Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Wednesday, February 20, 2013

Amah dera bayi dipenjara 20 tahun


KUANTAN – Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, hari ini.

Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.

Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata ‘Saya takut’.


Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.


“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.

Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh.

“Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya,” katanya.

Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan.

Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama.

3 SYARAT BINA KELUARGA BAHAGIA




INSTITUSI kekeluargaan menjadikan kehidupan manusia sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahli keluarga, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam semua perkara membabitkan ahli keluarga.
Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain.


Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga bertanggungjawab serta sarat kasih sayang.

Rumah tangga yang pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin, maka tidak akan mencapai objektif perkahwinan dan berkeluarga seperti mana dituntut agama.

Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju ke akhirat.

Tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Melalui perkahwinan manusia akan hidup dalam mawaddah, musyawarah dan amanah. Lumrah berpasangan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah dan bertolak ansur sesama insan.

Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, juga keperluan jiwa dan nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi pasangan bagi berkongsi susah dan senang.

Mawaddah berasaskan nafsu serakah semata-mata akan menghilangkan rahmah dalam kehidupan berumah tangga sehingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain.

Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, justeru cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi, menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak lagi diterapkan dalam rumah tangga.

Amanah menjadikan pasangan suami isteri lebih bertakwa kepada Allah kerana ia memberi ‘sesuatu’ kepada suami dan isteri supaya bertanggungjawab terhadap pemberian itu. Ia sekali gus menjadikan mereka amanah dan amanah menjadikan mereka bertakwa.

Bagaimanapun, perkahwinan menjadi kehidupan sukar buat setiap pasangan yang tidak mampu mencapai objektif perkahwinan dalam Islam. Rumah tangga yang tidak mampu ditegakkan dengan mawaddah, musyawarah dan amanah akan mudah ranap dan runtuh.

Memang benar perceraian paling dibenci Allah, tetapi tidak bermakna suami isteri harus terus membiarkan diri mereka tenat di bawah runtuhan rumah tangga.

Jika perkahwinan menjadi penyebab manusia semakin galak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Allah, sudah tentu perkahwinan itu perlu dijauhi.

Sebab itulah walaupun hukum asal perkahwinan itu sunat kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW, ulama menetapkan hukum perkahwinan berbeza mengikut situasi individu.

Malah, perkahwinan diharamkan jika suami tidak mampu membina mawaddah, musyawarah dan amanah, seperti menzalimi isteri serta tidak memberi nafkah zahir dan batin.

Justeru, tiada rasionalnya untuk meneruskan sebuah perkahwinan jika ia menjadikan manusia semakin jauh daripada kasih sayang Allah. Suami atau isteri yang tiada mawaddah, musyawarah dan amanah menjadikan pasangannya tidak taat, setia, sekali gus merosakkan rumah tangga dibina.

Malah ia berkemungkinan mengakibatkan berlakunya perbuatan lain yang membuatkan mereka semakin ingkar terhadap peraturan Allah. Perceraian bukanlah keseronokan, ia bukan juga penentu sebuah kehidupan baru yang akan dibina akan lebih baik dari sebelumnya, tetapi ia adalah jalan keluar dari kesukaran

BERKATILAH UMUR DENGAN 4 PERKARA




Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim).

Dengan ini, empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai “the way of life”.

Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.

Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

Sabda Rasulullah ini adalah satu penghargaan besar kepada golongan kurang berkemampuan yang masih bersemangat menghulurkan sedaya upayanya memberikan sedekah kepada orang lain. Inilah keindahan dalam Islam kerana sikap saling membantu dititikberatkan dalam membina masyarakat.

Melalui budaya bersedekah itu akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling membantu melalui pemberian sedekah.

Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada da’ie atau pendakwah saja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah.

Atas sebab pentingnya aspek ini, Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata beliau: “Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini.”

Jadi, apa saja kesempatan hidup seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.

Seterusnya, aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati.

Sesungguhnya persoalan mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.

Allah mengingatkan kita yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya.

Perkara keempat memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat.

Justeru itu marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.

Penulis ialah Pelajar Tahun 3, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia

By: Tuan Zairah Tuan Mat

Ikuti kisah Mohamed Pierre Andre : Promo Soal Wanita (Eps 41 : Musim 1)



Ikuti kisah Mohamed Pierre Andre yang telah berhijrah ke arah kehidupan yang lebih Islamik dan lebih berpegang kepada ajaran Islam yang syumul. Beliau kini meneruskan usaha dakwah seni dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat di Negara ini. Semuanya dalam Soal Wanita, Sabtu, jam 12.00tengah hari hanya di TVAlhijrah.

Tujuan Terapi Keranda Wujud Di China?

Di Shenyang, China, terdapat satu terapi yang dipanggil terapi keranda untuk mengubati masalah hidup yang dialami atau pun tekanan yang tidak mampu ditanggung.

Ini dapat mengurangkan kadar bunuh diri di China yang tinggi kerana apabila mereka sudah merasai sedikit pengalaman selepas mati, mereka akan berasa takut dan bunuh diri bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Sekiranya masyarakat China ingin merasi bagaimana kehidupan selepas mati atau pun mahu merasa bagaimana kehilangan seseorang itu, dia akan menggunakan terapi keranda sebagai mengatasi perasaan itu.





Terapi keranda itu dilakukan dalam sebuah bilik kecil yang hanya berukuran 10 meter sahaja.

Tidak ada apa-apa perkakas lain selain hanya keranda sahaja di dalam bilik itu.

Klinik terapi keranda itu dibuka sejak tahun 2009 lagi dan dikenakan bayaran sebanyak 2,000 Yuan kepada pesakit.

Sewaktu terapi itu dijalankan, pesakit akan diminta baring ke dalam keranda dan akan ditutup dengan kain.

Kemudian, keranda itu ditutup supaya pesakit terbaring seperti orang mati.

Saudara-mara pesakit yang hadir untuk menemaninya akan membaca surat atau pun kata-kata terakhir kepada ‘si mati’ sebagai hubungan terakhir dengan si mati sebelum dikebumikan.

Malah, ‘si mati’ juga akan diminta untuk menulis surat luahan hati yang dirasai supaya ahli keluarga mengerti perasaannya yang terpaksa meninggalkan orang tersayang.

Ada pesakit-pesakit yang mendapatkan khidmat terapi itu merasa sedih dan sebak sewaktu mendengar surat kepadanya dibacakan.

Apabila mereka berasa sedih, mereka sudah mulai sedar pentingnya untuk menghargai hidup dan akan lebih menyayangi ahli keluarga yang ada.











Tuesday, February 19, 2013

GAMBAR PERKAHWINAN HANA TAJIMA! SIMPLE YG PENTING TUTUP AURAT


GAMBAR PERNIKAHAN DAN PERSANDINGAN HANA TAJIMA | Mesti korang tertanya-tanya apa yang dipakai Hana Tajima semasa majlis perkahwinan kan. Hana Tajima hanya mengenakan pakaian simple dengan baju kurung ungu dan tudung ungu yang sedikit cair.

Antara carian imej Hana Tajima di Google, yang paling mendapat rating tertinggi ialah Hana Tajima Wedding (Perkahwinan Hana Tajima).

Namun tak dapat pastikan kesahihan tentang perkara ini, kerana hanya sebilangan kecil gambar Hana Tajima yang muncul di ruangan carian imej dalam busana pengantin, seperti gambar-gambar yang perolehi dibawah.

Selain dari gambar-gambar ini, tiada gambar lain di Google Image.

Atau mungkin, Hana Tajima hanya mengenakan busana ini untuk tujuan photoshoot.

Apapun, bagi peminat Hana Tajima, gaya ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda semasa majlis perkahwinan nanti.

p/s: Tutuplah aurat di hari perkahwinan, labuhkan tudungmu, pilihlah pakaian pengantin yang tidak ketat dan jarang,  elakkan make up terlalu tebal ye..hee

Macam mana rumah tangga nak aman kalau 'hari istimewa ratu sehari' (hari perkahwinan) sudah mengundang kemurkaan Allah.. renung2kan kepada mereka yang bakal berkahwin..

Mulakan alam perkahwinan dengan penuh berkat dan redha Allah agar dikurniakan zuriat yang baik dan rumah tangga yang kekal bahagia hingga ke Syurga Allah.



Monday, February 18, 2013

Ayah Linda Onn Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi


Ayah Linda Onn Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi – Takziah diucapakan kepada penyampai radio, Linda Onn dan keluarga di atas pemergian ayahanda tersayang ke rahmatullah awal pagi tadi.

Ayah Linda Onn Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi


Begitulah kitaran hayat manusia, setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini jua, dari tanah kita datang, ke tanah jua lah kita kembali. Sudah tertulis oleh Allah S.W.T ajal akan menjemput Onn bin Chik awal pagi tadi maka berlakulah seperti apa yang dikehendaki Nya.


Al-Fatihah buat ayahanda Linda Onn. Didoakan roh arwahyarham tenang ketika menghadap Illahi serta roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb..

Teknologi: Kopi Boleh Mengecas Telefon Bimbit


Anda sering menghadapi masalah kehabisan bateri telefon bimbit ketika saat-saat genting?
kopi caj telefon

Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana secawan kopi panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan masalah anda yang sering kehabisan bateri telefon bimbit.

Sebuah syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan bateri telefon sentiasa penuh.

Ciptaan yang dikenali sebagai The Epiphany One Puck mempunyai dua bahagian berwarna merah untuk air panas dan biru bagi air sejuk.

Gajet tersebut menggunakan penjana yang dikenali sebagai Stirling untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik yang kemudiannya disambungkan kepada telefon bimbit melalui kabel USB

Buat masa ini, firma Epiphany Labs masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber.

Pegawai Epiphany Labs, Tim Joseph berkata, pihaknya masih mengumpul dana bagi merealisasikan projek tersebut untuk memasarkan gajet berkenaan secara besar-besaran.

“Idea menggunakan penjana Stirling bukan perkara baharu, tetapi tiada pihak yang berjaya menghasilkan gajet berguna yang dijual secara meluas di pasaran.

“The Epiphany One Puck dijangka mula dijual pada awal tahun depan dengan harga AS$114 (RM351) seunit,” katanya.

CERITA LAPAR, ROTI CANAI DAN ZAKAT





Bismillah. Saya telah memeluk Islam pada usia 16 tahun ( saya bagi tahu, sebab kawan-kawan baru mungkin tak tau ).

Ketika itu, selalunya saya memilih makan di luar kerana hendakkan makanan yang diyakini halal. Sekali-sekala saya beli makanan balik rumah, supaya boleh makan di rumah bersama mak. Tak mahu kelihatan ketara tidak makan di rumah. Jaga hati mak ayah.

Biasanya, selepas maghrib saya akan pergi tolong di kedai makan Pakcik Othman ( semoga diredhai ALlah, beliau sudah meninggal ) di Pekan Baling, Pokok Ketapang, upahnya ialah saya boleh makan malam secara percuma di situ. Kerja saya, ambil order makanan dan minum, hantar makanan dan lap meja. Maka selesailah masalah untuk mencari makanan yang halal pada waktu malam.

Antara kawan saya yang bekerja sekali ialah Tuan Hamim Syahril.

Ada satu ketika itu, saya kekurangan wang. Selepas solat di masjid, saya luangkan sedikit masa untuk berdoa seperti biasa. Ketika doa itu, saya rasa gelisah memikirkan nak makan apa. Sebab wang yang ada hanya cukup untuk makan roti canai sahaja. Perut sudah lapar. Sedangkan perlukan duit untuk urusan lain pula.

Maha Suci Allah, dalam ketika dok melayan perasaan selepas doa itu. Seorang pakcik mendekati saya dari belakang dan memegang bahu saya.

Beliau menyatakan hasrat untuk berikan zakat kepada saya. Saya agak terkejut dengan keadaan itu. Seolah-olah Allah mendengar isi hati saya. Di kala saya susah hati pasal makan, Allah gerakkan hati Pakcik itu untuk memberikan zakat kepada saya.

[ Saya rasa bersalah kerana lupa nama beliau. beliau bekerja di SK Tunku Putera kalau tak silap saya, mempunyai kedai makan di bangunan Tabung haji Baling. Beliau selalu bawa motor sahaja ke masjid. Jika ada kawan-kawan Baling yang ingat nama beliau, mohon beritahu saya ya. ]

Saya menerima zakat itu, berterima kasih kepada beliau dan sujud syukur kepada Allah. Ini adalah salah peristiwa yang membuatkan saya bertambah yakin kepada Allah swt dan ayat-ayat Allah seperti dalam ayat yang dikenali sebagai ‘Ayat seribu dinar’ oleh kebanyakan orang.

Tidaklah saya mendabik diri, mengaku bahawa saya seorang yang bertaqwa. Tetapi pengalaman itu, apabila dikaitkan dengan petikan ayat ini, sangat memberi kesan kepada diri saya. Saya percaya ada kawan-kawan yang pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama.

Sila kongsikan jika sesuai.

Thursday, February 14, 2013

Hukum Menyambut VALENTINE’S DAY!






Menyambut Valentine’s Day atau Hari Kekasih adalah terang dan jelas ianya HARAM dalam Islam.

Allah telah berfirman yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
-Surah Al-Isra’:32-

Mafhumnya Allah tidak mengharamkan zina itu semata-mata tapi mengharamkan semua perkara yang boleh membawa kepada zina di mana jatuhnya hukum HARAM.

Jelasnya, sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini menyebabkan banyaknya terjadi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bertentangan dengan syarak demi untuk menzahirkan rasa kasih sayang antara satu sama lain.

Jika ini berlaku, pastinya syaitan bersorak kerana berjaya memujuk hati pasangan kekasih yang dilamun cinta.




Rasulullah bersabda:
“Barang siapa meniru sesuatu (perlakuan) umat, mereka tergolong di kalangan mereka”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Satu lagi hadis berbunyi:
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak langkah mereka sebelum kamu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta. Sehingga kalau mereka memasuki lubang biawak kamu akan ikut sama.” Kata kami (sahabat): “Wahai Rasulullah! Mereka adakah Yahudi dan Nasrani?” Sabdanya: “Siapa lagi?”
(Riwayat Syaikhan. 40 hadith pilihan – siri kedua oleh Mohd. Yusof Abas. Cetakan kedua 1980. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.)

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 juga telah memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.




Di dalam hadis-hadis di atas dan fatwa yang dikeluarkan jelas suatu peringatan dari Nabi SAW serta larangan baginda supaya kita tidak mengikuti atau meniru sesuatu perlakuan umat atau kaum lain.

Saya pasti anda semua bersetuju bahawa Valentine’s Day ini sememangnya bukanlah suatu hari istimewa yang dianjurkan oleh Islam.

Malahan dengan jelas juga sambutan sebegini datangnya dari pengaruh barat.

Oleh itu, sedarlah wahai Umat Islam!

Agama Islam bukanlah agama yang rigid atau ekstreme tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik Umat Islam sebagai Umat Contoh.

Amin.

Friday, February 8, 2013

Kebaikan Mandi Songsang


Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. 

Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan


Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (IN SYA ALLAH)


Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum..
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi

Friday, February 1, 2013

LIANG LAHAD ALLAHYARHAMAH SITI HAJAR TERANG DAN WANGI SEMASA DIGALI!



Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir.
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434.
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.

Al Fatihah…

Kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang (mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidup)

1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..

2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk menyalahkan Doktor dsb. Ketika mana jenazah hendak disolatkan, Hujan rahmat turun seketika.

3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia xsempat nak dakwah banyak2 kat semua.
(hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan doa anak2 yang soleh)

Dan siti hajar minta disampaikan kepada kawan2… Yang dia minta maaf… Atas segala salah silapnya.. Tlg panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia? Maknya kata sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita.

(“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. 
Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik.
 Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya.
 Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)

Ibu beliau memohon maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub untuk membantu beliau pulih dari pembedahan.
Alhamdulillah sekarang tiub2 tersebut sudah dicabut, dan ibunya boleh membantu beliau menutup bahagian auratnya.
(apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)

“Tentang kaki yg patah, saya dah tengok x ray. Patah berlaku pada kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi.
Menurut doktor, pada usia muda spt hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah. Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah meringankan deritanya.”
(bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)

“Medium utama penjagaan/perawatan mck terhadap siti hajar ialah penggunaan air zam zam.
(“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)
‘Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. ” (ada tiga doa yang di terima Allah secara langsung iaitu doa orang teraniaya,doa orang yang bermusafir dan doa orang tua(ibu dan Bapa) terhadap anaknya)
mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti perkembangannya seperti telah mengenalinya…..Al-fatihah.BACA : KRONOLOGI PEMERGIAN SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR KE RAHMATULLAH

Kebaikan Menjilat Jari Selepas Selesai Makan!




Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan.


Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.

Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan.

Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu.

Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.

Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata, “Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”

Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.

Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.

Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari.Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.

Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More