Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Monday, July 15, 2013

DOA PERMUDAHKAN URUSAN

Golongan Wanita Yang Haram Dikahwini


Golongan Wanita Yang Haram Dikahwini



Gambar sekadar hiasan

GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
Sebab ada hubungan nasab dan keturunan.
Sebab penyusuan.
Sebab persemendaan.
Sebab Musrikah dan kafir



Larangan sebab Nasab dan Keturunan
Ibu , Nenek dan ke atas.
Anak perempuan dan ke bawah.
Adik beradik perempuan seibu sebapa.
Adik beradik perempuan sebapa.
Adik beradik perempuan seibu
Adik beradik perempuan kepada ibu (emak saudara sebelah ibu) dan ke atas.
Adik beradik perempuan kepada bapa (emak saudara sebelah bapa) dan ke atas
Anak perempuan daripada adik beradik perempuan seibu sebapa dan ke bawah.
Anak perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
Anak perempuan daripada adik beradik sebapa.



Larangan Sebab Penyusuan

Kanak-kanak lelaki yang menyusu kepada seorang perempuan sebanyak lima kali atau lebih sedangkan umurnya kurang daripada 2 tahun
lbu susu dan ke atas.
Adik beradik perempuan sesusu dan ke bawah.
Emak saudara kepada ibu susuan dan ke atas.
Bekas isteri anak lelaki sesusuan.



Larangan Sebab Persemendaan

Emak mertua dan ke atas.
Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah bersetubuh dengan emaknya.
Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.
Isteri bapa (nenek) dan ke atas.



Larangan Sebab Permaduan (hanya sementara)
Adik beradik perempuan kepada isteri, iaitu haram dimadukan dua beradik dalam satu masa.
Mengumpulkan anak saudara dengan emak saudara dalam satu masa, iaitu adik beradik perempuan kepada bapasamada yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.
Isteri juga haram dimadukan dengan adik beradik perempuan kepaada ibunya baik adik beradik emaknya yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.



Larangan Sebab kafir
Wanita bukan Islam, kecuali Ahli Kitab, iaitu mereka beragama dan Nasrani yang asli. dan mereka beriltizam dengan agama serta kitab mereka yang asli.
Perempuan ditegah sama sekali berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam, walau pun Ahli Kitab yang asli.



Larangan Sebab lsteri Orang

Perempuan yang masih menjadi isteri orang.



Larangan Sebab ‘Iddah

Perempuan yang bercerai dengan suaminya atau kematian suaminya dan masih dalam ‘iddah

Wednesday, July 10, 2013

Sahur Ketika Azan Subuh..Fahami Waktu Imsak - Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, July 9, 2013

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN


CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN


Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).


2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Monday, July 8, 2013

7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut! |



7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut! |

 Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”




Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.

Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,

berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.



Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.

Friday, July 5, 2013

Presiden Mesir- Mohamed Morsi Digulingkan


Presiden Mesir- Mohamed Morsi Digulingkan


PRESIDEN MESIR MOHAMED MORSI DIGULINGKAN, JAWATAN PRESIDEN DIPEGANG OLEH KETUA HAKIM MAHKAMAH TINGGI, MENTERI PERTAHANAN (KETUA TENTERA) PENGKHIANAT BESAR.

Bangun seawal pagi.. Ku lihat siaran Al-jazeera misr sudah berubah wajah.. semalam saluran TV ini menyiarkan gambaran seluruh mesir, terbanyak adalah suasana setiap negeri yang mana kedapatan himpunan berjuta-juta bahkan puluhan juta mungkin diseluruh negara, menyokong dan mendokong pimpinan Presiden mursi. penentang morsi hanya kelihatan di dataran tahrir dan istana ittihadiyah, hanya sekitar 2 juta orang.

Tetapi baru sebentar tadi, Al-jazeera misr juga sudah tidak berani mengeluarkan gambaran dan liputan seperti sebelum ini (kerana Morsi sudah jatuh). liputan di fokus ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah. kalau Al-jazeera mesir masih berani beri liputan kepada pihak penyokong mursi di seluruh negara, pasti mereka juga mendapat padah seperti beberapa stensen TV lain.

Stesen Misr25 telah di tutup oleh junta tentera mesir. dan beberapa stesen lain. stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin “Misr25″ Salafi, “Rahmah” dan “An-Nas” ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi. Stesen TV ini ditutup sejurus selesai ucapan ketua tentera di media (menteri pertahanan mesir yang dilantik mursi/pengkhianat).

Berita dari ikhwan, menyebut, timbalan menteri KDN mesir, merangkap ketua polis kaherah, telah ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah bersama gerombolan polis, untuk memberi air mineral dan jus kepada puak tamarrud/golongan mubarak. sedangkan di himpunan masjid rabaah (penyokong mursi) dikepung tentera, dan amaran tembakan ke udara diberikan untuk menakut-nakutkan penyokong presiden mursi.

Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi (tentera) adalah menteri pertahanan yang dilantik Presiden mesir Mohamed Morsi, menggantikan tontowi yang dipecat (kemudian diangkat menjadi penasihat presiden).


Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi:

1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

Ini bermakna, mursi digulingkan, kuasa presiden diberi kepada ketua hakim. umum ketahui, didalam badan kerajaan, jawatan-jawatan tinggi masih dikuasai oleh puak mubarak. sudah pasti perancangan jahat dan licik ini disusun rapi, demi memastikan mesir diperintah oleh jenama Mubarak. mubarak berpotensi bebas, sekali dengan sekutu-sekutunya.

Perancangan ini disusun oleh amerika syarikat dan barat, serta beberapa negara arab, untuk memastikan rejim mubarak/sekutu Bashar kembali berkuasa.

Berdasarkan kepada 3 perkara penting disebut oleh menteri pertahanan/ketua tentera di atas, perlembagaan yang baru diluluskan pasti terbatal, maka perlembagaan mubarak kembali berkuasa, presiden rakyat tidak diiktiraf maka presiden rejim mubarak/sekutu Bashar diangkat semula dan kuku besi wajib rakyat terima, dekri rakyat dibatalkan dan dekri jenama mubarak akan bertahta semula.. semuanya ini Jalan hendak mematikan pergerakan islam, dan mengangkat semula pentadbiran menjahanamkan islam/rejim mubarak.. Betapa berjayanya kerja-kerja amerika dan barat serta pihak yahudi untuk menjahanamkan pendokong islam.


Dr. Morsi, Presiden Republik Arab Mesir mengesahkan bahawa apa yang diumumkan melalui Perintah Ketua Angkatan Tentera adalah suatu yang tidak boleh diterima dan merupakan suatu rampasan kuasa tentera yang ditolak secara total bagi sebuah negara yang bebas dan bagi yang berjuang untuk menjadikan Mesir sebuah negara sivil demokratik.

Presiden Dr. Morsi yang merupakan Presiden Republik Arab Mesir dan juga Komander Tertinggi Angkatan Tentera, menegaskan bagi tentera dan rakyat awam supaya mematuhi perlembagaan dan undang-undang dan menolak rampasan kuasa yang membawa Mesir kembali kepada kemunduran dan mengekalkan keamanan dan mengelakkan pertumpahan darah.

Dan bagi semua mestilah memelihara tanggungjawab mereka di hadapan Allah, bangsa dan sejarah.

Sementara Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara:

1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.

2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.

3) Pengkhianatan terbesar.

Malam ini (waktu mesir), terbuktilah hakikat sebenar taktik golongan sekular extrem sekutu bashar di mesir. taktik ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh Abdul Fatah As-Sisi dan pakatannya.

Sumber Keselamatan: Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.

Antara mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)

DIHARAPKAN MORSI DAN BARISANNYA DAPAT BERTAHAN DAN DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH UNTUK MENCABAR SERTA BERTARUNG MENJAHANAMKAN KERJA JAHAT PENENTANG ISLAM DARI JUTA TENTERA SERTA PENGKHIANAT ISLAM DARI GOLONGAN TAMARRUD, BARADAE, AHMAN SYAFIQ, HAMDEN SOBAHI, AMR MUSA DARI GOLONGAN SEKUTU BASHAR, AMERIKA, BARAT DAN YAHUDI..

cara mudah mengkhatam Alquran dibulan Ramadhan nanti:



Assalammualaikum,   just nak berkongsi cara mudah mengkhatam Alquran dibulan Ramadhan nanti:

Alquran itu trdiri dri hmpir 600 mukasurat kalau dibagi dlm 30hri mnjdi 20 mukasurat setiap hari

Mmang kalau dilihat mcm susah tp kalau dibagi dlm tiap sholat fardu akan jadi mudah . Ini ertinya , baca tiap habis sholat 4 mukasurat. Kalau bgini kita akan dapat mengkhatamkannya diakhir bulan ramadhan

Bayangkan setiap orang baca pesan ini dan mengkhatam Alquran. Bayangkan pahala yg  bakal kamu raih nanti.

Ketika anda ingin menyebarkan pesan ini, setanpun mencegahnya.
Setan cakap tak usah SEBARKAN, tak penting, BUANG-BUANG MASA saja'j

Tolong Sebarkan, seikhlasnya.. :) Amin...

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jika di teguk akan memberi kesakitan pada hati.

Kelebihan Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat


Kelebihan Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat



Soalan:
Ustaz, apakah kelebihan orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat ?

Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus :

Kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat memang diakui kerana ada diceritakan dalam hadith-hadith sahih bahawa orang yang meninggal pada hari Jumaat akan diamankan daripada fitnah kubur. Ada pendapat ulama yang menjelaskan bahawa roh si mati akan diringankan daripada seksa kubur. Mereka diseksa di dalam kubur, tetapi seksaannya diringankan oleh kerana keberkatan meninggal dunia pada hari Jumaat. Sekalipun orang yang mati pada hari Jumaat itu adalah orang fasiq seperti mana yang diceritakan oleh Imam Nawawi dengan syarat orang itu adalah orang yang beriman dia akan diringankan dari seksaan kubur.

Tuesday, July 2, 2013

Khasiat berwuduk sebelum tidur


Khasiat berwuduk sebelum tidur

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.

Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.

Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.

Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Khasiat berwuduk sebelum tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur


Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur 



Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”

Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?” Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”

Bagaimana Menjadi Isteri Yang Baik Di Mata Suami?



Bagaimana Menjadi Isteri Yang Baik Di Mata Suami?

Adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik? Adakah perkahwinan anda melalui ranjau yang berliku dan anda sedang mencari maklumat tentang bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik?

Bagaimana anda boleh menjadi seorang isteri yang lebih baik kepada suami anda?
Anda mungkin merasakan seolah-olah perkahwinan anda akan melalui pelbagai masalah. Masalah tersebut mungkin boleh dihadapi dengan tenang jika anda seorang isteri yang lebih baik.

Sudah tentu, suami anda juga perlu berubah menjadi seorang suami yang baik juga, tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu meletakkan perkahwinan anda kembali di landasan yang betul dengan menjadi seorang isteri yang lebih baik.

Teruskan membaca untuk beberapa tips mengenai apa yang anda boleh lakukan.


Bertimbang rasa dan hormati suami anda
Salah satu cara untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik adalah dengan sentiasa bertimbang rasa dan menghormati suami anda. Suami anda tetap seorang lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri dan dia mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri dan nafsunya.

Anda haruslah sentiasa bijak dalam situasi tersebut. Jika apa yang anda lakukan adalah sentiasa mengomel dan meleterinya , lebih cepat dia akan berasa benci terhadap anda.

Biarkan suami anda buat apa sahaja yang dia perlu lakukan selagi ianya tidak membawa masalah kepada perkahwinan anda. Dia pasti akan gembira dengan anda kerana sentiasa menghormatinya.

 
Memaafkannya dan terus lupakan kesalahan tersebut

Jika berlaku sebarang perselisahan faham atau masalah, segeralah mencari penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah tersebut terus berlarutan.
 
Bila penyelesaian sudah ditemui, terus lupakan sahaja masalah tersebut. Jangan sekali-kali cuba untuk mengungkit masalah itu kembali di masa hadapan. Sangat bahaya!


Jangan melampau-lampau bila berlaku perselisihan faham

Setiap pasangan pasti tidak lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walau bagaimanapun, apabila ia berlaku, berhati-hati dan jangan melampaui batas seperti memukul, meludah, memanggil dia dengan namanya atau menyebut tentang cerai.

Jangan sekali-kali!

Hanya mengatakan apa yang terlintas di fikiran anda dalam tutur kata yang paling bijaksana dan berhemah. Cuba untuk kekal tenang sedaya mungkin dan bertolak-ansurlah dengan suami anda.

Sebolehnya jangan membawa api kemarahan anda sehingga ke bilik tidur. Selesaikannya secepat mungkin dan kemudian terus lupakan pertelingkahan tersebut.



Ungkapkan kata cinta kepadanya

Anda perlu memberitahu suami anda bahawa anda selalu menyayangi dan mencintai dia. Semua orang inginkan diri mereka dihargai dan sentiasa berasa diperlukan.

Amalkan amalan ini sekerap mungkin misalnya ketika suami anda bertolak untuk pergi kerja di pagi hari dan ketika kepulangannya serta sebelum tidur di malam hari. InsyaAllah hari-hari anda pasti akan lebih bahagia di sisi suami.



Sentiasa membuat aktiviti bersama-sama

Ingatlah bahawa perkahwinan melibatkan dua insan yang akan hidup bersama dan melayari bahtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Jadi, teramatlah penting untuk pasangan sentiasa memahami dan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

Lakukan perkara-perkara indah bersama-sama termasuklah juga ketika ingin melakukan sebarang aktiviti di rumah seperti cuci rumah, memasak dan sebagainya. Selain dapat meningkatkan jalinan mesra antara pasangan, sebarang kerja juga akan cepat untuk diselesaikan bila dilakukan bersama-sama.

Lakukan juga hobi anda bersama-sama suami. Pasti seronok!

Tips Memilih Bakal Suami


Tips Memilih Bakal Suami


Cita-cita PERKAHWINAN dalam Islam, cita-cita yang mahal, cita-cita yang murni, cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang, cita-cita Islam dan umat Islam masa depan.
Bagi orang bertaqwa itulah hiburan, itulah kepuasan, itulah kebahagiaan..

Wanita berhak memilih bakal suami. Di antara kriteria yang perlu diberi perhatian oleh wanita semasa memilih bakal suami:

- Menghayati agama
– Memiliki akhlak mulia
– Mampu memimpin keluarga
– Suami yang kufu (setaraf)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya :

Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar.

[Riwayat al-Tirmizi]

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More