Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Wednesday, January 16, 2013

Siapakah Wanita Pertama Masuk Syurga?


Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?

Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.

“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”

“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.

“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah

“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah

“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.

” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah

” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah

” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.

“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”

“Ya dengan Hasan dan Husain ”

“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”

“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.






Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.

“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.

Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.

Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”

“Di ladang” Jawab Muti’ah

“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.

“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.

“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.

“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.

“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.

“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”

Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.

Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?

Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.

Wallahu a’lam

Tuesday, January 15, 2013

Di Terimakah Taubat kita ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Habiskan pembacaan anda! Moga dapat dimanfaatkan bersama! InsyaALLAH.
Dosa itu memang lah meresahkan, tapi kadang kita boleh menghilangkan perasaan resah tersebut dengan apaaa?

Yeah, ofkos lah kita kena bartaubat. And most people nowadays TAUbuat instead of TAUBAT. Bila kita buat dosa, cepat-cepat lah nak bertaubat.
Semasa berada di alam roh, Allah dah tentukan 3 benda. Ajal, Rezki dan Jodoh. But that’s not mean that we don’t have to wait and see for people to come and get us (pasal jodoh), tapi kita kena berusaha sedaya upaya. Baca ni juga untuk tatapan umum, Tips Cari Jodoh Bagi Wanita. Untuk Lelaki, SINI. Sila-sila.

Dan kita telah berjanji kepada Allah akan mematuhi dan patuh atas perintah Allah semasa berada di alam roh.

Tapi bila kita keluar seja dari rahim ibu kita, lupa kita akan segala janji kita. Cuma diperingatkan dalam Quran, tak ingat ayat berapa (saya manusia, pelupa. Hak3!), “Dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.”
Kita berada di muka bumi ini untuk jadi khalifah (pemimpin), kalau bukan ke atas orang lain, pimpin diri sendiri juga dikira pemimpin.
“Setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab atas setiap pimpinan kamu.”
Kita diri sendiri ni memang ada pimpinan di bawah kita. Diri sendiri juga adalah di bawah pimpinan kita. So kalau kita tak berjaya nak pimpin diri sendiri, nescaya kelak Allah akan persoalkan pimpinan kita. Camne ko nak jawab? Allah! Terasa diri sendiri.

Syarat-syarat Taubat

Meninggalkan dosa yang dilakukan 


Contoh, Anda telah berzina (Naudzubillah) atau lagi senang menderhakai ibu bapa (terasa diri sendiri). Dan bila dah sedari kecil gaduh, kuang ajar ngan mak bapak, or berzina dah lama dah, memang susah untuk berhenti bukan. Bukan senang! Lebih-lebih lagi bila dah jadi cam rutin. Tapi, sebagai langkah awal, ni lah yang paling penting kene buat! Tinggalkan dosa! Sentiasa berazam!

Menyesali atas dosa yang dilakukan 

Pasal ni, manusia ni boleh berubah-ubah tingkat keimanan diorang. Kadang di atas iaitu highest peak bila berada bersama-sama dengan para sahabat yang soleh. Dan berada pada paras lebih bawah dari paras laut iaitu apabila bersahabat dengan yang tak suka dengan agama. Pengaruh rakan tu sungguh kuat ko tau! Ya, saya tau! Tapi bila pikirkan pasal, “Oh, dia kawan saya, saya mesti tak boleh sakitkan hati dia.” Pasal tu lah gejala sosial berlaku bukan sebab diri dia, tapi sebab KITA terperangkap dengan dunia ciptaan kita sendiri. Wait! Melalut semula. Bila kita sesali perbuatan kita, maka akan timbullah rasa insaf dalam hati.


Berazam tidak akan mengulanginya lagi 

Bila lepas kita buat dosa, lebih-lebih lagi dosa besar, kadang kita sangat kesal dengan perbuatan kita.“Oh tidak! Napa aku buat semua ni! Argh!” Sambil hentakkan kaki dan tumbuk dinding atau bantal dengan tangan, tekup muka guna bantal sambil teriak! “Arghhhh!” Time ni lah kita akan sedar betapa Bodohnya diri ini bila nafsu telah merasuki diri sendiri. Akal tak dapat nak bezakan mana baik dan mana buruk. Yeah! That’s it! Kita akan rasa kesal yang teramat sehingga cakap, “Sampai mati aku takkan buat lagi!”


Kalau buat dosa sesama manusia, minta maaf kat depa! 

Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tak mengasihi saudaranya sendiri. Eh, betulkan ayat ni kalau salah ek. Minta maaf, just a simple word, tapi bila dah minta maaf, memang kita kena maafkan la! Bukan nak minta bagai macam nak minta itu lah, ini lah. Nak minta hadiah la! You! Kalau dah orang minta maaf, maafkan je lah! Sedangkan Nabi SAW yang kena teruk dicaci dimaki dihina mampu memaafkan, kita takkan tak leh kot? Weh! Dah besar panjang, just be rasional okeh! Ni luahan hati sendiri. Sob2, sedih bila kenang semula kisah lalu sampai kitorang terabai. Sedih tau!Bila kita dah buat semua benda ni, dengan penuh keazaman, InsyaALLAH, kita akan diberkati oleh Allah, dan akan sentiasa sukses dalam hidup!
Tapi kan,sejauh mana kita nak ukur, adakah taubat seseorang itu diterima?

Tanda-tanda Allah Terima Taubat

Keadaan orang yang bertaubat menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Ni sudah semestinya, kalau nak berubah, mesti lah jadi baik. Tapi tertarik dengan status facebook
Teman Tapi Mesra (sila kunjungi blog beliau), Berubah kerana seseorang itu adalah salah satu jalan untuk berubah kerana Allah.

Perasaan takut akan sentiasa menyelubungi diri dan merasakan bahawa dia tidak selamat dari kemurkaan Allah walau sekelip mata.

“Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih dan bergembiralah dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu.”

Hatinya rasa luluh dan hancur kerana penyesalan serta ketakutan.

Kehancuran dan penyesalan dalam hatinya sukar untuk digambarkan. Dia hanya pasrah kepada Allah.
Ni adalah garis panduan bagaimana kita nak tahu sama ada kita ni dah diterima taubat oleh Allah atau cuma sekadar supaya, “Wah, tengok Syafiq(bukan nama sebenar) tu, dah berubah! Alhamdulillah.”Sehingga menimbulkan perasaan riak dan takbur serta ujub? Tidak! Itu kita buat sesuatu bukan kerana Allah. Niat yang salah. Betulkan niat anda! Yeah!
Dan garis panduan di atas dikupas oleh Dr. Yusof Qardhawi.

Dan kita? TERIMAKAH TAUBATKU?

Tepuk dada tanya iman. Diri sendiri yang tahu, sama ada kita ni betul-betul ikhlas nak berubah kerana Allah or just to show up? Wallahualam.Anas berkata: “Diceritakan kepadaku bahawa iblis menangis apabila turun ayat ini, “Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang mengampuni dosa selain Allah.”
Dan kita juga kenalah selalu Bertaubat dan Beristighfar, baca Astaghfirullah.




Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba telah melakukan satu dosa lalu ia berkata: “Ya Allah, aku melakukan satu dosa maka ampunilah aku.” Maka Allah berkata: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.” Kemudian setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata: “Ya Rabb, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.” Allah kemudian berkata: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hambaku.” Kemudian setelah beberapa ketika dia melakukan dosa lagi dan berkata: “Ya Allah, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.” Allah berfirman: Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku (sebanyak tiga kali) maka lakukanlah apa yang disukainya.”

Bukhari dan Musilm

Wallahua’lam.
Sebarkan.
“Sebarkan dariku walau sepotong ayat.”
Wassalam! 

Monday, January 14, 2013

Kisah Seorang Anak Paderi Memeluk Agama Islam!

anak-paderi



Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.

Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.

Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;

- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.


Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.



Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.

Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.

Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.



Seramai 20 Orang Yahudi Memeluk Islam Setiap Tahun



yahudi

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Isaac Ritter Profesor Pusat Pengajian Jerusalem menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 warga Yahudi Israel memeluk Islam setiap tahun.

“Semua Yahudi yang masuk Islam kebanyakan adalah wanita yang mengaku bahawa mereka masuk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Muslim,” kata Ritter.

Menurut sebuah hasil kajian yang diterbitkan oleh surat khabar “Yediot Ahronot”, agama Islam dan dakwah Islam telah mula menembusi barisan orang-orang Yahudi, di mana pendakwah Islam di wilayah pendudukan Israel berpenampilan ala Salafi, mendekati orang-orang Yahudi dan mengundang mereka agar masuk Islam dengan menggunakan bahasa Ibrani yang fasih, cara tersebut menyumbang kepada kejayaan misi dakwah mereka.

Surat khabar tersebut menunjukkan bahawa penerbitan dari dakwah Islam di kalangan orang Yahudi dipengaruhi oleh program-program Islam yang disiarkan oleh saluran satelit di Timur Tengah, Eropah, forum dan website.

Ritter sendiri menambah bahawa dakwah Islam terhadap orang Yahudi Israel dalam bahasa Ibrani adalah yang pertama seumpamanya selama lebih daripada 30 tahun.

Saturday, January 12, 2013

Nokia Lumia 620 bberharga RM799 Mula di jual di Malaysia 11 Jan

Nokia_Lumia_620_03

Pada 6 Disember 2012 yang lalu, Nokia telah mengumumkan Nokia Lumia 620 yang mana merupakan telefon pintar mampu milik dalam siri Lumia. Nokia Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk memasarkan model terbaru ini di Malaysia dan akan mula dijual bermula hari Jumaat ini (11 Januari 2013). Sebelum ini, Nokia Malaysia telah memasarkan Nokia Lumia 920 dan Nokia Lumia 820 pada Disember yang lepas.
nokia lumia 620 01



nokia lumia 620 fb umum



Ini adalah berdasarkan pengumuman terbaru di dalam laman Facebook rasmi
 Nokia Malaysia kira-kira 10 jam yang lalu. Nokia Lumia 620 di Malaysia
 akan dijual pada harga RM 799 dan boleh didapati di mana-mana premis Nokia.
Nokia Lumia 620 menggunakan sistem operasi Windows Phone 8dengan skrin 
bersaiz 3.8 inci.


Antara spesifikasi utama Nokia Lumia 620 ialah: 
  • Pemprosesan 1Ghz Dual-Core Qualcomm Snapdragon S4 
  • Skrin 3.8 inci dengan resolusi 480 x 800 piksel 
  • Kamera belakang 8Mp dan kamera hadapan VGA 
  • Memori bersaiz 512Mb 
  • Storan bersaiz 8Gb 
  • Berat : 127 gram 
  • microSD,WiFi, microUSB



Selain daripada itu, terdapat 3 pilihan warna yang ditawarkan oleh Nokia 
Malaysia iaitu kuning, hitam atau pun putih. Apa yang menarik tentang 
Nokia Lumia 620 ialah pelindung atau pelapik belakang Lumia 620 boleh 
ditukar ganti dengan 7 pilihan warna yang berbeza. Namun, tidak pasti 
sama ada ia perlu dibeli secara berasingan atau dibekalkan bersama.
 Kami merasakan ia perlu dibeli secara berasingan.


Cuma apa yang menjadi kerisauan kami adalah kemampuan Lumia 620 
menggunakan Windows Phone 8 dengan jumlah memori bersaiz 512Mb.
 Namun, dengan spesifikasi lain yang terdapat pada Lumia 620 dan
 harga yang ditawarkan, kami merasakan ia merupakan gajet mampu
 milik dan kompetetif dengan kehendak pasaran di Malaysia. 
Ada yang berminat?

Senarai Smartphone rebat RM200 yang ditawarkan dalam pakej komunikasi belia

Berhajat nak beli smartphone dengan rebat RM200?
Di sini ada senarai handphone Rebat mengikut syarikat telekomunikasi yang telah di sediakan.. Sekiranya anda masih belum mendaftar pekej komunikasi belia, bolehlah mendaftar DI SINI.. Cara memohonnya pula boleh lihat DI SINI...

Kemudian tunggu status pendaftaran daripada SKMM seperti ini " Tahniah, permohonan anda telah diterima. No rujukan permohonan anda ialah APP201311XXXXXXXX.

so lepas aku baca FAQ dia.. baru la aku tau..kena beli dekat pemberi perkhidmatan,uikk sape tu?
pemberi perkhidmatannya adalah seperti Celcom, Maxis, Digi, U mobile, Tune Talk, YES dengan Clixster..so korang kena pergi mana mana kedai center dia untuk tebus..


Senarai handphone Rebat U-Mobile


Senarai handphone Rebat CELCOM


Senarai handphone Rebat MAXIS


Senarai handphone Rebat DIGI




Senarai handphone Rebat Tune Talk


Senarai handphone Rebat YES


\

Senarai handphone Rebat CLIXSTER


PERINGATAN

Slip penebusan rebat ini akan luput pada 10/02/2013. 
Sila bawa kad pengenalan /kad kuasa / kad pelajar dan slip ini (jika ada) semasa membuat tuntutan di wakil pengedar. 
Penebusan rebat ini HANYA boleh dituntut melalui wakil-wakil pengedar yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat. (Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan senarai harga model telefon dan wakil pengedar) 
Hanya untuk telefon pintar 3G pasca bayar, pra bayar atau penukaran telefon bagi pelanggan pakej data sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sahaja. 
Permohonan semula hanya dibenarkan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh permohonan. 

Thursday, January 10, 2013

HUKUM ANAK 8 TAHUN MASIH TIDUR BERSAMA IBU DAN AYAH

anak tidur

Soalan;

Assalamualaikum, saya ingin bertanya kemusykilan saya tentang hukum anak berumur 8 tahun masih tidur bersama ibu-bapa. Ada yang berkata kena asingkan tempat tidur habis tempoh menyusu, saya tidak pasti kesahihannya. Terima kasih.
Jawapan;
Tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana dikhuatiri berlaku pendedahan aurat dari bapa dan ibunya ketika tidur. Di dalam al-Quran, Allah berfirman (bermaksud);
“Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya. Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana” (ayat 58).
Dalam ayat di atas Allah memerintah anak-anak sekalipun belum baligh (tetapi telah sampai umur mumayyiz) supaya meminta izin sebelum memasuki bilik atau kamar ibu dan ayahnya terutamanya pada tiga waktu;
  • Sebelum subuh adalah masa kamu bangun tidur
  • Selepas solat isyak ialah masa kamu tidur
  • Waktu tengahari (ketika matahari tegak atas kepala) adalah waktu qailulah iaitu waktu disunatkan kita tidur seketika sebelum solat zohor.
Sebab perintah tersebut ialah untuk mengelak dari terdedahnya aurat ibu-bapa kepada anak-anak. Inilah yang kita fahami dari ungkapan Allah dalam ayat tersebut; “Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu”. Berkata ulamak –antaranya Syeikh Tohir Ibnu ‘Asyur-; “Adalah suatu yang jelik ibu-bapa membiarkan anak-anak mereka (yang telah mumayyiz) melihat aurat mereka kerana pandangan anak-anak akan membekas (dan menjadi tabiat) dalam diri mereka. Wajib anak-anak diasuh supaya menjaga aurat sejak dari kecil (yakni memelihara diri dari mendedahkan aurat dan dari melihat kepada aurat orang lain) agar ia akan menjadi tabiat pada diri mereka apabila mereka besar nanti” (Tafsir at-Tahrir wa at-Tanwir, surah an-Nur, ayat 58).
Jika pasti akan berlaku pendedahan aurat –seperti ibu dan bapa berniat berseronok atau berjimak pada malamnya-, maka haramlah membenarkan anak yang telah mumayyiz untuk turut tidur dalam bilik bersama ayah dan ibunya. Suami dan isteri wajib memastikan mereka tidak dilihat oleh orang lain ketika sedang berjimak. Diharamkan berjimak dengan dilihat orang lain termasuk anak kecil jika ia telah mumayyiz (sekalipun ia belum baligh). Malah sebahagian ulamak (antaranya jumhur ulamak mazhab Maliki) melarang berjimak dengan dilihat oleh anak belum mumayyiz kerana mengambil contoh dari sahabat Nabi SAW bernama Ibnu ‘Umar RA yang memerintahkan anaknya yang masih di dalam buaian supaya di bawa keluar dari bilik sebelum ia berjimak dengan isterinya (kerana malu dengan anak itu). Menurut jumhur; perbuatan Ibnu Umar RA itu tidaklah wajib –kerana ia sukar dan sulit amalkan-, tetapi jika dapat diamalkan adalah baik. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 3/178).
Berkata Syeikh Ibnu al-‘Uthaimin (salah seorang ulamak besar Arab Saudi); “Pandangan yang soheh dalam masalah ini ialah; diharamkan bersetubuh di hadapan orang lain, kecuali jika yang ada di hadapan itu adalah anak kecil yang belum mengerti dan belum dapat menggambarkan sesuatu, maka tidak mengapa. Adapun di hadapan anak yang sudah pandai menggambarkan apa yang berlaku di depannya, tidak harus melakukan persetubuhan di hadapannya sekalipun ia masih kecil kerana anak kecil sebegitu kadang-kadang ia bercakap menceritakan kepada orang lain apa yang dilihatnya tanpa ia maksudkan. Anak kecil yang masih dalam buaian –sebagai contohnya- jika usianya baru beberapa bulan, tidak mengapa berlaku persetubuhan di hadapannya kerana ia tidak mengerti perbuatan tersebut dan belum dapat menggambarkannya. Namun jika anak itu telah berusia tiga atau empat tahun, tidak sepatutnya ibu-bapa melakukan persetubuhan di hadapannya kerana boleh berlaku pada pagi nanti ia menceritakan apa yang dilihatnya kpada orang lain. Oleh demikian, adalah dibenci agama ibu-bapa bersetubuh di hadapan anak kecil mereka sekali belum mumayyiz jika ia sudah pandai menggambarkan dan memahami apa yang dilihatnya” (Dinaqalkan dari Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid).
Rujukan;
  1. az-Zawaj, Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi, hlm. 279.
  2. al-Muqtataf Min ‘Uyun at-Tafasir, surah an-Nisa’, ayat 19.
  3. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (www.islamqa.com), no. 104246.
  4. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 3/178

Tuesday, January 8, 2013

Rahsia Besar i Phone 5



klik link video di atas n lihat video.,
Wah3..bukan main lagi teknologi skang..canggih bebenor..tetibe zaman kita tua nanti, hp da boleh transform jadi kereta..( tinggi tol daya imaginasi)..tapi cam x mustahil je.. Tuhan bagi kita akal fikiran..kita tinggal nk explore je.. But, moral of da story is, bila kita dah jadi pandai, jangan terlalu bangga,takbur dan riak, kerana ilmu Allah lebih luas..& no one can challange Dia..

Seekor Udang Kecil Mampu Membunuh Mangsanya Menggunakan Pistol



sila lihat video..
Unik dan hebat ciptaan Allah..

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.


Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3 perkara:


1. Niat.

2. Menghilangkan najis di badan.

3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.


Niat mandi wajib:


“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”


Atau


” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.


Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”


Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.


Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..


Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.


Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Kesimpulan yang dapat saya ringkaskan ialah:

1)Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..

2)Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut.mashallah

3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan.

5 khasiat limau nipis untuk kecantikan kulit


limau nipis

Limau nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan kecantikan kulit . Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………

(1) Menyingkirkan sel kulit mati – Apabila anda menggosokkan kulit denganmenggunakan limau nipis, iasebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.

(2) Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.

(3) Melembapkan kulit -Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering , cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.

(4) Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.

(5) Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

Johan Terpaksa Lupakan Maharaja Lawak!



KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Dalam debaran menanti isterinya melahirkan anak yang ketiga, Johan yang sedang rancak beradu nasib dalam Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bersama Zizan baru saja selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember lalu.
Atas alasan itu, Johan dinasihatkan doktor agar bercuti selama tiga hingga enam bulan serta tidak dibenarkan beraksi dalam MLM.
Berkongsi situasi yang menimpa suaminya itu, Ozlyn yang sarat mengandung memberitahu Johan kini sedang dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur dan masih menerima ubat tahan sakit.
“Dia sudah lama sakit. Ligamen dia sudah putus manakala meniscus dia pula koyak. Ini semua disebabkan dia kerap main futsal dan terlalu aktif. Doktor pun memberitahu saya bahawa sakitnya itu sudah pun lama.
 
“Sekarang ini, Johan terpaksa berehat tiga hingga enam bulan. Malah, dia masih terima ubat tahan sakit dan sedang menjalani fisiotrapi. Setakat ini, doktor tidak benarkan dia sertai MLM. Jika dia mahu, dia perlu membuat rakaman MLM di hospital. Sekarang ini pun, kaki dia masih lagi bengkak,” katanya.
Sungguhpun berada dalam keadaan sakit, Johan nyata masih sempat menyembunyikan perasaan sakitnyaitu.
“Saya sihat cuma kaki saya saja sakit. Bila sakit menyerang, saya akan meracau untuk menahan kesakitan. Sebenarnya, ligemen kaki saya sudah putus. Ia berlaku tiga hari sebelum MLM minggu lalu, peha saya terpusing dan waktu itu, ligemen saya dah putus dan Meniscus koyak.
 
“Sekarang, saya sedang menjalani rawatan dan kena jaga kesihatan. Tidak guna kalau saya tetap di MLM dengan ketepikan kesihatan saya. Kalau ada rezeki saya di MLM, adalah. Saya tidak mahu meraih simpati. Saya yang ingin jalani pembedahan untuk jaga kesihatan saya.
 
“Ini adalah ujian dari Allah. Saya perlu sihat untuk keluarga saya. Lebih-lebih lagi buat isteri saya yang sedang menunggu waktu bersalin. Saya kena sihat untuk dia dan ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga,” ujarnya.


HUKUM MENYERTAI PROGRAM MONEY DROP & WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE

logo_moneydrop

Soalan; Assalammuailakum Ustaz, saya ingin membuat pertanyaan, apakah hukum seseorang muslim itu jika dia menyertai gameshow di TV seperti ¨money drop” dsn “who wants to be a millionaire”?
Jawapan;
1. Kuiz ilmiah yang menjanjikan hadiah perlu dilihat pada beberapa segi;
  • Dari mana sumber hadiah? Jika diambil dari para peserta yang memohon masuk -walau sebahagian dari hadiah yang ditawarkan- (seperti dikenakan ke atas permohonan masuk suatu bayaran tertentu dan bayaran itu dikumpulkan menjadi hadiah untuk peserta yang berjaya masuk dan berjaya menjawab soalan yang dikemukakan), maka itu tergolong dalam perjudian yang diharamkan Syariat. Jika hadiah datang dari pihak lain yang tiada kaitan dengan peserta (seperti dari penaja atau sebagainya), ia tidak menjadi perjudian dan halal bagi peserta yang berjaya dengan syarat syarikat penaja itu menjalankan aktiviti perniagaan yang halal. Jika hadiah ditawarkan oleh syarikat arak, perjudian atau seumpamanya, haram seorang muslim menyertainya kerana akan membawanya menerima wang dari sumber yang haram secara nyata di samping terlibat mempromosi perkara haram di sisi Syariat.
  • Soalan-soalan yang ditanya? Hendaklah soalan-soalan yang ditanya adalah soalan-soalan yang bermanfaat dan tidak mempromosi dosa/maksiat/munkar. Dalam akad Ju’alah (iaitu tawaran hadiah/saguhati yang diikat dengan suatu kerja/peranan) disyaratkan kerja/peranan yang menjadi tukaran kepada hadiah itu hendaklah halal mengikut pandangan Syariat. Oleh kerana hadiah yang ditawarkan merupakan imbalan kepada jawapan bagi soalan yang ditanya, jika jawapan adalah berupa dosa/maksiat, hadiah itu akan menjadi imbalan kepada perkara maksiat, maka tidak harus hadiah tersebut kerana ia menjadi imbalan kepada perkara haram di sisi Syariat.
  • Suasana program itu sendiri hendaklah menepati Syariat Islam; tiada percampuran lelaki dan wanita, tidak bercampur perkara masksiat dan munkar dan tidak bertujuan mempromosi perkara yang haram di sisi Syariat, kerana seorang muslim tidak harus berada dalam majlis yang dimurkai Allah.
2. Khusus bagi program “Who wants to be a milionaire” telah terbit fatwa dan pandangan dari beberapa ulamak mengharamkannya, antaranya;
  • Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Mufti Mesir)
  • Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
  • Syeikh Abdul Aziz bin Baz (Mufti Arab Saudi) (Lihat; www.islamqa.com, fatwa no. 21078).
  • Syeikh Dr. ‘Alauddin Za’tari (dalam bukunya Fiqh al-Muamalat al-Maliyah al-Muqaran, hlm. 345).
  • Syeikh Abdus-Somad Balhaji (dalam bukunya Ahkam al-Musabaqaat, hlm. 225; tesis MA bawah seliaan Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal)
  • Majlis Fatwa Ulamak-Ulamak Halab, Syria (lihat laman resminya; http://www.eftaa-aleppo.com/, fatwa no. 495).
Sebab pengharaman secara amnya adalah kerana terdapat unsur perjudian di dalamnya.
Walallahu a’lam.

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More