Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

Like Facebook Tudung Latest Edition

cuci hati

Loading...

Tuesday, October 30, 2012

Hikmah dan Fadhilat Korban





Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Monday, October 8, 2012

Petua Mudah Bangun Subuh


”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam.
Antara petuanya:
  • Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur kalian mencukupi.
  • Ambil wuduk sebelum tidur.
  • Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
  • Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
  • Tepuk bantal 3x dan selawat nabi sambil berniat ; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
  • Tidur cara Rasullullah iaitu menghadap ke kiblat dan mengiring ke kanan.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
  • Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
  • Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu kalian. Pastikan ia berkualiti.
  • Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan kalian. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari kalian sekiranya masih sukar untuk bangun..hehehe
Berpesan-pesanlah kepada saudara-saudara Islam  anda kerana ”tidak sempurna iman seseorang jika tidak mengasihani saudaranya sepertimana mengasihani dirinya sendiri”
       “peperangan yang hebat adalah berperang dengan hawa nafsu”
Semoga kita dapat berlawan dengan nafsu tidur kita kerana erkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

insan membaca..

Loading...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More