Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Monday, September 30, 2013

Hukum Akad Melalui SMS


Hukum Akad Melalui SMS






Soalan; Assalam..ustaz, boleh atau tidak aqad wakalah aqiqah/qurban dlm sms/email/whatsapp dan lain2? trm ksh ustaz..



Jawapan;

Sebarang akad tidak sah melainkan dengan sighah yang jelas. Maksud sighah ialah pernyataan secara zahir dari kedua pihak yang berakad sebagai tanda kerelaan mereka untuk melakukan aqad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untuk beraqad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuan dari pihak kedua). Sighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan, tulisan, bahasa isyarat yang difahami[1] atau dengan perbuatan/tindakan (seperti satu pihak memberi dan satu pihak lagi mengambil). Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email dan seumpamanya masuk dalam hukum akad melalui tulisan. Para ulamak mengharuskannya dengan syarat tulisan itu jelas (tiada kesamaran), benar datang dari pihak berakad dan bertujuan akad.[2] Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad, iaitu; telah baligh dan beraqal (waras).




Oleh kerana -melalui sms, email dan seumpamanya itu- aqad dilakukan secara berjauhan, qabul dari pihak kedua dikira setelah tulisan sms/email dari pihak pertama dibaca dan difahaminya dan ia menyatakan persetujuannya selepas itu.



Wallahu a’lam.



Rujukan;



1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/160 (perkataan ‘sighah’).

2. al-Mu’amalaat al-Maliyah-2, as-Syubaily, hlm. 76.

3. at-Tijarah al-Iliktroniyah, ‘Ali Muhammad Ahmad Abu al-‘Izzi, hlm. 190.

4. Hukm Ijra’ al-‘Uqud bil-Alati al-Hadithah, Dr. al-Farfur (Majallah Majma’ al-Fiqh; 6/593).

[1] Beraqad dengan isyarat hanya harus bagi orang yang tidak mampu bercakap dan menulis.

[2] Harus berakad dengan tulisan sekalipun dapat bercakap. Namun dikecuali akad nikah, tidak harus berakad nikah dengan tulisan selagi pihak yang berakad dapat bercakap.

hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam


Hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam






Soalan; ustaz, ingin penjelasan berkenaan hukum memberi daging korban kepada orang kafir. Adakah harus? Adakah hilang pahala korban? Terima kasih.


Jawapan;

Terdapat beza pandangan antara ulamak dalam masalah di atas;

Pandangan pertama; daging korban tidak harus diberikan kepada orang bukan Islam sekalipun kafir zimmi. Ia khusus untuk orang Islam sahaja. Pandangan ini merupakan mazhab Syafiie.[1]Menurut Imam Malik dan al-Laith; makruh memberinya kepada orang bukan Islam[2].

Pandangan kedua; harus memberi daging korban kepada orang kafir zimmi. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Abu Hanifah, Hasan al-Basri, Abu Tsur dan mazhab Hanbali. Pandangan ini juga ditarjih oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’. Menurut pandangan ini; daging binatang korban adalah makanan, maka sebagaimana harus memberi makan orang kafir zimmi, maka harus juga memberi daging korban kepada mereka kerana ia sebahagian makanan. Selain itu, dikiaskan juga kepada keharusan memberi sedekah kepada orang kafir zimmi. Namun menurut mereka; yang harus diberikan ialah dari korban sunat sahaja. Adapun dari korban wajib (iaitu korban nazar), tidak harus diberi dagingnya melainkan kepada orang-orang fakir dari kaum muslimin sahaja (iaitu menyamai hukum zakat dan kaffarah sumpah).


Pandangan ulamak semasa; Syeikh Ibnu Usaimin (ulamak besar Arab Saudi) menegaskan; dibolehkan memberi daging korban kepada orang kafir dengan syarat bukan orang kafir yang memusuhi orang Islam. Dalilnya ialah firman Allah (bermaksud); “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kami dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu dari menjadikan mereka sebagai kawanku orang-orang (kafir) yang dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampong halamanmu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, mereka itulah orang yang zalim” (surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).[3]



Wallahu a’lam.


Rujukan;



1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 8/316.

2. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 9/450.

2. al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.

3. Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.


[1] Lihat; al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.

[2] Menurut Imam al-Laith; makruh memberi daging korban kepada orang bukan Islam, kecuali jika daging itu dimasak kemudian dijemput orang bukan Islam untuk menikmatinya bersama orang Islam, tidaklah makruh (al-Majmu’, 8/316).

[3] Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.



Kepala Ayah Putus Dalam Nahas


Kepala Ayah Putus Dalam Nahas






Dungun: “Ayah mengelak ke kiri jalan untuk menyelamatkan diri, namum kereta itu berpusing dan merempuhnya, “ kata Muhammad Keeri Mohd Nor, 19, menceritakan nahas yang mengorbankan ayahnya di kilometer 23, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah(AMBS), dekat Bukit Sejuk, disini, semalam.

Ayahnya, Mohd Nor Samat, 61 putus kepala dan tercampak 30 meter dari tempat kejadian dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada jam 6.30 petang itu.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yusof, 23 yang mengandung 8 bulan serta anak sulungnya Mohamad Amizi Azmi,1, manakala suaminya yang memandu Proton Iswara Aeroback, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudaranya yang hanya cedera ringan.

Tuesday, September 17, 2013

hukum Menghadiri Kenduri Kahwin Yang Ada Kemungkaran

hukum Menghadiri Kenduri Kahwin Yang Ada Kemungkaran

karaoke di kenduri kahwin
Menghadiri majlis walimatul ‘urus adalah wajib di dalam Mazhab Syafie. Ini berdasarkan hadis sahih:
“Apabila kamu dijemput ke kenduri perkahwinan, maka hendaklah kamu menghadiri”
Namun kewajipan ini dikecualikan jika terdapat kemungkaran. Ini disebutkan di dalam Minhaju tolibin:
“Dan diantara syarat wajibnya hadir ke majlis walimah adalah tidak ada perkara kemungkaran. Maka sekiranya kemungkaran akan hilang dengan sebab kehadirannya maka hendaklah dia hadir. Diantara kemungkaran adalah hamparan sutera, gambar atau patung haiwan”(Rujuk:Minhaju tolibin bersama syarahnya Mughni al Muhtaj 3\314)
Gugur Hukum Wajib Menghadiri Walimah Apabila:
- Jika majlis kenduri hanya khusus untuk orang kaya sahaja
- Majlis mempamerkan atau mendedahkan gambar bernyawa
- Bercampur pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
- Jika majlis kenduri itu terdapat arak
- Ada tari menari
- Menggunakan set makanan dan minuman yang diperbuat emas dan perak
- Diselitkan majlis hiburan yang melanggar batasan syarak

Subhanallah! Pendeta Yahudi Peluk Islam Melalui Internet


Subhanallah! Pendeta Yahudi Peluk Islam Melalui Internet




Seorang pendeta yahudi bernama Joseph Chohien telah mengemparkan masyarakat yahudi Israel bila beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam. Kini nama barunya ialah Yusof Muhammad Khattab.

Lebih menggemparkan ialah beliau turut membawa beberapa ahli keluarganya yang lain termasuk isteri dan anak-anaknya berhijrah meninggalkan agama yahudi dengan memeluk Islam.

Sejarah keislaman beliau bermula dari saat beliau berkenalan dgn seorg daie dari Kuwait melalui internet….yg banyak memberikannya kesedaran dan pendedahan akan hakikat Islam. Hampir 2 tahun lamanya mereka berhubung hinggalah akhirnya beliau diperkenalkan pula dengan seorang Daie lagi di al-Quds, Palestin.

Dari situlah akhirnya Allah swt menguatkan serta membuka pintu hati beliau untuk menuturkan kalimah Syahadah hingga akhirnya isteri dan anak-anaknya juga turut sama mendapat hidayah Allah swt dengan memeluk Islam.

Di peringkat awal keislamannya beliau telah menempuh berbagai kesusahan dan tekanan termasuk dari 2 orang tuanya yang masih beragama yahudi.


Antara yang turut memberikan tekanan dan gangguan hebat ialah pihak Kementerian Dalam Negeri Israel sendiri dan persatuan ’Syaas’ yang pernah dianggotainya sebelum ini, di mana beliau telah dituduh konon ditimpa penyakit gila, gangguan fikiran dan sebagainya. Di samping itu pula banyak hak-hak beliau sebagai rakyat Israel dinafikan oleh rejim Israel yang sangat menguji keimanannya yang baru memeluk agama Islam.

Setelah puas menempuh pelbagai rintangan dan tekanan akhirnya beliau berjaya juga melepasi kesemua halangan tersebut dan berjaya pula mendapatkan pengiktirafan serta hak-haknya sebagai warganegara yang telah dinafikan sebelum ini.

Kini Yusof mula bergiat cergas dalam amal-amal dakwah dan kebajikan di sekitar kota al-Quds bersama-sama rakan arab yang lain.




Sila lihat video di bawah:

Monday, September 2, 2013

Sticker Kalimah Syahadah Bercahaya di Kereta

Monday, August 26, 2013

Gambar-gambar Bas Jatuh Gaung di Genting Highlands



Gambar-gambar Bas Jatuh Gaung di Genting Highlands

nahas genting highland
Koleksi gambar kemalangan bas di Genting Highlands 21 Ogos 2013 Lebuhraya Karak
Genting Highlands: Susulan dari kejadian bas jatuh gaung di Genting Highlands sehingga kini maklumat yang diperolehi seramai 37 orang dilaporkan mati dan 16 orang cedera.
Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki dan manakalah 13 lagi adalah wanita.
Nahas bas berlaku pada pukul 2.22 petang apabila bas yang berulang-alik dari Kuala Lumpur-Genting terhubang ke dalam gaung.
kemalangan di genting highlands
Kejadian yang berlaku di kilometer 3.6 Lebuhraya Karak-Genting itu merupakan satu kejadian yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia . Genting Highlands adalah salah satu pusat perlancongan dan hiburan yang terkenal di negara ini. Sudah pasti kejadian ini dapat memberikan kesan kepada industri perlancongan di Genting Highlands.
kemalangan bas di genting highlands
Berikut adalah beberapa keping gambar nahas bas jatuh gaung di Genting.
jatuh gaung di genting highlands

gambar kemalangan di genting

bas jatuh gaung di genting

accident di genting highlands

Pekerja Kaunter Tiket Punca Nahas Bas Genting?


Pekerja Kaunter Tiket Punca Nahas Bas Genting?





KUALA LUMPUR – Salah seorang pekerja kaunter tiket didakwa telah mengarahkan pemandu bas yang terlibat dalam nahas ngeri di Genting Highland baru-baru ini meneruskan perjalanan ke Hentian Bas di sini walaupun mengetahui terdapat kerosakan pada bahagian brek.

Bekas pemandu bas syarikat tersebut, Phoon Yun Fatt, 56 tahun berkata, insiden kemalangan sebegini tidak sewajarnya menjadi tanggungjawab pemandu bas semata-mata kerana kebiasaannya pekerja di kaunter tiket tetap menerima penumpang walaupun telah diberitahu mengenai kerosakan bas.


“Saya dulu kerja di sana, kaunter tiket salah kerana tetap terima penumpang lagi dan arah bertolak walaupun tahu bas rosak.

“Punca nahas dipercayai berpunca dari saluran brek angin bas tersebut telah mengalami kebocoran dan sepatutnya bas tersebut diselenggara dan tidak diarahkan untuk bergerak,” katanya kepada Rakyatnews di Hentian Bas Pekeliling di sini, hari ini.

Sementara itu, pekerja kaunter tiket bagi syarikat bas Genting, Hamidah, 46 berkata, pemandu bas itu dilaporkan baru sahaja berkhidmat selama 2 bulan.

Beliau juga pernah menerima aduan dari para penumpang mengenai sikap pemandu tersebut yang gemar memandu dalam keadaan laju.


“Dia baru 2 bulan berkhidmat untuk syarikat dan tidak menunjukkan sebarang sikap yang teruk sepanjang 2 bulan berkhidmat.

“Tapi kita ada terima aduan dari penumpang yang dia memang suka bawa bas dengan laju mungkin kerana sebelum ini beliau memandu bas ekspress,” katanya.


Bagi seorang pemandu bas Shuttle, Mohd Zuhri berpendapat, syarikat bas terbabit sepatutnya kerap membuat pemeriksaan terhadap bas bagi mengatasi masalah yang mungkin berlaku memandangkan bas tersebut sering melakukan perjalanan jauh.

Ditanya berhubung faktor jalan raya di Genting Highland menjadi punca nahas ngeri itu, Zuhri merasakan pemandu bas perlu bersikap lebih berhati-hati kerana mengetahui jalan berselekoh di situ memang mengundang bahaya jika pemandu tidak fokus dalam pemanduan.

“Bas ni perlu kerap dilakukan pemeriksaan bagi mengesan sebarang kegagalan mekanikal kerana bas tersebut melakukan perjalanan jauh, naik dan turun bukit.

“Jalan di sana memang bahaya memandangkan banyak selekoh tetapi pemandu bas sepatutnya perlu lebih berhati-hati dan tidak memandu secara melulu walaupun perlu mengejar jadual perjalanan,” ujarnya.

Pada Rabu lalu. sebuah bas yang membawa 53 penumpang dari Pusat Peranginan Genting Highland terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di KM 3.5 Jalan Genting Highland-Kuala Lumpur mengakibatkan 37 orang termasuk pemandu maut dan 16 orang cedera parah.

Bangkai bas tersebut telah dibawa naik jumaat lalu dan pemeriksaan oleh beberapa agensi keselamatan dan penguatkuasaan antaranya Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia(PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(PUSPAKOM), Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Jabatan Kimia Malaysia di lokasi nahas.

Sumber: rakyatnews.my

Live Streaming Manchested United VS Chelsea ( 27/08/2013)

Live Streaming Manchested United VS Chelsea ( 27/08/2013)

1157692_398296573605221_1313491309_n

Perlawanan yang dinantikan bagi peminat EPL. Perlawanan yang dijangkan hebat dengan pasukan gergasi Eropah Chelsea dan Manchester United.Pada jam 03.00am waktu tempatan.
Berikut adalah link “live streaming” tontonan secara online perlawanan ini:
═══════════════════════════════════
#EPL SELECTED MATCHES
═══════════════════════════════════
❒ Match : MAN. UNITED vs CHELSEA
❒ Link :
http://tinyurl.com/SPLS-link0182
http://tinyurl.com/SPLS-link0183
http://tinyurl.com/SPLS-link0184
═══════════════════════════════════
#BBVA SELECTED MATCHES
═══════════════════════════════════
❒ Match : GRANADA vs REAL MADRID
❒ Kick Off : 03.00a.m
❒ Channel : LIVE 813
❒ Link :
http://tinyurl.com/SPLS-link0185
http://tinyurl.com/SPLS-link0186
http://tinyurl.com/SPLS-link0187
═══════════════════════════════════

Wednesday, August 21, 2013

Cara Meninggalkan Maksiat


Cara Meninggalkan Maksiat

APAKAH MAKSIAT DAN BAGAIMANA HENDAK MENINGGALKAN MAKSIAT?

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.


Semua anggota akan menjadi saksi di atas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.

1)Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3)Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6)Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.


Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - - "Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi


Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi

Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

Wallahualam

Aurat Wanita


Aurat Wanita

Firman Allah dalam surah an-Nur (bermaksud);“Dan janganlah mereka (yakni perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”. (an-Nur, ayat 31).

Di dalam ayat di atas, Allah melarang wanita-wanita beriman mendedahkan perhiasan dalaman mereka kepada kaum lelaki kecuali beberapa orang berikut;

Suami
Bapa kandung
Bapa mertua
Anak lelaki kandung
Anak lelaki tiri
Saudara kandung
Anak-anak saudara
Sama-sama wanita
Di hadapan hamba-hamba mereka
Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.
Perhiasan pada badan wanita ada dua jenis;

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan badan yang harus didedahkan iaitu muka dan tangan (seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan) kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas. Jika perhiasan sudah tidak harus diperlihatkan, apatahlagi hendak memperlihatkan tempat beradanya perhiasan itu iaitu tubuh itu sendiri, sudah tentu lebih diharamkan. Jadi, ayat di atas sekaligus difahami darinya kewajipan wanita beriman menutup aurat mereka (iaitu seluruh badan kecuali muka dan tangan) dari dilihat oleh kaum lelaki kecuali beberapa orang yang disebut dalam ayat di atas.

Salah seorang yang dikecuali dalam ayat di atas ialah “Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”, iaitu kanak-kanak yang belum memahami hal-ehwal wanita dan aurat wanita dan belum nampak pada mereka keinginan seks kerana umur yang masih kecil. (Lihat; Tafsir al-Munir (Dr. Wahbah az-Zuhaili), surah an-Nur, ayat 31). Jadi, kanak-kanak ada dua jenis;

1. Kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan belum ada keinginan kepada wanita. Kanak-kanak dalam kategori ini harus membuka aurat di hadapan mereka sebagaimana di hadapan mahram.

2. Kanak-kanak yang telah mengerti tentang aurat wanita. Kanak-kanak dalam kategori ini tidak harus wanita Islam membuka aurat di hadapan mereka iaitu sama seperti di hadapan lelaki ajnabi dewasa.

Dari sudut umur, umur mereka (yakni kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita) ialah sebelum mencapai umur murahiq iaitu lingkungan umur hampir baligh. (Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani). Menurut Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam tafsirnya al-Wasit; “Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun”. Jadi, kanak-kanak yang telah berusia 10 tahun ke atas, tidak harus lagi didedahkan aurat di hadapannya. Menurut Dr. Abdullah Syahatah dalam kitabnya “Tafsir Surah an-Nur”; paling jauh ialah yang berusia 12 tahun kerana menurut beliau; kanak-kanak yang telah melepasi 12 tahun telah mula bangkit dalam dirinya perasaan terhadap wanita walaupun mereka belum baligh (halaman 147). Berdasarkan pandangan ini, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas –sekalipun belum baligh- tidak harus didedahkan aurat di hadapannya.

Penentuan umur di atas tidaklah mutlak kerana keadaan manusia pada setiap zaman sentiasa berubah. Pada zaman hari ini melalui pengaruh televisyen dan media-media masa yang lain, pendedahan tentang seks (hubungan lelaki dan wanita) begitu berleluasa termasuk kepada kanak-kanak. Oleh itu, tidak mustahil kanak-kanak lelaki hari ini walaupun belum berusia 10 tahun sudah ada keinginan kepada wanita. Maka ukuran yang paling tepat bagi seorang wanita –untuk mengukur sama ada harus ia membuka auratnya di hadapan kanak-kanak atau menutupnya- ialah dengan ia melihat keadaan kanak-kanak di hadapannya, bukan dengan melihat umurnya semata-mata.

Wallahu a’lam.

10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T


10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

SUMBER: http://www.islamitusuci.com

Anda mungkin juga meminati:

Solat Selepas Haid - Perkara Yang Perlu Diketahui
Cara Meninggalkan Maksiat
Hukuman Berzina dengan Isteri Orang Dosa
Kisah Benar - Kami Tidak Berzina!

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More