tinggi.

Lihat Gambarnya Di Sini:



0 comments:

Post a Comment

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More